Monday, April 30, 2012

Hatiku di kinabalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Malam semalam, saya menonton cerita Hatiku di Kinabalu bersama Fiza & Mazyyah.

First, tajuk cerita ni agak mencuit hati sedikit. Sedikit ke banyak?..hmmm..
Saya agak kurang berminat dengan jalan ceritanya hakikat sebenarnya tapi tak pelah, just enjoy the story.

Saya menangis melihat cerita ini.
Belum lagi part sedih saya dah nangis teresak-esak. Tak leh nak berhenti plak tue. Kesannya agak mendalam gak kan?.huhu.

Malam tue saya tidur dengan berendamkan air mata.
Banyak yang saya fikirkan.
Saya bermuhasabah..

Ada kisah yang ingin saya ceritakan hasil daripada tangis saya ini.
insyaAllah.. entri akan datang.

Tajuknya: Aku terima dengan pasrah atau redha?.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, April 29, 2012

:: Ilmu tambahan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Bertuah rasanya bagi mereka yang dapat mengisi lapang mereka dengan pengisian ilmu yang bermanfaat.

Banyak program yang telah berjaya dilaksanakan, namun.. banyak-banyak program,saya dapat p beberapa program je. sedih kan?.

Ketika melihat kelibat mazyyah tengah bersiap sedia nak p kuliah tambahan tadi, membuatkan hati kecil saya berdetik lagi. "seronok bila da kenderaan sendiri. Boleh p program macam ni tika da masa terluang."


sedih.
saya berduka cita.

saya dah lama tak menghadiri usrah. Kat sekolah dulu, saya antara Naqibah yang dilantik.
Sekarang?.
Saya bukan tergolong dalam kelompok berusrah lagi.

Tarbiyah Ilahi mendidik hati.

Sungguh, saya kagum dengan sahabat-sahabat yang sentiasa konsisten pergi ke program-program agama macam ni. Allah memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat bermujahadah kepadaNya.

Tapi, takda kenderaan sendiri bukan satu penyebab atau punca bukan?.
Ya.

Pembawa dengan penumpang or pembonceng adalah orang yang berbeza.
Pembawa adalah orang yang membawa kenderaan sedangkan penumpang or pembonceng adalah orang yang menumpang kenderaan orang lain.

Dua perkara yang berbeza dan kesannya berbeza.

Sebagai seorang penumpang, dia kena menghormati pembawa kenderaan tersebut. Haluan pembawa dan penumpang tak semestinya selalu sama bukan?. huhu.

saya selalu fikir nak naik teksi or prebet ke sesuatu kuliah kalau bas takda disediakan. Saya fikir gak, kalau saya p seorang.. saya kena tanggung risiko yang besar. Bahaya p mana-mana diwaktu malam seorang diri.

Maka, hati kecil saya selalu berkata: "seronoknya kalau ada kawan yang dapat rasa seperti yang saya rasa. Boleh lah p dengar kuliah dengan dia selalu."

Semua ini bukan semudah yang kita sangka.

Saya perlu bermujahadah untuk melawan nafsu saya terlebih dahulu sebelum ke program agama macam tue. Selalunya saya akan tewas bila melibatkan asg. yang belum siap dan exam yang bakal tiba tak lama lagi.

Tarbiyah itu penting!.

saya berharap, saya berpeluang merasai saat-saat itu.
Indahnya dibawah naungan tarbiyah kan?.
ada satu suara dihati ini yang tengah memberontak.



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, April 28, 2012

Rumah sewa or sewa rumah? :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Tahniah!

Kolej kediaman anda sem 5 adalah kolej kediaman Desa Jati. =.=

waktu mengetahui tentang perkara ini, agak meronta-ronta juga perasaan ini.

Nak duk Desa Jati?.
saya tak pernah terfikir akannya. :'(

So, saya tekad nak duk umah sewa.
kebetulan plak pada waktu itu, (cek pada kali pertama) hanya saya, Nabilah, Fiza, Ain Nadia yang dapat Desa Jati. Sahabat-sahabat saya yang lain semua dapat SI.


kecewa gak waktu tuh.huhu

Cek untuk kali kedua, dah memang confrm rupa-rupanya.. ke semua pelajar tahun 2 dapat Desa Jati.Hanya yang terpilih dapat Sutera Indah dan yang terpilih itu adalah Nurul Azihan. Pelik kan?. Dia seorang je dapat Si.hehe. :')

Bila dapat tau macam ni pun, saya tetap bertekad nak duk umah sewa. Tak nak duk Desa Jati. Kalau takda sapa nak, takpa. Saya dah nekad!.

tup2.. saya rasa serba salah kat kawan-kawan saya yang tak dibenarkan oleh Parents mereka untuk duk rumah sewa.

Pertama sekali yang saya fikir adalah, saya akan renggang dengan mereka.huhu.
Kedua, saya tak nak mereka terasa or jauh hati.

Namun, saya terfikir.. betulkah keputusan yang saya ambil tuk duk rumah sewa ni?. Saya serius ke?..

Allahu Akhbar.

Saya keliru. Saya bingung.

Takda kena mengena dengan siapa-siapa pun.

Saya tahu kat mana kelemahan saya.

Saya mudah bad mood. Saya cepat naik angin. Saya khuatir kalau duk umah sewa, mereka tak tahan dengan perangai saya.

saya jenis yang suka bersendiri gak. Saya jenis yang suka duk kat bilik daripada duk ruang tamu. Lebih suka menghabiskan masa buat aktiviti sendiri-sendiri. Itu sikap saya kat rumah saya di Perak.

Saya tak kisah jika tak tido kat bilik. Duk ruang tamu or mana-mana pun boleh, asalkan saya selesa dan ada tempat privacy sendiri.

seronok bila fikir dapat duk rumah sewa sem depan tapi rumah sewa yang dicari pun kitorg tak jumpa-jumpa lagi. Hmm..

Semoga dipermudahkan rancangan kami ini, amin ya Rabb.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

*** Asg. Ma'ajim & Exam ***

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Alhamdulillah..
Saya dah susun maklumat-maklumat yang saya cari mengikut turutan.

Sewaktu cuti seminggu, saya dah susun 2 kamus. Lagi 2 kamus saya tak susun lagi. Tadi baru nak sambung...

Kamus muhit al-muhit saya tak jadi susun & tak guna kot kamus tue dah. Membazir kan?.

Dah la p ukm berulang kali. Nak fotostat maklumat yang ada dalam kamus pun menggunakan duit yang banyak. So, dikira membazir la kan jika tak guna sebab saya pun bukannya guna semula kertas tue selepas asg. ma'ajim saya ni siap.

Memandangkan tulisan kat kamus muhit al-muhit agak kecil dan serabut sedikit..  Saya tak jadi nak susun maklumat yang ada kat sana. Saya nak guna kamus lain.


banyakkan?..huhu.
tak larat rasanya..
Saya rasa agak malas nak menyiapkan asg. group ma'ajim. Rasa malas sangat nak buat kerja.
Nak study pun rasa malas..huhuhu.

Minggu ni, kehidupan saya rasa tak teratur. Saya tak da mengulang kaji & takda baca buku. Sekadar menikmati hari-hari yang mendatang.

So, saya kena cari semangat yang hilang tuh. Semangat yang hilang secara tiba-tiba.
Mesti & wajib!.

Rabu ni da exam ma'ajim.
errr~
Adila sms kat saya.
Dia tanya, "saya tak berminat ke nak wat nota ma'ajim?."
huhuhu.

saya bukan tak berminat tetapi saya rasa, banyak benda yang saya nak wat.
takut serabut plak.

Buku ma'ajim tu tulisannya agak kecil dan rapat-rapat.
Saya tak tahu macam mana nak mulakan pembacaan.

Kerana itu,
nota sangat diperlukan. T_T

tetapi,
sapa nak tolong saya wat nota?.
pinjam nota orang pun ok gak..hehe.

saya tak mula lagi asg. saya.
Saya wat yang baru.
Ari tu dh wat sikit tp saya padam.
akhirnya, inilah jadinya..
tak siap-siap. :'(

Jom cari semangat yang hilang tuh.
kita kumpul kan ia semula..hehe. ^^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Suka dalam diam :: P.E.R.I.T::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Saya menerima satu sms sewaktu kuliah Creative Thinking.

"Tiba-tiba rasa sedih."

"Kenapa?"

"sedih sebab sukakan seseorang dalam diam. Rasa sakit"

Subhanallah.
Tak sangka sahabat saya ini mengalami rasa ini.
Dia adalah seorang sahabat yang sukar diketahui isi hatinya.
Malah, saya memberi jaminan..
Dia adalah seorang muslimah yang amat menjaga peribadinya.

"Is it really hard to let go of someone?"

terdiam.
terkelu.

Sememangnya, dia masih berusaha menjaga hatinya.
Tak mahu cinta manusia menghakis cinta DIA dihatinya.

Saya tak sempat nak balas sms dia berkenaan soalan ini sebab malam tue, saya ada urusan yang perlu diselesaikan.

Saya masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada saya minggu lepas..

Pelbagai nasihat yang telah diberikan kepada saya.

Antaranya:

From Kak Maisarah, "Dik, yakinlah jodoh itu rahsia Allah. Tak sapa boleh jangka.Berdoalah semoga Allah lapangkan hati untuk terima semua ini dan jauhkan dari rasa kecewa dan berdendam. Allah sediakan lebih baik buat awak. Truskan beristikharoh "

kata Adilah, "Hang akan dapat yang lagi bek. Yakinlah.."

Saya sendiri masih belum mampu "melupakan" mahupun "melepaskan".
huhuhu.

•*¨`*•..¸.•´ .•*¨`*• •*¨`*•..¸.•´ .•*¨`*•

Buatmu sahabat:

Perasaan yang hadir itu hanyalah satu ujian buat dirimu.
kentalkan imanmu dan yakinlah dengan suara hatimu.
Jagalah hati itu dengan sebaik-baiknya.
Jangan dustakan cinta Allah dengan cinta manusia.
ku khuatir lebih perit yang engkau rasakan.

Jangan menjadi seperti aku yang lemah tak berdaya.
mudah sahaja aku mengeluarkan air mata kerana terluka.

sahabat,
Allah menguji tanda Dia amat menyayangi dirimu.
Tutupkanlah rasa itu dengan cintamu pada DIA.

Saya yakin, awak mampu melakukannya kerana awak srikandi muslimah yang kuat imannya.

Tabah ya?.

saya tetap di sini.
menjadi pendengar setia awak.

^-^
Tentang soalan itu, bersedialah melepaskannya kerana dia bukan milik kita. Dia milik Allah S.W.T.


saya masih mencuba.
Harap awak juga mampu mencuba.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, April 27, 2012

FPBU :: Tahun 2 ::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sesi bergambar.

Hakikatnya, pagi khamis pada 26/4/2012, jam 8- 11 pagi .. takda kuliah akhlak & tasawwuf memandangkan Ustaz masih berada kat luar negara.

Namun, waktu ini telah ditukarkan kepada sesi bergambar satu fakulti FPBU tahun 2 berserta dengan pensyarah dan dekan.

Waktu ni, dah berat hati nak p sesi bergambar ini memandangkan takda kuliah pagi tetapi gagahkan diri juga p sesi bergambar ini sebab tak nak rasa serba salah kat sapa-sapa pun.

Kita mesti support fakulti kita kan?.huhu.


Rupa-rupanya, pensyarah & dekan tak da. Kami je yang akan bergambar.

First time sebenarnya tangkap gambar satu fakulti. Sebelum ini, gambar  kelas je.

Gambar satu fakulti takda ambil guna handphone...

Macam-macam ragam ktorg ketika berdepan dengan kamera.hehe. :')

suka gmbr ni :')

berempat ^^

sesi try blazzer :D


Cam model je amin nie.. cari jangan tak cari.
BBA 5 :')

BBA 1 :)

paling suka gmbr ni.cntik sgt.
cc: Mustaqim :D
Semoga kami semua mampu bersatu hati.
amin ya Rabb.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Program Luar USIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Video kat bawah ni,jangan lupa tgk ye. Video inilah yang menceritakan aktiviti kami macam mana ^.^




"Program luar Usim"
kali pertama saya mengikuti program luar Usim. Pernah mengikuti program luar USIM tapi ia tak berkaitan dengan USIM pun hakikat sebenarnya. Susah nak jelaskan..
tapi tak pelah. Kali ini saya nak menceritakan tentang kenangan saya dan sahabat-sahabat saya melakukan khidmat masyrakat dibawah pimpinan ULPM.



Program 1


kami memberi makanan kepada orang gelandangan iaitu orang yang xda tempat tinggal. Banyak group waktu ini dan saya tak sama group dengan kawan-kawan saya yang lain.Group kedua sebelum terakhir mendapat liputan untuk membuat rakaman bersama Tv al-Hijrah.Bestkan mereka yang masuk Tv?.hehe :)

time berkumpul..

Time rakaman klu x silap.
sy xda time ni.
:)
Program 2


Kesemua group bergabung sewaktu di program 2 ni. Program ini adalah bertujuan untuk membersihkan salah satu sungai yang tercemar di Negeri Sembilan. Sewaktu program ini, saya mula mengenali tentang mudballs. Mudballs ni mampu membersihkan sungai yang tercemar tau tapi saya dah terlupa maklumat-maklumat tentangnya.Maaf ya.

sewaktu sampai..

nak makan pun smpt gmbr ye..

sewaktu nak wat mudballs

perempuan pun buat tau..

setelah selesai mengadunkannya.hehe.

Bergambar dengan tangan yang kotor.hehe
Anis,Nadia,Fiza,Izzatul & Saya.

saya & fiza. :)

saya & Dila :)

saya & Nadia :)

saya & Tamara :)

Program 3

Selesai je program 2, kita orang semua terus bertolak ke Port Dickson pula. Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke sana. ^_^
dalam bus dpt ambil gmbr ni dgn cntiknya kan?.hehe
itulah kerja kwn saya, Fiza. Camera cybershot :)
Sewaktu berada disini, kita orang kena memungut sampah sekitar pantai PD tue. Tapi alang-alang menyelup pekasam,biar sampai ke pengkal lengan.. kitaorang smpt bergambar & bermain air laut. Seronok sangat. Orang agak ramai pada waktu ini. Sampah agak kurang. Kami pun melakukan kerja kami sambil men'enjoy'kan diri sendiri lah.hehe.

Sewaktu mula2 sampai. ^_^

Amin & Zul
Oh.. curi tulang ye?.hehe :P
Saya & Dila :)
waktu ini,xleh tahan tgk kwn2 sy yg suka sgt main pantai. ^^ hehe


Last pIc dari saya time di PD.
Terima kasih buat sahabat-sahabat saya kerana memberi saya memori indah ini.
Anis,Syuhada,Sakinah,Liyana,Izzatul,Hana,Nadia,Fiza & Adila.
^___^
Jika ada program macam ini, jom pergi lagi ya :)
Nota Hati:
Semoga ukhwah ini akan terus bersemi :)

Lupa nak habaq:

Selepas ketiga-tiga program ini,ada majlis penutupan pla.
Time majlis penutupan,ada melontar mudballs kat Kolam 1 Usim.
kotor sgt ke kolam tue ye?.
:: no komen ::
lihat sndri.

ni vdeonya..
vdeo pendek je.
saya ambil orang yg melontar je.jauh ke tak..hehe



sakinah(tdg hitam).. nak lontar tue.tp tgh berfikir kot.

orang2 yang melontar x nmpk. Nampak lontaran depa pun jadilah kan.i like it. cntik :)

orang kuat ULPM kecuali yg plg hujung sblh kanan.

smpt lg.. :)

with sakinah Khiri.

sekian, terima kasih ^_^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Forum: Berpimpin tangan ke syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk menghadiri forum berpimpin tangan ke syurga.
Pada malam ini telah berlangsungnya 2 program.
Agak keliru juga nak pilih yang mana satu.
akhirnya, 
saya memilih untuk ke program forum berpimpin tangan ke syurga daripada program bedah buku.

turut serta: Mazyyah, Fiza, Sakinah & Afifah.

Moderator: Saudara Faiz Aziz
Panel : Ust. Mohd Hariri (Jakim), 
Dr. Ahmad Wifaq. (Pensyarah)

Kebetulan,
sewaktu saya dalam perjalanan ke forum ini..
saya menerima satu sms daripada no. yang saya tak kenali.

katanya;
" Walau jasad terpisah jauh namun biarlah doa menjadi pengikat hati agar ukhwah tetap terjaga. Ya Allah, satukanlah hati kami sampai ke syurgaMu"

subhanallah.
indahnya kata-kata yang dihantarkan kepada saya.
cukup terharu.

Setelah bertanyakan siapa orangnya, alhamdulillah.. rupa-rupanya dia adalah sahabat saya yang jauh daripada mata. Hampir 4 tahun saya tak bertemu dengan dia.

rindu plak tiba-tiba T_T.

¸.•*""*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Tenang rasanya hati bila diisi dengan perkara-perkara baik.
Pengisiannya juga terlalu bagus.

Forum ini bukan berkaitan tentang "kahwin" sahaja jika itu yang kalian diluar sana fikirkan.
Tajuk ini terlalu umum & saya tak terfikir forum ini berkenaan dengan cinta or kahwin sahaja.

Antara pengisian yang saya terima:

* Nak jadi ahli syurga, kenalah "bersahabat" dengan seseorang yang boleh jadi ahli syurga.
* Kita bukan PEMBERI HIDAYAH tetapi kita boleh membuka laluan hidayah kepada orang lain.
* Tidak ada jalan pintas untuk ke syurga.
* Ibadah bukan terletak pada kuantiti tetapi pada kualiti.

Matlamat kita adalah untuk memasuk syurgaNya & bertemu denganNya.

Namun, harganya terlalu mahal sehingga kan kita diuji oleh Allah terlebih dahulu.

Dia menguji tanda Dia menyayangi kita.

walaupun kita merasakan beratnya ujian yang Allah berikan tetapi kita perlu ingat,
ujian itu adalah tanda untuk kita kembali mengingati dan mengadu padaNya.

Sebesar mana pun dosa yang kita lalukan,
Besar lagi pengampunan Allah S.W.T kepada kita.

Allah tak pernah menyisihkan kita tetapi kita yang selalu meminggirkan Dia.

terleka seketika dibuai dunia,
bilakah akan kita terjaga?.

***********************

masih mencuba untuk mengagahkan diri.
menemui Dia dlm keadaan sunyi,
 hadiah terindah buat nafsi,
tenang dan damai mengusik hati.

p/s: sama-sama kita berpimpin tangan ke syurga ya?

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Ponteng Kelas :: Tangisku bergema

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

 

Saya menjadi seseorang yang sensitif dalam minggu ini.
Niat nak ponteng kelas terlalu tinggi tetapi saya  tetap tak jadi nak ponteng kelas.
saya rasa serba salah bila fikir, "saya tak p kelas".

sebelum Kelas Mandarin .....

saya telefon mama. Selepas tanya khabar kat mama, saya bagi tahu kat mama yang saya tak nak p kelas mandarin. Mama pujuk saya. Mama kata. "belajar tue bukannya lama pun. Tak yah la ponteng". Saya dah nangis waktu tue. Terasa berat apa yang terkumpul didalam dada.

Saya memujuk diri.

Membawa diri bertemu Ilahi.

Seusai solat asar, saya pergi ke kelas kosong. Kat sana saya bertemu dengan sahabat saya, Nurul Azmina. Dia menjadi peneman saya.

Setelah saya menjadi tenang sedikit, saya masuk ke kelas mandarin.

Saya kurang menumpukan perhatian.

Keesokan harinya,
tangis saya bergema lagi.

Mudahnya saya menitiskan air mata..

dan begitu juga hari-hari seterusnya. Saya masih sensitif.
Bila orang kata, "Saya tak nak la kawan dengan yana / kak yana lagi.
walaupun dengan nada bergurau, saya dah menitiskan air mata.

Saya nak ponteng kelas.
teringin..
tapi tak sanggup.

~mungkin sebab sisa-sisa itu masih ada.~


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, April 26, 2012

Result Muet 26/04/2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Entri yang ke 100 & entri ini sungguh istimewa ^^

alhamdulillah.

alhamdulillah.

alhamdulillah.

sukar untuk ku gambarkan perasaan yang ku rasai tika ini.

alhamdulillah..

ya Allah, ini rezekiku daripadaMu.

ada yang terbaik yang telah Engkau berikan setelah beberapa kali Engkau berikan ujian.

Jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur.. amin ya Rabb.

alhamduillah..

Jam menunjukkan 1.37 am. Saya masih tak tido lagi.


Saya membuka page laman web muet memandangkan tepat jam 12.00 am dah boleh cek result muet.

Dah beberapa kali,saya cek guna internet tapi jawapan yang saya terima --> xda dalam senarai.

"masih belum update" detik hati kecil saya.
saya dah cemas.

saya berkata "kalau mengulang lagi.. semoga diberi ketabahan".

saya dah tak kuat nak ambil berulang kali muet. Rasa dah down sangat.

akhirnya......

saya cuba plak cek melalui sms.

Teringat sewaktu time stpm. Cek tepat jam 12.00 am result muet.

saya cuba.

to : 15888

Muet Result 900609******

saya terima balasan sms yang cukup membuatkan saya seperti di alam mimpi.

saya tak percaya.

saya berlari keluar ke bilik sahabat saya Fiza.

saya bukan nak kata, saya bangga.

tak!

saya takut saya hanya bermimpi.

saya khuatir jika saya cek kembali,

ini semua hanya fantasi.

Rm 0.20 Muet: 900609******

MN0164/****

Keputusan Muet:

Band: 3

Allahu Rabbi.

saya betul-betul tak percaya.

alhamdulillah.

Rezeki Allah tiada siapa mampu menjangka.

sebab saya tahu,

muet kali ini paling teruk yang saya rasakan 

sehingga menyebabkan saya mengeluarkan kata-kata,

" saya kena mengulang semula."

saya cek kembali.

jawapan yang saya terima sama lagi.

subhanallah.

perasaan ini sukar untuk diungkapkan.

semoga Allah memberi rasa ini buat sahabat-sahabat saya yang lain juga sebab saya tahu, perasaan ambil muet berulang kali kadang-kadang mengusik emosi juga.
semoga lenaku seiring dengan tahmid kesyukuran.

alhamdulillah.

Dia Maha Mengetahui.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, April 17, 2012

tak da @ ada? : H.A.R.A.P.A.N :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

"ana tak da"

"ana tak da"

"ana tak da"

itu jawapan dia.(adik)

"Dia ada"

"Dia ada"

"Dia ada"

ini jawapan dia.(kakak)

Bagai dicarik- carik perasaan ini.

lantas,

ku tak ingin mengerti lagi.

ada jawapan pasti telah ku temui.

dan 

sungguh, aku telah menangisi.

:: Let's bygones be bygones ::

Semoga kelemahan saya ini sebagai kekuatan untuk diri ini.

Syukran Fiza kerana sudi menemani dikala tangisan sukar untuk dibendung lagi.




Segalanya MilikMu

p/s: terjumpa lirik lagu ni semasa menyelongkar fail sewaktu kelas Law tadi dan lirik lagu ni memang tepat pada masanya.

Kau yang menciptakan cinta

Dan Kau jua yang menghampar bahagia

Di ribaanMu terhimpun harapan

Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka

Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa

Namun padaMu jua diadukan

Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela

Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu

Terarah segala ronta dan rasa

Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu di segenap ruang rasaku

Telah Kau titipkan kekuatan

Oh Tuhan..

~~ :: doakan terbaik dari jauh :: ~~

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, April 16, 2012

Si baju putih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

seronoknya :)

alhamdulillah, diberi kesempatan untuk merasai seperti ahli saintis :)
si baju putih.
cita-cita yang tidak dapat ku kejari.
yang tinggal hanya mimpi.
masih wujud disanubari.
ingin menjadi seperti ini.
:: Harapan tak kesampaian ::

keputusan result spm yang agak kurang memberansangkan cukup menghampakan diri ini. Maka, terlepaslah sebuah cita-cita yang dihajati. Hancur musnah sebuah impian :'(

Allah memahami kehendak hati ini yang ingin merasai suasana seperti itu.
saya kelas sains tetapi nak masuk makmal untuk melakukan eksperimen?.
sukar untuk dilakukan.
Salah satu puncanya adalah kerana peralatan yang tak lengkap.

sewaktu berada di Um(bercuti seketika disana), saya berkesempatan membantu Kak Ngah Azmina menyiapkan tesisnya.

saya gembira walaupun pada hari itu agak penat. Berbaloi kerana perasaan itu sungguh indah.

:: Terima kasih ::

keluar masuk hospital,
 sy jumpa si baju putih lagi.
hati teruja!.
seronok melihat mereka yang berbakti kepada masyrakat.
Semoga Allah nilai kebaikan yang mereka lakukan.

Buatmu si baju putih,
teruskan tradisimu tuk memakainya.
Jangan mengalah biarpun lelah.
Masyarakat diluar sana memerlukan khidmat baktimu.
usah ragu..
teruskan langkah.

Untukmu adik tersayang,
semoga berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang disegani masyrakat.
Percayalah, susah yang dirasai ketika belajar adalah satu nikmat kebahagiaan.
enjoy urself being a doctor :)
Allah ada untuk mendengar resah & gelisahmu.

::Nurliyana Adnan:
 Bahasa Arab & Komunikasi

Firman Allah S.W.T:
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
(2:172)

Alhamdulillah,
saya merasai keindahan bila mempelajari ilmu Bahasa Arab. Dari kecil hingga besar, saya mempelajari ilmu ini dan saya yakin, jika saya tidak mempelajarinya.. sampai satu saat nanti saya akan terlupa akannya. (muhasabah hati)

:: 16 April 2012::
bakal bertolak ke Nilai sebentar lagi tuk meneruskan sebuah perjuangan.
Ya Allah,
teguhkan hati hambaMu ini untuk meneruskan langkah.

•*¨`*•. •.¸.cita-cita dulu hanya mimpi, tetapi apa yang ku lalui tika ini adalah pasti•*¨`*•..¸.

Baiti Janati
will miss my home. :'(

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, April 15, 2012

Terluka?. Rawatlah hatimu dengan BAHAGIA.✿

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Putus Cinta?.
rasa terluka?.
rasa sengsara?.
tsunami melanda jiwa?.

maka,
rawatlah hatimu dengan bahagia.

Kebahagiaan itu milik kita.

Beberapa hari yang lalu,
saya menerima satu sms yang memedihkan hati saya.
rasa seperti ditusuk sembilu.
perit!

"Yana, bahagialah dengan kebahagiaan dia"
-monolog hati kecilku selepas menerima sms itu-

Agak lama juga ku pujuk hati ini.
adakalanya, terasa ingin mengalah.
biar saja ku tangisi apa yang terjadi.

Namun,
ku kuatkan hati
ku tahan air mata yang hendak mengalir
ku percaya, itu semua rencana Ilahi.
pasti ada hikmah yang menanti.

saya pernah membaca salah satu karya drp Ust Pahrol.d
katanya:

" kita akan bahagia kalau kita melihat orang bahagia. Sungguh, kebahagiaan itu akan hadir kerana wujudnya ketenangan dihatimu"

Kita lepaskanlah semuanya dengan rela dan redha. Jangan sampai wujud perasaan dendam, iri hati kerana perasaan yang lara itu.

percayalah,
itu semua tidak berbaloi.

Mengertikah kita?.
kita mampu bahagia dengan pelbagai cara.
Jangan kerana dia,
wajah kita bermasam muka.
takda riak ceria.
tidurmu tak lena.

itu semua hanya permainan jiwa!

"akak tlg sya boleh?. tolong cari hikmah atas masalah saya ini"

saya menerima satu sms.
seorang adik tengah kecewa.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya” (al-Baqarah 286) 

terus-terang saya tak pandai nak memberi nasihat.

apatah lagi, saya baru sahaja mengalami rasa itu.
ku gagahkan jua tuk berbicara dengannya dan memujuk hatinya.

adakalanya, 
kita perlukan seseorang tuk mendengar apa yang kita rasai.

:: Terlalu sukar & terlalu payah untuk meninggalkannya ::

Kepayahan itulah penawar yang sebenar.
Buka mata, buka pintu hati kita.
Jangan biarkan nafsu yang menguasai rasa.
Biarkan iman kita bersuara.
mungkin itu jalan keluarnya.


Banyakkan berdoa kerana itu senjata utama :)

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutangyang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.”
 (H.R. Abu Umamah dan AbuSa’id)

Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (An-Nahl, 127-128) 

Buat hati yang terluka & kecewa :

[Katakanlah : "sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami"] (at-taubah: 51)

Untukmu adik:
Carilah penyelesaian yang takkan mengundang sesalmu dihari kelak.
Carilah ubat & penawar yang mampu merawat dukamu.
semoga berjaya menemuinya 

Baiti Jannati
Sri Manjung, Perak :)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, April 14, 2012

Pahang mari~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

First of all,

saya nak wish "barakallahulakum wat sahabat saya Norapiza & suaminya serta  Saiful & isterinya".

ni first time saya mai Pahang. Tak pernah sekalipun saya menjejakkan kaki ke Pahang. Saya datang ke Pahang untuk menghadiri walimah belah lelaki(Saiful).

Bayaran p balik rm 40. Agak berbaloi gak kan sebab ktorg da p jalan sana-sini lagi.

Tempat persinggahan: Teluk cempedak, kuantan.

p/s: sempat singgah jg kat kedai yang jual keropol lekor.


kami ni seolah-olah dari rombongan pengantin lelaki je. :)

Ktorg datang nek bas dan da juga yang datang nek keta.

Pengantin lelaki & perempuan

Makan :)


:)

Sewaktu di Teluk Cempedak :)

cantik kn pantainya :)

p/s: tue je kot pic yang boleh sy paparkan sewaktu di Teluk Cempedak ini. 

saya sampai ke kolej jam 10.30 malam. Lepas tu, terus p res. Sayang bersama Kak Ida, Yah & Dila. :)

Perjalanan yang agak menarik..

31 March 2012
Sanah Helwah buat sahabat tersayang, Nur Adilah Adam.
Jaga bek2 ikan tue ya :)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ