Friday, February 24, 2012

Anak sebagai satu asset yang berharga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dengar & hayati.

saya agak tersentuh.

"Siapa yang nak mandikan jenazah mak ayah kita?."

Allah.


banyak lagi ilmu fardhu A'in & fardhu Kifayah yang belum saya hayati dengan lebih mendalam.

by: Ustaz Don


Saudara Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin

al-Fatihah buat arwah ayah Ibrahim Hussin, Ydp Usim

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34) 

saya terharu melihat seorang anak yang telah mengimamkan sendiri solat jenazah dan menggali kubur untuk ayahnya.

benarlah,

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."


::  Semoga ilmu yang kita pelajari mampu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita::

insyaAllah...

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

One year later

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ini lagu korea.

by Onew Shinee & Jessica Snsd.

tertarik kat lirik lagu nie.
Onew & Jessica – One Year Later [Lyric + Translate]

[Jessica] Hanchameul kkumeul kkun geot gata
Handongan hemaego hemaeda
Machi yaksogirado han deut
Nae gyejeoreul geoseulleo geu nalcheoreom
Maju seoinneun uri

Geu ttae uriga sseonaeryeogatdeon areumdawotdeon iyagi
Geu ttae uriga gidohaesseotdeon yeongwon hajadeon yaksokdeul
Hanassik tteoollida naui gaseumi
Gyeondiji mot halgeol algie
Ne saenggage kkukkkuk chamasseo
Neoui il nyeoneun tto eottaesseonni

[Onew]Hanchameul ijeun chae saratji
Handongan gwaenchanheun deut haesseo
Hajiman sigani heureumyeon kkaedara gago isseo
Neo eobsineun naneun an doendaneun geol

Geu ttae uriga aju jogeumman eoreunseureo wotdeoramyeon
Geu ttae uriga micheo mollatdeon jigeumeul aratdeoramyeon
Kkeuchi eomneun huhoeman doe noeidaga igyeonael jasini eobseoseo
Geu geot majeo kkuk kkuk chamasseo
Geureoke il nyeoni heulleowasseo

[Jessica] Hoksi neodo nae mam gateulkka
[Onew] Dasi han beonman gihoereul jugenni
[Both] Ijen ara jeoldaero urineun heeojil su eobseo
Saranghago tto saranghaneun hansaram

[Onew] Uri johatdeon cheoeum geu ttaero
[Both] dasi doragasseumyeon hae
[Jessica] Areumdawotgo haengbokhaesseotdeon sarangieotdeon naldeullo
[Onew] Gaseum apeun yaegideul heotdoen datumdeul
[Jessica] Ijen modu da mudeo dugo
Dasin kkeonaeji malgiro hae
Gyejeori tto heulleo
[Onew]Myeot nyeoni jinado
[Jessica] Oneul gateun mamman
[Both] dasin eopge


Translate

It feels like I’ve been dreaming for a long time.
I’ve wandered and wandered around for a while
As if we made a promise
Standing here in front of each other
like that day from four seasons ago.

Those beautiful stories that we wrote down together
Those eternal promises that we prayed for at that time
They’re all coming back to me now and
I don’t think my heart can take it
I’ve even restrained myself at the thought of you
How has your one year been?

For a long time I’ve been living, having forgotten of you
For a while, I thought I was doing fine
However I started to realize it as time pass by
That I am nothing without you.

At that time, If only we had been a bit more mature
If only we knew how we would be right now
I have no confidence in overcoming these endless regrets
So I’ve had to just repress them
One year has pass like that.

Could your feelings perhaps be the same as mine?
Will you give me another chance?
I know now that we can never part of each other
The one person I love and love again.

I wish we can go back to our first days
To the beautiful, happy and loving days
Those heart-breaking stories and vain arguments
Just bury all of that now
And promise that we won’t take them out again
No matter how many seasons pass and how many years go by
I hope we won’t meet like today again

::Takda kena-mengena dengan yang hidup mahupun dah meninggal dunia::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Doa senjata Utama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Allah sebaik-baik perancang.

:: Doa senjata utama. ::




Pesanan sahabat : "Berdoalah, semoga ada jodoh diantara kalian."

berdoalah..

berdoalah..

(^.^)

maaf sahabat.

pesanan ini sukar untuk saya lakukan....

kerana doa itu bukan untuk dia.

Dia dalam kalangan yang terbaik.

Namun, soal hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar ditakrifkan.

sekalipun berkata, "saya suka dia"

"dia adalah pilihan saya"

semua itu tidak menjanjikan apa-apa.

Alhamdulillah..

beberapa hari yang lepas, saya membaca satu post kat Fb. Saya tak abih bace pun ape yang di tulis. Sekadar mengerti maksud post tersebut. Allah permudahkan lagi urusan saya. :) Allah sebaik-baik perancang.

Mengertilah sahabat,
doa itu bukan untuk dia.

Doa ku:

"semoga dipertemukan dengan insan soleh yang mampu membimbing diri ini"

terimalah...

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, February 21, 2012

feeling tak stabil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



sem 4 dah bermula.

waktu menaip entri ni, saya memaksa jari-jari saya menari di atas keyboard laptop.

banyak yang ingin saya luahkan dan bicarakan.

perasaan saya tak stabil.

saya tak bersedia nak menghadapi sem 4 ni.

saya takut tuk meghadapinya.

takut sejarah sem lalu berulang kembali.

ya,

bahasa Arab.

saya khuatir, perasaan takut saya tuk mengambil subjek Bahasa Arab membuatkan saya berputus asa sebelum berjuang.

sekali lagi,

saya lemah!.

p/s: saya dah daftar exam muet tapi saya rasa tak nak ambil. huhu

entah =.=

saya dah tak  tentu arah.

mood :-

:: buat endah tak endah::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, February 16, 2012

_Alhamdulillah_

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang




saya nak tutup perbicaraan mengenai result sem 3.

tak mo berbicara tentang ini dah.

at least, result saya memuaskan hati diri sendiri dan ibu bapa saya.

alhamdulillah.

saya masih tak menghancurkan harapan mereka.

walaupun hakikatnya, masih ada kisah-kisah yang menghantui fikiran saya.





semuanya ada kisah yang tersendiri.

ramai gak yang bertanya tentang result saya.

saya pun tak tahu kenapa tak nak bagi tahu orang lain.

mungkin, saya tak nak digelar riak lagi oleh orang lain.

sem 2 saya dah terkena.

sedangkan saya hanya terlalu gembira.

tak sampai nak bangga diri.

huhu.

saya minta maaf bagi yang bertanya.

setakat ni hanya beberapa orang dah mengetahuinya.

insyaAllah, sebelum habis final sem 4.. saya akan bagi tahu result saya secara rasmi kat blog ni.

sebab benda-benda macam ni, saya bukan jenis berahsia.

^.^

keseluruhannya,

~alhamdulillah~

p/s: sempat telefon Mazyyah Osman. Dapat dengar sedikit nasihat daripada dia. 

:: DOA itu senjata kita::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

ramai dapat dean

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


alhamdulillah.


saya tahu sem 3 ramai yang dapat dean.

mustahil tak dapat sebab melihat kepada result saya,

saya boleh agak ramai yang dapat dean.

asalkan xda C pasti boleh dean.

insyaALLAH.

sem ni saya da C.

C selalu menjatuhkan result saya.

contoh, sem 1 & sem 3.

semoga sem 4 kali ni saya xda C.

huhu.

saya gembira sebab ada dah kawan saya yang dapat dean.

akhirnya, mereka berjaya rasai juga untuk sem 3 nie.

semoga mereka dapat kekalkan dean tuk sem 4 juga.

biar dua-dua dean ok?. ^^

dan untuk saya?.

saya akan berusaha di sem 4 ni 

dan pastikan takkan berlaku kecuaian lagi seperti sem 3.

sejarah yang tak boleh dilupakan adalah sewaktu menjawab paper dot.dot.dot

sangat-sangat menyesakkan minda.

dan air mata sentiasa menagih tuk keluar.

huhu.

::: YOU CAN DO IT, NURLIYANA ADNAN!:


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, February 15, 2012

Result SEM 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

saya bagi hitam Gred yang saya dapat.

Let it remains secret buat masa ni.
alhamdulillah.

akhirnya, saya berjaya melihat result saya yang sebenar.

saya tak mengulang.

itulah perkara yang paling menggembirakan hati saya.

sem ini saya tak dapat mengulangi detik-detik dekan seperti sem lepas.

ya. agak turut bersedih bila berfikir tentang ini.

kalau berada di U lain,

mungkin saya boleh dekan tapi di USIM, tidak sama sekali.

ada subjek yang membuat markah saya down.

itu kisah yang pahit.

sememangnya saya nak jadikan ia sebagai satu pengajaran.

Di sini,

saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga.. khas buat Family saya yang sering memberi dorongan.

Terima Kasih kepada semua Pensyarah yang telah menyumbang ilmu kepada saya.
saya takkan lupa.insyaAllah..

saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu saya terutama buat mereka yang sering memberi dorongan tika saya menghadapi masalah emosi.

syukran.

Untukmu Mazyyah Osman,
akak mengucapkan terima kasih banyak2 kerana telah membantu akak  memahami lebih mendalam subjek yang berkaitan Bahasa Arab. Sungguh, akak xtau nak balas macam mana. Terima Kasih adik manis ^^

:: Alhamdulillah, Allah khabarkan berita gembira ::

sujud syukur padaMu ya Allah~

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Ketaq dah ni :(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

result oh result~

mula-mula dikhabarkan,result kuar esok or lusa.

saya pun mengalah la.

dah tak nak buka ewadi.


tup-tup buka FB.

dikhabarkan pula, result dah kuar.

lihat sini :


ramai lah yang mengomen.

termasuk diri ini.

ramai dah yang berjaya memasuki laman web Ewadi USIM tuh.

saya?.

ntah berapa kali nak log in.

huhu.


ni log in entah ke berapa.huhu

Percayalah, saya dah tak sabar.

biarpun takut tapi saya tetap nak tahu.

ramai yang menganggarkan saya dekan sekali lagi.

opps~

saya tak berani jamin.

mungkin sipi-sipi nak dekan kot.

huhu,

ntahlah..

let it remains secret.

saya rahsiakan result saya sem ni daripada pengetahuan orang lain.

bolehkah?..

:: berehat sekejap sebelum log in ewadi kembali ::

doakan saya berjaya memperolehi result cemerlang ya.
insyaAllah. amin :)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

berdebar~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dari pagi hingga ke sekarang, tangan ini sentiasa membuka link laman web Ewadi.

takut, gerun.

semua perasaan ada.

tapi perasaan ingin tahu, mengatasi segalanya.


saya membuka  Fb sebentar tadi dan melihat satu post yang mendebarkan hati saya.




kata sahabat, " PNGK dah boleh tau tapi result xleh tau lagi."

saya pun buka.

selawat banyak-banyak.

and bila saya buka.

 tgk PNGK, agak terkejut saya dibuatnya.

alhamdulillah~.

itu PNGK bukan PNGS.

and then saya terfikir,

PNGK terhasil apabila PNGS sem 1 & sem 2 ditambah dan dibahagi.

saya cuba buat jalan perkiraan.

(sanggup mengira sebab nak tau sgt result tu.)

saya pun mengira.

&

saya temui jawapan yang agak mengecewakan.

saya xdpt dean sem ni.

xtaulah betul ke x pengiraan saya tue.

sedih pun ada tapi saya pasrah sebab ada beberapa subjek sem lepas yang saya tak dapat buat sebaik mungkin.

saya berharap, result  yang akan saya terima nanti taklah sejauh yang difikirkan terutama tentang madah saraf.

banyak-banyak madah,

madah Saraf lah yang paling menggerunkan saya.

huhu.

ada kisahnya kenapa saya gerun~.

erm.


opps.

tiba-tiba saya dapat tahu.

result tak akan keluar esok.

esok baru nak diluluskan.

maybe keluar malam tue atau esoknya atau lusa.

ya Allah~

semoga ada khabar gembira yang bakal kami terima.
amin.

insyaAllah.

                                                                                    
Saya nak akhirkan entri saya dengan ucapan:

GOOD LUCK !


kepada pendebat-pendebat arab USIM A yang bakal berentap pada pusingan final Piala Diraja.
Khas buat: Kak Maisarah, Mazyyah & Zul Daus.

dan ucapan:

SANAH HELWAH


buat Adik sepupu yang comel : Adlina binti Fuad
serta sahabat seperjuangan : Hisyam bin Assim

:: Selamat Malam ::

~ hari ini takkan berulang pada hari esok dan seterusnya~

Jadikan hari ini sebagai i'tibar dalam kehidupan kita.



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, February 14, 2012

Untukmu Sahabat :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Doa ku untuk mu :-



salam rindu dari jauh,

Nurliyana Adnan


sahabat,

cerita kita takkan selalu sama.

sentiasa ada rasa yang berbeza.

adakalanya suka.

dan adakalanya duka.

tapi mengertilah sahabat,

sejauh mana perbezaan rasa itu.

masih tidak merapuhkan kasihku kepadamu.

mengertikah akan dikau sahabat?.

aku terlalu mengasihimu

biarpun engkau telah jauh dariku.

hanya doa yang mampu ku hulurkan untukmu.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, February 13, 2012

Daftar Sem


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

:: Portal Ewadi USIM ::

sekadar mencuba nasib.

saya buka ewadi sekali lagi.

kot-kot result exam dah keluar.

walaupun hakikatnya, dah dikhabarkan result akan keluar 15 hb nanti.

Semestinya, result masih ralat~
huhu.

try pendaftaran kos pula.

bila klik kat pengesahan pendaftaran,

tiba-tiba keluar jadual madah sem 4.

ok.

saya terkejut.

lafaz alhamdulillah tak henti-henti dikeluarkan.

sebab utama:

madah sem 3 xda dalam senarai.

saya sampaikan berita dah leh daftar kos kpd kawan-kawan saya.

saya telefon Sakinah.

khabarkan tentang apa yang bermain difikiran saya.

- betulkah ini subjek yang kami ambil sewaktu sem 4? -

- betulkah saya tak mengulang subjek "..." ?-

ya Allah,

semoga ada khabar gembira untuk hambaMu ini.


saya post madah sem 4 kat Fb.

saya terima komen daripada sahabat-sahabat saya yang lain.

Mereka pun kurang percaya dengan madah yang bakal mereka ambil sewaktu sem 4.

tapi itu bukan persoalannya.

persoalannya, bila mereka khabarkan ada "update" maybe.

saya takut.

update tue yang mendebarkan saya.

menggerunkan saya.

saya khuatir.

sekali lagi.

ya Allah..

kuatkanlah hambaMu ini menerima segala yang terjadi.

:: 15 hb Februari 2012::
saya menanti....

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, February 11, 2012

Perkara ini besar sangat ke?.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


besar atau kecil.

ini bukan masalahnya.

masalahnya adalah apabila semua aktiviti "dia" hendak dikhabarkan kepada saya.

saya tak marah dengan mereka yang mengkhabarkannya.

tapi agak naik rimas jua

bila sms yang masuk semuanya pasal "dia".

Perkara ini sangat besar ke?.

=.=

erm,

tak perlulah susah-susah khabarkan tentang "dia" kat saya.

apapun.

terima kasih atas perkhabaran itu.

saya hargainya.


:: Its really painful to say goodbye to someone that u don't want to let go, but its even more painful to ask someone to stay if they never wanted to stay.. ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, February 08, 2012

sekali lagi :(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


"yana, dia skrg tgh..."


"yana, dia ada kat..."

"yana, dia..."

dia and dia and dia

full stop!


sekali lagi dan berkali-kali

perkara yang sama berulang kembali.

macam mana saya nak menghadapi?.

saya tak nak mengingati

dan saya juga tak nak mengetahui.

dia ada kehidupan tersendiri.

itu perlu kita fahami.

cukuplah sekadar disini.

usah kau ulangi lagi.

takut ada hati yang dilukai.

sekali lagi :('

huhuhu

::  maaf.andai.melukai.hati ::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

oh, mama :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Oh, mama..

Entri ni bukan pasai " oh, mama " saya mahu kahwin.

sama sekali tidak berkaitan tentangnya.

Hari ini, mama bertanya kat saya.

"Yana nak bawa kereta tak nanti?."


Saya pun menjawab:

"Takut tak pas nak bawa kereta kat sana"

sebelum mama kata camtu, papa dah kata... "bagi lah yana bawa kereta ini"

mama balas : " bukan tak nak bagi, tapi takut... nanti tak makan plak yana kat sana nanti."

and then,

tiba-tiba mama tukar pendapat plak.

oh mama.

mama selalu tukar pendapat.

hehe.

mungkin itulah hati seorang ibu kan?.

susah  & senang mesti fikir tentang keadaan anak mereka.

&

bila seorang ibu merasakan anaknya dah bersedia menerima segala risiko,

maka, dia akan memberi peluang kepada anaknya walaupun masih terdapat keraguan disitu.

thanks mum!

:: terima kasih kerana cuba memenuhi kehendak anakmu ini ::

:: Yana sayang mama ::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, February 07, 2012

Kehadiran itu (Ahmad Mus'ab bin Ahmad Umair)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Memetik ayat indah daripada blog akhi Umair (Shoutul Ikhwah) sempena kelahiran anak sulungnya 

saya tersentuh~

Sebuah SMS ditaip.
Alhamdulillah, seorang mujahid telah selamat dilahirkan.
Nama diberi Ahmad Mus'ab bin Ahmad Umair.
Doakan semoga Mus'ab bakal menjadi pejuang agama-Nya, sebagaimana Mus'ab bin Umair di zaman Rasulullah yang sanggup mengorbankan keindahan dunia demi cinta kepada Allah.

*****
Mus'ab, nanti sampai masanya kamu bacalah warkah ini ya.

Assalamu'alaikum WBT anakku, Ahmad Mus'ab bin Ahmad Umair. Semoga kamu akan menjadi pejuang Islam yang hebat. Pasti akan jadi. Akan Abi dan Ummi usahakan. Nama kamu seperti sahabat agung. Mus'ab bin Umair. Semoga dengan panggilan itu, menjadi sebuah doa agar kamu akan mencontohi kehebatan Mus'ab bin Umair.

Mus'ab bin Umair, asalnya tidak mengenal Allah. Hidupnya penuh kemewahan dan keindahan dunia. Minyak wanginya sahaja amat mahal, sehingga lalu sahaja beliau di pasar, semua orang tahu akan kehadirannya, kerana hanya dialah yang memakai wangian itu. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Namun apabila Islam mengetuk pintu hatinya, segala kesenangan dan kemewahan itu ditinggalkannya. Apabila keislamannya diketahui, ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Anakku, kau tahu apa jawapn Mus'ab atas sumpah ibunya itu? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:
“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Mus'ab anakku, teguhkanlah pendirianmu sepertinya!

Mus'ab meninggalkan kemewahan, dan meneruskan kehidupan dengan menjual kayu api. Mus'ab tidak pernah terfikir untuk berganjak daripada keyakinannya. Sehingga adiknya, Ar-Rum yang sering diutus oleh ibunya untuk memujuknya kembali kepada agama nenek moyang mereka, turut mengikuti jejak langkah Mus'ab.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Dan anakku, Mus'ab telah syahid di medan Uhud. ketika peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Ar-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Ar- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Ar-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

“Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”

Anakku, Mus'ab telah ada sejarahnya. Kini tiba masanya engkau mencoret sejarahmu. Semoga Allah mengizinkan kita mengembalikan kegemilangan Islam, bersama-sama dengan ikhwah-ikhwah seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mengusahakannya.

-Abu Mus'ab-
umairzulkefli
10:49am
07022012
Baiti Jannati


wallahu'alam.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ