Monday, January 30, 2012

bercakap dihadapan orang ramai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

bila agaknya saya mampu menjadi berani?.
berani bersuara dihadapan orang ramai.
berani memberi pendapat sendiri.

bila agaknya rasa gemuruh ni akan hilang?.
sukarnya bila berada dalam keadaan gemuruh.
sgla kerja jadi tak menentu.

bila agaknya...

perkenalkan diri pn saya da bergetar.
apatah lagi, berdiri dihadapan orang ramai.
saya cuba tapi tak berhasil.

apa patut saya buat lagi?.
saya nak jadi berani tapi bila tangan sendiri tba2 dah seram sejuk.
terus rasa tak semuanya jadi lain.

saya tahu masalah ni yang menyebabkan saya sukar berinteraksi dgn orang lain.
saya sendiri rasa tak selesa dengan situasi ini.
tapi...

Saya selalu mencuba tapi tak berhasil.huu~
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

matahari terbenam dan saya teringat akan dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Petang tue saya berjalan bersama papa & mama.
Sampai lah nak dekat magrib. 
bila keluar dari shopping mall,
saya nampak matahari terbenam.

saya teringat kat seseorang bila terlihat matahari.
rindu eh.

:: hadiah dari seseorang buat saya.::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

menjadi sahabat terbaik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sem lalu menyaksikan saya mula rapat dengan beberapa orang. 
Adilah, Ain Awang,Ain Nadia, Izzatul Ain ,Khazinatol Asma,, Nurul Mardiah, Azah Farha.

Segalanya berlaku tanpa saya duga.
Adilah : mendengar luahan dia mbuatkn kdg2 sy sllu bersma dia. Tak berniat nak wat Hana rasa marah or jeles.
Ain Nadia: Semenjak dia sakit, saya mula mengambil berat tentang dia.
Izzatul Ain: Seblik dgn Ain Nadia, saya angp dia sbg adik n lnts mendgr luahan dia sbg sorg kakak.

saya dah berazam dr sem 2 lagi. saya nak menjadi shbt terbaik wt shbt2 sy. sebab tue saya da tulis azam saya dan tampal kat bilik saya. tapi saya tahu, saya masih tak mampu menjadi sahabat terbaik buat mereka terutama buat seseorang. Azam saya ni pun disebabkan seorang sahabat. Saya tak mampu menjadi sahabat terbaik dia sewaktu di sem 2.... lantas saya cuba berazam di sem 3 tetapi secara menyeluruh. Tak khususkan kepada siapa2. but still, ia masih tak mencukupi. Saya masih tak mampu menjaga hati dia dan menjadi sahabat terbaik dia.

::  MAAF::

sekarang ni, saya masih menggunakan azam nie. Saya akan cuba berusaha menjadi sahabat terbaik buat sahabat2 saya. Saya sentiasa membuka ruang dihati saya untuk menerima ukhwah dengan siapa pun.

Lantas, saya mengenali Aina Sofia & Doc Sna iaitu sahabat Sakinah. Alhamdulillah, saya gembira berkenalan dengan mereka. Ukhwah mereka sangat indah.Saya mampu merasainya.

dan saya harap, ukhwah saya dengan sahabat-sahabat saya di Usim yang lain juga berjalan dengan lancar. Ukhwah biar hingga ke pintu Jannah. Susah senang kita bersama-sama terutama bila kita berada di satu tempat menuntut ilmu yang sama.

saya sangat menyayangi kalian semua.
kerana titipan kasih dari Allah..
saya mampu membawa diri saya melangkah bersama kalian semua.

Allah.
indahnya ukhwah ini.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, January 28, 2012

Tak sihat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Allah menguji saya dengan nikmat sakit.
Antibodi saya memang tak kuat.
Doktor sndri dah bg tau kat saya.
badan saya mudah lemah.
saya mudah demam.

semalam saya mula rasa tak sihat.
tekak terasa sakit.
saya buat kesimpulan, ini tanda saya nak demam.
seharian saya tak menggunakan kipas.
saya biarkan diri saya berpeluh.
tak sanggup rasanya membiarkan diri saya sakit sewaktu berada dirumah.
saya dah jaga kesihatan.
sayur saya dah makan.
selalu minum air.

kawan saya kata,
saya pandai jaga orang je tapi tak pandai jaga diri sendiri.
ramai yang kata macam tue.
nak wat camna, sememangnya saya tak leh lihat orang sakit.
saya rasa nak jaga mereka je.
sebab tue saya nak jadi doktor dulu.
ok.
kita ttup cita pasal nk jd doktor tuh.

erm.
sekarang saya masih tak sihat.
badan saya terasa seram sejuk.
nak pegang air pun rasa sejuk.

tapi sakit2 pun,
saya sempat wat kek.
kek yang terlupa letak 2 bahan.
huhu.

tuelah.
len kali sediakan semua bahan dan pastikan bahan2 semua ada.
tapi itulah yang saya lakukan sebenarnya.
erm.
tetap da yang tertinggal.
mungkin sebab adik saya tak da kot.
sebab dulu buat bersama dia.
huhu.

xpelah.
kesimpulannya,
saya kena rujuk rujukan atau senaraikan bahan2nya terlebih dahulu sebelum membuatnya.
hee.

xtau la pa rasa kek tue.
but saya tetap suka!.

thanks mama.
sebab tolong yana selesaikan apa yang yana lupa letak.
luv u mum !

*___*

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, January 27, 2012

saya tak tahu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak tahu saya nak jadi apa lepas ni. Saya tak da cita2 yang pasti. Masa depan saya kelihatan kabur. Saya tak tahu apa yang patut saya buat dan saya mahu buat.semakin jauh saya melangkah, semakin kabur pandangan saya tentang diri saya.

Saya sendiri tak tahu betulkah keputusan yang saya ambil tika apply kos arab ni. Btulkah?.

Saya tertanya2.

Saya cuba berfikiran positif tapi kadang2 saya terasa lemah terutama memikirkan tentang masa depan diri sendiri. Sebab tue orang kata jangan merenung masa depan yang kamu sendiri tak pasti akannya tapi renunglah masa sekarang, detik kini, hari ini.. apa yang kamu buat untuk mencorakkan masa depan kamu.

Saya ada perkara yang saya nak capai.

Saya akan usaha untuk menggapainya.

Saya akan listkan. Harap2 dipermudahkan urusan ini. insyaAllah.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

asas agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya ingin belajar ilmu agama secara mendalam. Saya dapat merasakan saya semakin jauh mengenali ilmu agama. Rasa jahil sangat bila perkara mudah tentang agama kita tak tau. Saya tak suka rasa macam ini. Rasa jahil sangat sedangkan saya pernah bersekolah agama dan seharusnya saya mengetahui perkara2 asas.

Saya dah lupa banyak perkara yang saya pelajari. Saya tak tahu napa saya macam ini. Seolah2 saya tak tahu apa yang saya blajar. Ntah napa tika ini, rasa seperti blur semakin lama semakin meningkat. Allahu Rabbi. Terasa beban yang disimpan ini terlalu berat. Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya rasa ilmu yang saya belajar suatu ketika dahulu seolah2 spt saya tak pernah pelajari. Ya Allah. Memang berat sekali jiwa ini pada waktu ini.

Hanya Allah padaku mengadu segala rasa yang disimpan didalam jiwa.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Baiklah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Baiklah. 

Saya ada dua orang sahabat yang saya kenali semenjak sek rendah lagi. Salah seorangnya, pernah sek tadika bersama saya.Alhamdulillah, sehingga sekarang mereka masih menjadi sahabat saya. Sahabat Dunia & Akhirat saya. Saya mengenali mereka dalam tempoh agak lama. Jadi, ragam masing2.. kami lebih mengetahui. Bergaduh, perkara biasa. Berselisih faham, perkara biasa. Kami tetap bersahabat biarpun ada ujian yang mendatang, 

Saya pernah kena fitnah oleh seorang shbt atas sbb lelaki. Saya pernah kena fitnah menghilangkan amanah yang diberikan. Saya pernah…

dan semenjak hari itu, ukhwah bersama mereka yang menuduh saya menjadi renggang. Jelas-jelas dan nyata perkara yang dituduh itu bukanlah saya orangnya. Sekalipun mereka meminta maaf, saya masih tak mampu melupakan detik pahit itu. 

Of coz, kadang2 saya tak nak mempercayai ukhwah saya dengan sesetengah orang terutama dengan mereka yang selalu mempermainkan ukhwah saya. Tapi masalah saya, saya mudah percaya kat orang lain dan mudah menyayangi orang yang berukhwah dengan saya. 

Pilihan di atas tangan dia. 

Saya pernah kata, saya tak nak menganggap sapa2 pun sahabat baik saya atau sbginya. Yup. Saya masih mengekalkannya. Saya akan menganggap mereka sahabat dunia n akhirat saya sahaja kerana itulah yang utama. Ukhwah kerana Allah dan kasih kepada mereka kerna Allah.biar bertemu di pintu Jannah. 

Saya cuma nak katakan… ramai orang menyuruh saya menghampiri seseorang tetapi saya nak minta, harap jangan katakan macam tue lagi. Biarlah saya dengan langkah saya.. saya punya rasa berbeza dengan orang lain. 

Bila kita memilih untuk berukhwah dengan orang lain, takkan kita nak paksa bukan?. Jadi. Usah meminta kita rapat dengan mereka yang tidak ingin rapat dengan kita. Saya nak jadi macam Dila, ada aku kisah?. Saya tak nak kisah sesuatu benda dengan begitu mudah. Kalau terasa, biarlah skejp shja. Tetap melayan kerana kasih akan mereka. Memang mood saya sukar untuk dijangka. Kalau saya terasa, masa saya terasa tak lama. Saya akan tegur mereka yang membuatkan saya terasa kemudiannya kerana saya tak suka nak terasa lama2 dan lepas tu saling tak bertegur. Hanya menyesakkan fikiran. 

Saya tak suka bila orang tak tegur saya disebbkan saya pernah tak tegur dia. Wow. Bila saya tahu perkara bgni, hati saya lagi benar2 sakit. Terasa yang amat sangat. Tak sangka benda macam ni leh berlaku.seolah2 mbls dendam lak. Hmmm. Bagi mereka yang pernah wat mcam ni kat saya, harap maklum… saya tak suka. Lebih baik saya tidak mengetahui sebab anda semua tidak menegur saya. Itu lebih baik. 

saya tak marah. Saya tak terasa. Saya Cuma nak kata, mengikut keselesaan kita dengan siapa kita nak berukhwah. Jika anda memilih berukhwah dengan dia sebab itu ini, persilakan. Saya pun macam tue juga. Saya boleh berukhwah dengan sesiapa pun selagi saya selesa bersama dengan mereka. Selagi Allah kurniakan sikap kasih mengasihi tika bersama mereka. 

Dan saya pernah menyesal suatu ketika kerana melepaskan ukhwah saya dengan seseorang dan kini dia redha dan saya juga redha akannya.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, January 26, 2012

saya nak kahwin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya nak kahwin.
jika diberi pilihan tika ini,
saya memilih untuk berkahwin diusia muda.

saya boleh memilih dia untuk menjadi pasangan saya.
tapi saya tak mampu memilih dia kerana hati saya dah tertutup rapat.

biarpun saya ingin berkahwin tetapi biarlah saya bersedia menerima seseorang dengan hati yang penuh redha.

saya bahagia melihat sahabat saya yang dah berkahwin dan ada yang bakal menjejakkan kaki tak lama lagi. saya doakan urusan mereka dipermudahkan Allah.

saya,
bagaimana pula?.
insyaAllah.
saya serah pada Allah.

saya nak tumpukan pelajaran terlebih dahulu dan memikirkan tanggungjwab saya sebagai seorang anak.
jika seru datang awal dan saya dah bersedia,
insyaAllah..
saya menerima kedatangan "siapa pun dia" dengan hati terbuka.

Allah Maha Mengetahui apa yang diluar perancagan saya.
saya hanya merancang dan DIA yang menentukan.

insyaAllah.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

xda rasa dihati ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya pernah suka sama dia.
pernah !
bermaksud sekarang tidak lagi.

hopefully orang memahami.
saya tak suka dikaitkan dengan dia lagi.
entah kenapa.
kadang-kadang tertanya gak.
napa hati tak berbunga bila nama dia disebut.
benarlah.
rasa itu dah tak ada.
dah tak wujud.

alhamdulillah.
saya gembira dengan khabar ini.

bila rasa ini pasti dah tak ada.
saya dah mula tak suka bila orang sebut nama dia.
huu.
siapa pun dia,
saya mendoakan dia bahagia dengan orang tuh.

saya bahagia tika ni tanpa perasaan pada sesiapa pun.
tak mengundang gundah.
tak mengundang gelisah
:)

saya bahagia dengan kasih Allah 

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

cuti-cuti family

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

waktu ni saya terluka.
waktu ni saya terasa.

saya bercuti bersama family.

asyik berjalan ke sana ke sini.










nikmat bersama keluarga tersayang.
:: alhamdulillah ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

saya cuba untuk kuat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya masih lemah.
hakikat yang tak perlu disanggah lagi.

perasaaan sedih masih menguasi diri.
cuma,
tika ini saya mencuba untuk kuat.

apapun keputusan yang saya terima kelak,
saya kena menerima takdirnya dengan penuh redha.
saya tak boleh nak mengundur masa ke belakang,
jadi apa yang perlu saya lakukan adalah terus maju ke hadapan
dan jadikan masa lalu sebagai pedoman.

insyaAllah.
saya boleh!

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

saya membaca dan saya terasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

sungguh,
saya membaca.
dan saya terasa.

jika saya tahu,
saya takkan membacanya.
benar.
takkan.

saya tak suka menyebut nama orang jika saya terasa.
dan saya juga tak suka menukilkan scara direct tentang orang itu.
seperti entri kasih akannya.
seorang sahabat cuba menekanya.
tapi tekaan dia salah.
ya.
saya masih berbunga-bunga
kerana saya khuatir jika dia membacanya..
walaupun hakikat dia tak mengetahui tentang blog baru ini
tapi semua orang kenal siapa dia.
dan saya tak nak orang tahu siapa dia
dan saya tak nak dia tahu, itu dia.

saya pernah kata.
saya nak guna ayat di blog ini secara direct.
ya.
saya ingin sekali.
tapi saya tak sanggup.
kerana saya khuatir ada yang terasa.
jadi,
lebih baik saya menulis secara berbunga
atau cuba menyembunyikan tentangnya.

namun,
entri kali ini agak direct.
itu saya pasti.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, January 21, 2012

Saya masih lemah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hakikat itu seakan cuba tuk dilupakan.
tetapi hakikat itu membuatkan saya sedih berpanjangan.

Allahu Rabbi.
bilakah hambaMu ini akan kuat semula?.

peristiwa itu hampir dilupakan,
namun bila ia datang..
air mata ini
minta tuk dikeluarkan.

tabahkah hambaMu ini menghadapinya?.
bersediakah hambaMu ini menghadapi segala kemungkinan?.

Allahu Rabbi.
lemahnya terasa diri ini.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, January 20, 2012

Allah. lemahnya diri ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya bermimpi menjawab soalan saraf. saya btul- btul x mgerti npa saya boleh salah memahami soalan.say yes, soalan itu mudah dan satu soalan yang saya tak sangka saya silap jawab adalah zinkan kalimah. saya tahu itu wazan dan itu difikiran saya.tapi sewaktu nak tulis ayat tue semula. Allah. saya tulis benda lain. saya betul-btul xtau napa semalam saya rasa saya betul2 tak faham soalan.

dan benarlah. saya terlalu kecewa akannya.
exam ni berat betul bagi saya. saya nak nangis! air mata saya sentiasa nak keluar.tiap masa. tiap detik.
saya tak tahu nak buat apa.

saya hilang 50 markah dalam sekelp mata.hati mana yang tak terluka.diri mana yang tak mengeluarkan air mata. saya betul-betul x sangka.

tengok muka family lagi menambahkan duka saya. saya tak tahu. saya takut nak cek result. saya menangis lagi. menangis dan menangis.

bolehkah saya pindah kos.. saya xnak ambl bahasa arab dah. saya betul-betul tak nak ambil kos arab dah.
saya tak rasa saya budak kos arab. saya tak pandai arab. saya nak mengalah. boleh tak?.

saya betul-betul lemah tika ini. saya tak mampu memikirkannya lagi tapi saya masih tetap memikirkannya. orang minta saya melupakan. jangan ingat. tapi bagaimana ??????????????

saya tak boleh nak melupakannya.
soalan itu masih bermain difikiran saya.
dan saya benar-benar menyesal.T____________________T 

saya tak nak fikir. saya tak nak ingat. bagaimana saya nak menghilangkan rasa ini?. 
terlalu perit buat saya. seperti orang putus cinta. but rasa ini lagi teruk.

saya nak nangis.
sekian.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, January 14, 2012

Allah dengar doa saya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

dulu,
saya pernah berdoa.
saya nak kenal lebih rapat dengan orang ini.
kerana saya selesa dengan dia.
"kali pertama berkenalan diatas bas usim"

sem lepas Allah makbulkan doa saya.
walaupun masih tak kenal rapat tapi sem ini saya mampu mengenalinya dengan lebih rapat.
 saya berdoa lagi di saat tengah exam.
"................"

alhamdulillah.
Allah makbulkan doa saya lagi.
saya gembira.
Allah hiburkan hati saya.
disaat saya rasa kosong.
:)

saya pernah cerita tentang sapa dia.
di blog private saya.
:: The Story of US ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Exam payah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Terus terang,
hati ini merintih.
merintih didalaman.

2 Paper yang berlaku secara serentak pada hari yang sama.
mengugat rasa tawakal dalam diri ini.
benar.
hanya diri lebih mengetahui.

malam sebelum exam.
untuk kali pertama sepanjang exam.
berjaga kerana nak membaca exam.
dua-dua dalam arab.
dua-dua subjek agak killer.
kalau x baca, takkan tau.

ya.
begitulah ceritanya.
berjaga malam untuk exam.
bukanlah kebiasaan bagi diri ini.
saya akan tidur jam 12 dan paling lewat jam 1 untuk exam
dan bangun pada keesokan pagi jam 4/5.

malam tue saya berjaga sehingga jam 12.
terjaga jam 1.
baca buku.tidur semula.
terjaga jam 2.
seorang sahabat call tuk kejutkan saya.
tidur jam 4.
terjaga jam 4.30.
baca buku.
tidur jam 5.15.
bangun jam 6.
-terasa segar otak ini biarpun tidur kerana ketakutan menghadapi hari itu-

exam kali ni.
air mata menemani saya pada malam tue.
saya ingin berputus asa.
rasa lemah sangat.
menerima soalan spot disaat akhir.
terasa lagi beban didada.
"banyaknya saya tak baca lagi" jerit batin ini.

air mata menitis jua.
"kak liyana,boleh!"
sms dr mazyyah menambahkan kelajuan titisan air mata ini.
lantas, seorang sahabat di call.
ya, mengadu.
terasa tak mampu.
bertambah hebat titisan air mata.

kawalan emosi itu penting.
saya mengaku, 
beberapa exam sebelum ini yang juga agak mencabar.
saya mampu menahan tangisan kesedihan.
mampu menahan air mata.
kerana saya tak ingin menjadi seperti saya exam2 lepas.
 mudah menangis bila tak dapat jawab.
hingga lupa rasa tawakal~.

saya tahu.
kepedihan saya rasa berbexa dengan orang ramai.
beban yang saya rasa berbeza dengan apa yang mereka rasa.
sungguh,
saya tak mahu mengecewakan kedua ibubapa saya.
apatah lagi,
dalam keadaaan saya yang tak pulang ke rumah sewaktu cuti study week.
 beban itu terasa.
terutama dalam mengekalkan dekan.

dekan?.
saya tak yakin, saya mampu dekan sem ini.
saya tahu apa yang saya rasa.
tapi saya masih berdoa.
result yang keluar nanti,
masih wujud rasa syukur dalam diri ini.
dan ia takkan mengecewakan kedua ibubapa saya.
cukuplah sekadar itu.
saya tak nak lebih-lebih.

Psikologi exam keesokan selepas Sirah & Qiraat.
menguji saya lagi.
saya seperti baca tetapi tak baca.
kerana itu, 
saya terasa benci dengan diri sendiri secara tiba-tiba.

ya Allah..
lemahnya diri ini.

rintihan hati, mencari kasih Ilahi.
biarpun cuma secebis.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, January 10, 2012

Duduk rumah sewa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya terima panggilan telefon daripada Fiza seusai exam Media tadi.

sebelum tu, nak cerita tentang  final exam paper 3--> Penulisan Media Kreatif.

soalan tadi banyak yang saya keliru.

tapi saya bersyukur,
saya dapat khatamkan semua bab semalam.

tapi..
sewaktu menjawab exam,
banyak plak jawapan saya keliru.
dan setelah cek jawapan.
ada 5 jawapan dah salah.

saya dah fikir waktu dalam dewan lagi.
mesti keluar dewan nanti,
saya akan nangis.
sebab saya tak rasa saya dapat jawab soalan tadi.
terasa sukar
walaupun hakikat.
ya!
jawapan bulat2 daripada buku teks.

ya Allah.
T_T

saya khuatir markah merundum.
saya khuatir dengan 15 soalan  yang saya ragui.
huhu.

alhamdulillah.
saya tak nangis.
saya masih kuat.
saya masih tabah.

Ya Allah..
pinjamkan hambaMu ini sedikit ketenangan disebalik hati yang kegelisahan ini.

amin.
ya Rabb.

cerita pasal rumah sewa.

saya secara direct beri jawapan TAK sewaktu Fiza callling.

terus-terang saya tak tahu nak bagi jawapan ape kalau Fiza tak minta  jawapan pada masa tu jua.

saya dah takda niat duk rumah sewa pada sem depan.

bila tanya sekali lagi.

waktu yang agak tak sesuai.

dan pada masa yang sama saya tau sapa yang menyertai.

saya menyakinkan diri saya.

saya memang tak nak duk rumah sewa.

Yana minta maaf ya Fiza.

kalau boleh, memang nak duk rumah sewa dengan Fiza.

cuma Yana perlu jaga hati Yana.

rasanya Yana dah jelaskan sebelum ini sewaktu Fiza & Yana bercerita kat bilik Ping Pong tuh.

mungkin sem 5 yana boleh menyertai.

bila fikir semula.

kalau Fiza duk rumah sewa..................

..................................................

xpelah.

Rumah sewa atau tinggal hostel

ada pro n kontranya.

^_^


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, January 09, 2012

Politik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya sokong ape?

PAS ke UMNO?.

dulu saya selalu berfikir.

saya tak nak sokong mana-mana.

saya rasa, masing-masing ada agenda masing-masing.

tapi bila masuk Universiti.

Fikiran makin menerawang jauh.

Macam-macam saya fikirkan tentang politik.

saya sokong yang mana benar.

pemimpin yang saya rasa benarlah, saya sokong.

saya takkan sokong parti itu.

sebab bagi saya setiap parti pasti  da  tujuan tersendiri.

dah nama pun politik bukan?

so.

saya sokong mana yang saya rasakan PEMIMPIN tue benar.

mama saya pun dah bagi kebebasan kat saya.

ikut saya la kan nak mengundi siapa.

apapun,

Biarlah kita hidup secara berdamai.

Pas ke Umno.

UNDI itu RAHSIA bukan?.

^_^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Terhibur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya terhibur diwaktu tengah berduka.

nanti saya upload pic.

gambar saya dengan seorang budak.

kerenah budak dan suasana yang tenang

merawat hati saya.

saya terhibur~

thanks to someone.

:: sangat menghargai ::



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, January 08, 2012

luah jua akhirnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Lepas telefon sahabat kat maktab.
rasa kurang sikit beban yang dirasa.
waktu exam ni jua la rasa sensitif tue nak menjelma.
sikit-sikit nak teriak.
bak kata orang utara.
sikit-sikit nak menangis maksud sebenarnya.

tak kisahlah.
saya cepat terasa waktu-waktu camni.
owh.
sememangnya.
dan waktu macam ini jugalah,
saya amat tak menyukai mereka yang mengeluarkan kata-kata kasar kat saya
or meninggikan suara mereka.
kalau tak,
saya akan terasa.
bila terasa akan menangis.
bila menangis,
amat lah sukar untuk diubati.
dan mulalah saya ubati hati sendiri,
untuk berhadapan dengan mereka seperti biasa
sedangkan hati ini masih terasa sakitnya.

fikiran saya tak tertumpu untuk study.
nak wat camna ni?.
ya Allah..

*______________________*



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

study sorg2.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

orang kata study group tue lebih baik.
dan saya amat menyokong kata-kata itu.
tapi cara study group bukanlah untuk diri saya.
saya takkan tumpukan perhatian dengan lebih lama bila study group.
itu yang pastinya.
makin lama saya kat sana mendengar perbincangan.
makin la saya membuang masa saya sebenarnya.

so,
saya lebih sesuai study tanpa orang disisi saya.
lagi selesa sebenarnya.
terutamanya waktu menghafal.

erm.
saya boleh study b.group.
tapi tak leh ramai sangat.
makin ramai, makin sesak 
dan bila makin sesak,
fikiran saya terbang melayang.

huhu.
kelemahan diri yang utama.
hmmm.

saya perlukan orang mengajar untuk menerangkan kepada saya.
terutama subjek BAHASA.
namun, saya hanya perlu berdua dan tak lebih dari 3 orang.
kalau lebih,
mulalah saya hilang mood tuk study.
but bukan salah mereka.
sebab gaya saya study memang berbeza.

tapi 
da masanya saya masih mampu menerima 
ketika study ramai-ramai.
dengan syarat, saya sendiri menyukai suasana itu.
saya selesa.
dan ilmu yang saya belajar sewaktu belajar ramai-ramai ,
saya boleh terima.

kalau tidak,
sorry to say...
saya memang akan larikan diri lebih awal
atau tidur "erti kata lain"

erm.
kan dah buang masa...
ish3

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Terasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


musim exam.
musim mudah nak terasa hati.
huh.
banyak entri tentang hati plak.
hmmmmm

apapun,
saya terasa.
dan bila saya terasa
masa nak ambil untuk sembuh,
memang agak lama.

=.=
mereka tak salah.
saya yang salah.
T_T

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, January 07, 2012

Jom study !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ada 6 paper lagi bakal menanti.
bersabarlah wahai diri.
insyaAllah, akan ada hasilnya.
Allah Maha Adil kat hamba-hambaNya.
jom study.
jom.
jom.
jom.
penat lelah ada kemanisannya :)
saya merasainya.
anda?.





☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saya tak ingin kecewa lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



cukuplah.
saya tak ingin kecewa lagi.
saya tak mahu merasainya sekali lagi.

Ya Allah.....

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


dalam hati saya,
dia salah seorang yang istimewa.

dalam hati saya,
dia sentiasa ada disisi saya.

dalam hati saya,
dia pernah menjadi salah seorang yang bermakna.

tapi dalam hati saya juga,
dia telah membuatkan saya terluka.

hati saya berbolak balik kerana dia.
dia jauh dari mata,
jauh didalam hati,
tapi mampu membuatkan hati ini berbolak balik sekali lagi.

saya nak padam dia dari memori saya.
padam dia dari hati saya.
benar,
saya keliru.

saya perlu beringat.
saya ada hati yang perlu dijaga.
hati yang tidak perlu dikotori,
hati yang perlu dikemas kini.

saya ada seseorang yang tengah menunggu.
dari jauh.
sangat jauh.
kerana itu,
saya perlu.
saya perlu.
saya perlu.

saya ta'kidkan.
jaga hati, jangan dicemari.
Semoga Allah memberkati.

Mujahadah melawan rasa.
mujahadah mengawal rasa.
~Semoga cinta Allah sentiasa bersama.~

saya doakan dia dari jauh.
semoga dia bahagia dengan insan yang mendampingi dia.
semoga dia mampu menjaga diri dia sebaiknya,
semoga cinta Allah masih bersama dia.

:: P.A.D.A.M P.I.C D.I.A ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Aku keliru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

manusia sering berada dalam situasi kekeliruan bukan?.
saya antara orangnnya.
hati ini mudah sangat dibolak balikkan
sehingga membuatkan saya mengambil pilihan yang "tak patut" saya ambil
.
saya perlu tabah.
saya perlu sabar.
saya perlu.
yup 
^_^

banyak-banyak kekeliruan,
pasal perasaan juga la yg menyesakkan fikiran, bukan?.
hmm.
*****************


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, January 06, 2012

Seakan ada debaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


"hati-hati dalam memberi hati"

pesanan yang sangat berkualiti.

seakan ada debaran di sini.

dalam masa terdekat ini.

"semoga dijauhi."


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuhan.. tolong lembutkan hati dia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Fuh, sempat lagi dok layan lagu jiwang eh!

patutnya buka buku sebab lepas ni ada 6 paper yang bakal menyusul.

erm,jom layan lirik lagu ni jap.

kuat betul penangan ombak rindukan?.

lagu boleh tahan, cerita?.

huhu.

kurang berminat.

al- kisah bermula bila beberapa pelajar yg tiba2 menjerit keseronokan....

kerana mendengar lagu kesukaan mereka "ombak rindu"

dipasang kat dalam bas.

hmm..

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku


Adira :

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti


Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya


Adira:

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

*********************


Tuhan.. 


tolong lembutkan hati dia.. :(

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, January 05, 2012

Final Exam Paper 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



alhamdulillah,
ketakutan semalam telah hilang.
semuanya berkat keyakinan pada Allah.
"Dia akan membantu"

soalan arab tadi agak sukar sebenarnya.
apatah lagi untuk saya yang sememangnya tak pandai arab.
tapi alhamdulillah,
masih dapat menjawab walaupun ada jua yang tak dapat jwab sebenarnya.

agak sedih bila dapat tau saya salah jawab soalan mudah.
hilang 2 markah.
2 markah pun penting tau..
kekeliruan berlaku pada nama.
samada Malik bin Marwan atau Marwan bin Malik.
dua-dua nama saya pernah dengar.
akhirnya, 
saya pilih Marwan bin Malik.
sebab bnyi agak sedap kot.

rasa lawak bila mengenangnya.
soalan mudah ni.
tapi kesilapan diri perlu diakui.
lain kali perlukan perhatian dan pemahaman.

teringat sewaktu  Belajar Syair,
Ustaz Zul sentiasa memberi semangat didalam kelas,
seronok belajar syair sebenarnya,
bila ada kefahaman.
teringin belajar syair sekali lagi!
terima kasih Ustaz Zul.
terima kasih Ustaz Badrul Munir.

tadhawwuq itu penting.
biar menyerap didalam jiwa.
yup!
kini,
saya memahaminya.

syukran wat Mazyyah dan sahabat-sahabat lain.
usaha mereka banyak membantu saya.

terima kasih sahabat!


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, January 04, 2012

Takut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


takut sangat waktu ini.
esok  dah nak exam Adab.
Tadhawwuq Adabi.
berkenaan tentang syair.
dalam bahasa arab.
huhuhu

perasaan ini semacam je.
sedih
T_T
moga-moga saya dapat jawab soalan adab pada esok hari.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Nak seru nama dia!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Boleh tak,
saya nak wat satu permintaan.
saya nak seru nama seseorang.

nama seseorang yang buat saya sakit hati secara diam.
yang sampai sekarang saya masih mampu bertahan.
kerana, 
saya begitu kasih akannya.
huhuhu.

:: S.A.Y.A T.A.K N.A.K M.E.M.B.E.N.C.I ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Final Exam Paper 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


alhamdulillah,
berjaya berperang walaupun terasa ingin tersungkur.
agar perit peperangan yang dilalui ketika itu.
"antara minda dan kertas kosong."

Perbezaan jawapan dengan Lecturer mendebarkan hati.
takut segalanya tak berpihak pada diri.
namun, hati dikuatkan.
kesedihan cuba dipendamkan jauh disudut hati.
insyaAllah, Allah akan bantu.

:: bakal berperang di Final exam tuk paper 2 pula. ::
~~Tadhawwuq Adabi~~



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ