Friday, December 30, 2011

Untaian kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.
baru lepas memahami subjek Qiraat diatas bantuan Mazyyah.
syukran!
xiexie!



Comei tak  bunga nie?.
saya nak bagi awak.

Dulu, gaya penulisan blog saya banyak berbunga.
sekarang, bila buat blog baru ini.
saya dah cuba sampaikan secara direct
tetapi masih berbunga kerana khuatir orang yang membaca blog saya 
akan......
-TERASA-

masih lagi saya fikir tentang nak jaga hati orangkan..
fuh!
perlukah jaga hati mereka?.
say what?.
say YES la..
xkan nak kata NO plak kan.

ingat je satu perkara.
~~Ukhwah kerana Nya.~~

entri kali ini mempunyai makna yang cukup mendalam.
"comei tak bunga ni?"
saya nak bagi awak.

ayat tue menggambarkan keadaan diri saya.
nak tafsir?
tafsirlah macam mana sekalipun.
ada saya kisah?.
huhu.

saya memang kisah.
kalau saya tak kisah, bukan kawan namanya.

Treat others as u would like them to treat you.

kan saya dah kata,
entri kali ini,makna cukup mendalam.
hmmm.

Untaian kasih kalau takda "Kasih" bukanlah dinamakan untaian kasih.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, December 28, 2011

Jauh Termenung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Jauh memandang ke hadapan.
berfikir mengenai masa hadapan saya.
sejauh mana saya mampu mengorak langkah
dengan ijazah sarjana muda BAHASA ARAB & KOMUNIKASI?.

Perlukah saya memikir tentangnya?.
saya sendiri tak pasti.
saya tak tahu mana satu yang harus saya pilih.
mana saya yang sesuai dengan jiwa saya.
(sebut pasal nie teringat sms sebentar tadi.)
--- menyesal kah menghantarnya?.--- 

huhuhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cita-cita,
impian,
saya tak pasti apakah ia.
masih mencarinya.
::   blurrr  ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Kasih Akannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Saya cukup terasa.
sedalam-dalamnya.
tapi saya mampu berbuat seperti biasa.
kerana atas rasa kasih saya pada dia.

Cara saya dan dia mungkin tak sama.
saya dan dia memang tak serasi bersama.
namun, bukan begitu caranya dia melayan saya.
dan saya benar-benar terasa.

atas kasih, saya cuba bersabar.
masih cuba menutur kata kepada dia.
pahit ditelan,
manis cuba dijelmakan.

saya masih ingin azam saya.
saya masih pegang kata-kata tersebut.

BAHAGIAKAN MEREKA

Saya berfikiran positif.
cuba.
cuba.
cuba.
cuba,

tapi respon yang saya terima bersifat (-)

saya masih bertahan.
kerana kasih akannya.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Still Care

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Cerita saya & dia dah lama terbuku.
tak da buka buku-buku baru.
dan cerita kami tak ada penghujungnya 
kerana antara kami takda permulaan.

Al- kisah bermula disini,
saya ternampak status dia di Fb.
Dah banyak kali nampak status dia.
namun status ini menarik minat saya.
still i care about.... ??

hmm.
tak perlu timbul persoalan pada diri sendiri.
kerana tak perlu diletakkan jawapan diatas kertas kosong.
biarlah ia kosong macam tue.
still,
i care.

I just wanna think it more positive.
be careful Yana.
Hope,you don't get hurt about it.
again and again.

Just ignore when it coming.
trust yourself.
make it reality,
not fantasy!.

i still care.
:: Semoga urusannya dipermudahkan Allah ::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Canvas of Snow

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.



:: Keseorangan tika ini ::

Blog ini baru sahaja dibina.
Diberi nama " Canvas of Snow" 
Sekadar tertarik dengan gaya namanya yang pelik.

Blog lama selesai di private
saya tak tahu mengapa dan kenapa.
saya takda jawapan untuknya.
sedangkan blog itu,
hasil usaha saya.
idea saya dalam meluahkan kata-kata.
Namun,
~~ private ~~
jua pilihan saya.

Blog ini sekadar meluah rasa.
Harap maklum.

:: Mood --> study !! ::

Ada 5 hari lagi b4 final exam.
gerun!!

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, December 21, 2011

Pesanan: Jaga hati dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


saya dipesan untuk menjaga hati seseorang.
saya tersentap.
sekali lagi.
dan untuk beberapa kali.
agak sukar permintaan itu.
untuk kali ntah ke berapa.

saya menolak didalam hati.
hakikat yang pasti.
dan tak perlu dibohongi.
maaf.

saya tak mampu menjaga hati dia.
kerana hati saya juga tak terjaga dek dia.
jadi,saya lebih rela menolak
biarpun dalam keadaan serba tak kena.
daripada saya terluka.
menyimpan rasa,
akhirnya menambah luka diantara kami berdua.
cukuplah yang dah da.

:: M.A.A.F ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, December 09, 2011

Di awal sem 3 (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Entah apa cer nie.
Saya saja nak masukkan gambar-gambar yang saya ambil bersama sahabat-sahabat saya.
Ragam kitaorang di awal sem 3 ini.
waktu ini kan masih dalam keadaan free.
Pensyarah pun ada yang tak masuk lagi.


Saya tak mahu mengulas panjang.
Pe kata kita tengok je gambar-gambar kat bawah ni...


Kami : BBA 1

Afifah,Ain,Kinah,Mazyyah & Saya :)

Hana,Afifah,Kinah,Dila,Ain,Mazyyah :)

Kinah & Saya :)

Puteri mana la nie ye..hehe.
Fiza :)

Suka btul dgn pic ni.  :)
Kinah ^^

sebelum nak masuk dkp 1.
sempat lagi bergmbar ya...

kitaorg lagi..hehe.
^____^

Nadia,Kinah,Dila,Hana & Mazyyah :)

Dalam kuliah..
kuliah En Zaki kot..
tak ingat pula..
time ni tak start belajar lg..

Sweet :)

Org tengah tue gedik!.
opss.
mengata diri sndri pla.erm. :)

Sweetnya.. suka tgk :)

Nota Hati:

ni lah kos yang kitaorg ambil sem ni.
Doakan kejayaan bersama ya sahabat-sahabatku.
Bittaufiq wan Najah
^___^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, December 05, 2011

Lirik lagu: Jejak Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padaNya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, December 03, 2011

:: dah tak sama ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Cerita kita dah tak sama.
Terlalu jauh bezanya.
harapan saya jauh dari yang nyata,
mungkin.. inilah takdirNya.

~~ jauh termenung.
mencari harapan biarpun kelam.~~

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, November 08, 2011

Pergilah dibawa angin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

lukisan by Rusydee artz

Semalam mama bertanya satu soalan yang terlalu sensitif bagiku.
dalam sekelip mata tanpa mama sedar, air mata ini dah menitis satu persatu.
Aku cuba mengawal emosi yang bermain seketika.

T_T
inginku luah tapi entah pada siapa.
manusia tak mungkin memahaminya
apa perasaan yang bermain didada,
ku luah jua pada yang UTAMA,
yang sentiasa dekat dijiwa.

Allahu Rabbi,
kentalkan iman didada,
teguhkan semangat dijiwa,
kukuhkan azam diminda,
semoga langkah mujahidah terus bersamanya.

Nota Hati:
carilah kekuatan biarpun dalam keletihan,
Allah ada sebagai peneman,
biarpun jiwa dalam kelesuan,
bangunlah berbicara dengan Tuhan.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, November 07, 2011

Anugerah Dekan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semoga langkahan ini akan terus mencipta kejayaan.

Alhamdulillah~~
itu perkara pertama yang terkeluar setelah mendapat tahu saya tersenarai jua.
Nak mendapat anugerah dekan di USIM terlalu sukar kerana target pointer agak tinggi untuk dicapai.
Semuanya rezeki dari Allah, bukan untuk berbangga.

Namun, tika ini..

langkah ini tak terlalu kuat untuk meneruskan perjuangan,

apatah lagi bila mengenangkan diri ini terlalu lemah,

sedangkan sahabat-sahabat lain gah berdiri dengan sendirinya.

semakin hari semangat yang dibina semakin luntur.

dan keyakinan itu mulai pudar~~~

()
saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu bertahan.
saya khuatir kecundang ditengah jalan.
sedangkan perjuangan saya baru sekerat jalan.

saya pasti boleh kerana umat Nabi Muhammad takkan berputus asa sebelum berjuang.
Ikhlaskan hati & ingat Mama & Papa..
Nurliyana Adnan pasti boleh mencari jalan penyelesaian.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, September 14, 2011

Sambutan birthDay?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Alhamdulillah,
sesi semester 3 bermula dengan baik.
Masih berukhwah bersama mereka.
Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.

Saya nak mengucapkan SANAH HELWAH buat sahabat saya, Ukhti Sakinah Khiri, 14 Sept 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 H. Semoga Allah memberkati dirinya dan dirahmati Allah selalu. Allahu yubarik fik ukhti ^^.

Sambutan birthday?.
Na'am..
Tak sangka, sewaktu nak menyambut hari lahir ukhti Sakinah.. birthday saya sekali disambut. 

Firstly, "TERHARU". 
-> Saya memang nak menangis waktu tue. Apatah lagi, ditambah dengan kata-kata mereka semua. Cuma air mata ini tak ingin dititiskan takut tak berhenti-henti plak nanti. huhu.Kata-kata mereka yang cuba buat saya menangis memang masih tersemat dihati sebab perbuatan mereka amat mengharukan saya.(Tak tau nak cakap cmna tapi terima kasih ya sahabat-sahabat sekalian.)

Secondly, Syukran buat Ukhti Norhafizah kerana buat saya terharu dengan tindakannya. Syukran juga buat sahabat-sahabat saya yang lain kerana telah menyambut hari lahir saya sekali dengan Ukhti Sakinah walaupun hakikat sebenarnya besday saya dah lama berlalu. (9 Jun 1990)

GIANT

Saya pergi Giant,Nilai bersama 4 orang sahabat saya untuk membeli barang. Saya pelik sewaktu melihat Ukhti Fiza keluar ke Giant juga dan  waktu tue,hati saya berdetik "patutlah tak balas sms sebab dia nak p giant juga rupanya." Pelik juga apabila memikirkan dia pergi Giant dan kami tak bertembung langsung. Rupa-rupanya dia & seorang sahabat saya, Ukhti Hana pergi membeli kek. Nasib baik, saya tak keluar ke bahagian mereka.Kalau tak, mesti bocor rahsia mereka kan?.hehe.

Kami agak kelam-kabut sewaktu membeli barang sebab Ukhti Ain kata, dia nak ambik adik saya.So, saya pun tak jadi nak beli apa-apa dulu. Sebenarnya saya nak pergi Giant untuk membeli barang masakan dan hadiah buat Ukhti Sakinah tetapi hadiah untuk dia takda kat sana juga .  Sedih gak sikit sebab saya dah lama cari benda tue. Dari Perak ke Nilai, masih tak jumpa rupanya.. (P/s: Kinah, akak tunda hadiah dulu tau.huhu.Hadiah akak nak bagi biasa je cuma benda tue dah lama akak rancang. "Sewaktu Cuti 2 bulan tue lagi". Semalam tak sempat beli barang lain sebab nak sambut birthday kinah kan?. ^_^ tunda erk?.)

Sewaktu nak pergi ke pintu keluar, tiba- tiba ternampak Ukhti Fiza kat dalam KFC dan mereka semua nak masuk ke dalam  KFC sedangkan dalam fikiran saya, "aik, napa masuk sini?. Nanti adik ain tungu pula." Saya pula masih tunggu kat luar KFC sambil melihat kedai buku depan KFC. Saya dipanggil oleh Ukhti Ain untuk masuk ke dalam KFC.Saya pun menurut. Ukhti Fiza & Ukhti Hana ajak makan KFC. Ukhti Fiza belanja katanya. Kami pun menjamu makanan yang disediakan.

Hati saya berdetik, "Mereka nak menyambut birthday Ukhti Sakinah rasanya."
-Memandangkan  saya melihat plastik kek dan hadiah kat belakang kerusi mereka.-

Kek dikeluarkan. Saya pun menangkap gambar kek & mereka semua. Sebenarnya, saya dah start pelik sebab sewaktu saya tangkap gambar, Ukhti Fiza mukanya macam lain. Seperti, ada sesuatu yang nak dirahsiakan. Saya tangkap gambar kek dua kali. Terus- terang, saya tak perasan langsung kek itu ada tertera nama saya. Saya kata nak tengok kek, sama ada tulisan nama sakinah ke tak. Waktu tue, baru mereka bagi tahu sambutan birthday ini sekali dengan saya. 
"Tergamam".
 Tahniah buat mereka semua sebab telah berjaya membuat surprise birthday untuk saya dan Ukhti Sakinah pada masa yang sama.

Kalau saya lihat balik dalam hp, mesti saya perasankan?.
Syukran buat semua ^^

Hadiah dari Ukhti Fiza
Gabungan hadiah daripada sahabat-sahabat saya. 
With love,
Syukran buat semuanya.
~~ Semoga Allah memberkati kalian semua~~
Memori : 13 Sept 2011 bersamaan 14 Syawal 1432 h
:: Kolej Kediaman Sutera Indah, Nilai::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, September 09, 2011

:: Pujukku dengan ayat cinta Allah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Maka yang mana satu nikmat dari Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?
(QS. Ar-Rahman: 13)

Kenapa perlu bersedih Nurliyana binti Adnan?.

Bukankah ujian kesedihan ini tanda Allah ingin berbicara denganmu?. Tak semua yang kita nak mengikut  kemahuan kita. Maka, bangkitlah dengan senyuman manis dibibir. Ada yang menanti gelak tawa riang darimu. ^__^

“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (QS. Al A’raf [7]:204)

“… dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. Al Anfal:2)

"Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya."
(QS. Ibrahim: 34)

Andai ku bersedih pujuklah ku dengan ayat-ayat cinta Allah. Itulah sebaik-baik penawar dan pengubat hatiku yang tengah lara.

بسم الله توكلت على الله

لا تحزن, إن الله معنا

:: Hatiku masih ingin berbicara ::
11.12 pm 9/9/2011
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ