Tuesday, November 08, 2011

Pergilah dibawa angin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

lukisan by Rusydee artz

Semalam mama bertanya satu soalan yang terlalu sensitif bagiku.
dalam sekelip mata tanpa mama sedar, air mata ini dah menitis satu persatu.
Aku cuba mengawal emosi yang bermain seketika.

T_T
inginku luah tapi entah pada siapa.
manusia tak mungkin memahaminya
apa perasaan yang bermain didada,
ku luah jua pada yang UTAMA,
yang sentiasa dekat dijiwa.

Allahu Rabbi,
kentalkan iman didada,
teguhkan semangat dijiwa,
kukuhkan azam diminda,
semoga langkah mujahidah terus bersamanya.

Nota Hati:
carilah kekuatan biarpun dalam keletihan,
Allah ada sebagai peneman,
biarpun jiwa dalam kelesuan,
bangunlah berbicara dengan Tuhan.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, November 07, 2011

Anugerah Dekan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semoga langkahan ini akan terus mencipta kejayaan.

Alhamdulillah~~
itu perkara pertama yang terkeluar setelah mendapat tahu saya tersenarai jua.
Nak mendapat anugerah dekan di USIM terlalu sukar kerana target pointer agak tinggi untuk dicapai.
Semuanya rezeki dari Allah, bukan untuk berbangga.

Namun, tika ini..

langkah ini tak terlalu kuat untuk meneruskan perjuangan,

apatah lagi bila mengenangkan diri ini terlalu lemah,

sedangkan sahabat-sahabat lain gah berdiri dengan sendirinya.

semakin hari semangat yang dibina semakin luntur.

dan keyakinan itu mulai pudar~~~

()
saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu bertahan.
saya khuatir kecundang ditengah jalan.
sedangkan perjuangan saya baru sekerat jalan.

saya pasti boleh kerana umat Nabi Muhammad takkan berputus asa sebelum berjuang.
Ikhlaskan hati & ingat Mama & Papa..
Nurliyana Adnan pasti boleh mencari jalan penyelesaian.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ