Friday, May 25, 2012

Let it go.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang




Yana,
trust urself.

You can do it!


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Rintihanku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Rintihanku by Assaufee

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Rasa ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Allah.
kasihku diluaran tampak pudar,
tetapi kasihku didalaman masih mekar.

Allah.
aku masih menyayanginya.
biarpun aku terluka.

Allah.
peritnya rasa yang aku tanggung.
ukhwah ini semakin renggang.

Allah.
aku masih menghargainya.
aku masih mengharapkannya.

Allah.
moga ukhwah ini mampu kembali seperti dulu.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, May 24, 2012

:: Bicara Kata ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

apa yang terlafaz dibibir , tak semestinya sama dengan apa yang dirasai didalam hati.

Allah.
apa yang dirasai.
Engkau lebih memahami. ♥



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, May 19, 2012

Makan Bersama ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.17 Mei 2012, malam Jumaat.. rancangan untuk keluar makan bersama berjalan dengan lancar.

Walaupun tanpa perancangan yang rapi, alhamdulillah xda masalah untuk keluar bersama pada malam itu.

p/s: Terima kasih kepada Kinah kerana belanja makan malam nie.. :')

saya pernah bertanya soalan ni kepada seseorang,
"kenapa ukhwah diantara kita semakin teruk?."

--> berdiam diri. Takda jawapan yang diberikan. Muhasabah.. <--



"Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)"
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

18 Mei 2012 (Anugerah Dekan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tahniah kepada ke semua penerima anugerah dekan bagi sem 1, 3, 5 dan 7.
Tahniah juga kepada penerima anugerah kualiti Staf & Pelajar. :)

alhamdulillah, berkesempatan untuk melihat program tersebut walaupun ada perasaan segan sedikit.

Niat dihati pergi program tersebut adalah untuk mengambil semangat dan melihat sahabat-sahabat saya naik ke pentas. Kebetulan, di takdirkan Allah juga.. saya dapat berjumpa dengan Aina Sofia secara face to face.

p/s: Terima Kasih ye Za kerana menemani akak :')


with them :)


Doakan saya berjaya menjadi seperti mereka juga ya. :')

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

TQ :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


sewaktu kelas CTPS berakhir,

"Dila, meh la sat ambil gmbr."

saya suka gambar ni :')

Adilah,terima kasih atas segalanya..

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Jiwa & rasa ?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

~jiwaku seakan kosong~
Tahajud ubatnya.


Jiwa yang gelisah,
tanda jauhnya kita daripada Allah.


إن الله غفور الرحيم

Berapa banyak pun kesalahan kita padaNya,
ruang pintu taubatNya masih terbuka untuk kita.
Begitu besar rahmatNya pada kita.

kita terlupa.
kita leka.
semuanya sebab dunia.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, May 18, 2012

Sanah Helwah Ain, Dila & Kak Ida.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Sanah Helwah sahabat-sahabat tercinta.
Perancangan agak kelam-kabut sedikit.

sebelum nak p membeli bahan, terserempak  Adilah & Kak Ida yang baru balik dari makan malam. oppps~ semestinya Adilah dah mengetahui apa yang kitorang cuba rancangkan..huhu. :)

Malam tue sambutan dibuat di bilik Mazyyah & Fiza.

Buat sahabat-sahabat tercinta,
semoga semakin bertambah usia, semakin dekat kita dengan Allah dan amalan kebaikan yang kita lakukan semakin banyak..

insyaAllah.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, May 16, 2012

Luka?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

"The wound in my heart can't be healed so easily."

umpama tangan yang berdarah,
masih terasa sakitnya,
walaupun darah itu dah kering.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, May 15, 2012

Pizza Hut *_*

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
 
hehe. Ini semua saya punya pasal la.
Maaf ye Fiza.
Saya & Fiza pernah kata, 
sapa dulu kuar (Jpa / Ptptn) akan belanja..
Fiza kata saya yang kluar dulu..
Jadi saya kena belanja.
tapi sebaliknya  pula.
sem ini Jpa keluar awal.
Nak tak nak Fiza yang kena belanja la pula..
takpa, next time keluar Ptptn Yana belanja Fiza pula ya..
^_^

Jom..jom..
lihat..
muka-muka kami yang kelaparan.
huhu.

p/s: time nak sampai kolej dah,baru rancang nak p.Time ni Dila puasa...

Nyum..nyum..nyum..

Fiza, Saya & Mazyyah :)


erk...air pepsi tuh.  :)

Nak makan pun..smpt lagi kan bergambar?.hee :)

Tayangan cara minum plak.. :)
Ain Ramlan

Kek ni, Kinah yang belikan. :)

Kinah & Ain :)

Makan perlahan-lahan ye.. :)

Nie pula tukang demo cara tuang air  yg betul :)
Mazyyah.

happy je depa ni:)
Ain & Hana

Sebagai seorang kakak, kena lah sediakan tuk adik-adiknya.
ye tak, Fiza?.hehe :P

Nota Hati:
Len kali kita p lagi ya.
tapi kita p ramai-ramai la..
sapa nak belanja pula kali ini?
shyyy..
kita tunggu & lihat ^_^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, May 12, 2012

Dimana ALLAH dihatiku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sms ini saya terima daripada seorang sahabat.
katanya:

"sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya disisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah didalam hatinya. Sesungguhnya Allah meletakkan kedudukan hambaNya disisiNya sebagaimana  hamba meletakkanNya di dalam diriNya."

-- muhasabah bersama --

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, May 07, 2012

:: Diari :: " Kuliah Fiqh kerahsiaan Wanita "

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

7.10 pm.
saya sms sahabat saya Adilah.

"rasa nak beli diari"

"untuk?"

"nak tulis diari."

"diari tak semestinya tulis kat diari. Tulis kat buku pun boleh"

"tapi nak yang berkunci."

Tiba-tiba.
diri ini teringin memiliki sebuah diari.
saya suka menulis diari walaupun jarang dilakukan.

╚══════════════════════════════╝

Malam tue, saya berkesempatan pergi ke program Fiqh kerahsiaan wanita.

saya telah menangis kerana saya tahu, saya tak berkesempatan untuk pergi ke program itu.


Sebab yang lain juga adalah saya diberi harapan.

waktu tue,saya rasa kecewa sangat.
punca: tak dapat menghadiri program tersebut.

pelik bukan?.
huhu.

saya tak da kenderaan yang membolehkan saya pergi menghadiri program-program seperti itu.
Untuk menjadi penumpang dan mengajak orang pergi,
saya akan berfikir berkali-kali sebelum melafazkan ayat keramat itu.

"Bukan senang nak jadi penumpang selama-lamanya."

alhamdulillah.
Allah takdirkan saya pergi ke program tersebut malam tue.
Terima kasih kepada sahabat saya, Sakinah kerana menemani.

katanya:
"tak da istilah membebankan dalam sebuah persahabatan"

Terima kasih kerana memahami.

Apa yang saya pelajari pada malam itu hanyalah perkara asas sahaja.
Untuk menerima & menghayati lebih mendalam, saya perlulah bertalaqi dengan seorang guru.

Ustaz Fauwaz berkata:
" Nak menjadi ulama bukan setakat ada degree sahaja"

"orang yang hafal satu juzu' hanyalah setakat orang yang berinformasi bukan orang yang berilmu"

"semua orang bercakap tentang ilmu tetapi sebenarnya takda ilmu"

agak menusuk juga kata-kata ustaz ini tetapi saya suka.

Jadikan ia sebagai satu motivasi buat diri kita semua. InsyaAllah.

Saya tak mendalami secara mendalam tentang ilmu Fiqh. 

Saya hanya mengetahui secara asas sahaja.

Beruntunglah bagi mereka yang mengambil ijazah dalam bidang ini serta mengamalkan apa yang mereka pelajari.

"دخل الجامعة جاهلا..خرج متكبرا..أعوذ بالله"

"Masuk ke dalam U dalam keadaan Jahil, keluar daripada U dalam keadaan T.A.K.A.B.B.U.R"

semoga dijauhi daripada sifat ini.

wallahu'alam.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Spark 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.
selesai dah tugasan spark yang diberikan kepada kami.

:: 6 Mei 2012 ::
stadium tertutup nilai :')

Lampu yang diperbuat daripada tempurung.
 Ahli kump. saya:
"Hairon, Mazyyah, Sakinah, Nur ain, Hana, Fiza, Nora, Izzati dan saya " 

Banyak-banyak poster yg saya rasa cantik adalah poster kump kami.hehe
kump. Zul daus.

cantik kan?.

kump. Razif.
Group depa menang tmpt kedua dlm kategori art & design.

:)

pandangan dr atas sblh kiri.

pandangan dari atas sebelah kanan.
 p/s: Tahniah buat semua.
Banyak lagi gmbr yg saya dah masukkan tetapi ke semuanya mereng. Dah rotate pun macam tue gak. So, saya tak masukkan gambar tersebut. ^^
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

:: Wajah H.E.A.D.E.R blog ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Wajah Header blog saya masih sama hakikat sebenarnya.Cuma yang beza background belakang. Dulu warna putih dan sekarang transparent.

Terima kasih di atas pertolongan Saudari Nurul Ain dan Saudara Hairon. Tak lupa juga kepada sahabat sebilik, Nur ain. :')

Transparent gambar.

Saya belajar 'tranparent' kan gmbr drp blog Fizgraphic.

Gambar original:


Gambar selepas transparent:



Saya nak wat camni.
Saya pun mencuba dan terus mencuba.


sebenarnya, apa yang saya wat dah jadi tetapi saya ingat tak jadi disebabkan bila saya view pic tue,saya lihat petak-petak kosong kat belakang. Rupa-rupanya memang itulah sebenanrnya.huhu =.=

Sebelum tranparent:

selepas tranparent :

Dah berjaya!
alhamdulillah.
^-^


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, May 06, 2012

:: ku kunci hati serapat-rapatnya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

pintu yang dikunci,
perlu dibuka dengan kunci.
tetapi kunci yang patah,
tak dapat membuka pintu yang terkunci.
kalau nak buka gak pintu itu,
hendaklah menggunakan kunci pendua or merosakkan pintu itu.

persoalannya, jika hati ibarat pintu yang memerlukan kunci untuk membukanya dan kunci itu pula patah. Adakah wujud cara lain untuk membukanya?.

Wujudkah kunci pendua?.
atau perlukah kita menggunakan cara paksaan tuk membukanya?.


:: Persoalan ini hanya sebuah persoalan ::

sebab saya sendiri tak da jawapan kepada persoalan yang saya kemukakan.

Hati ini,
pada asalnya, boleh dikunci & boleh juga dibuka.
tetapi 
kunci untuk membukanya itu telah patah.
disaat hati ini terkunci rapat.

akhirnya,
pintu hati tertutup rapat.
entah berapa lama.
wujudkan kunci pendua?
atau perlukah dibuka secara paksaan?,

oh hati.
kenapa perlu dibuka jika hanya tuk terluka?.
kenapa perlu tertutup sedangnya ada yang ingin membukanya?.

oh hati,
lemaslah dengan cinta Allah,
dan janganlah lemas dengan cinta dunia.
di saat itu baru kau tahu,
tika kau lemas dengan cinta dunia,
cinta Allah sedang jauh melambaimu dibelakang.
dan yang kau rasa,
hanyalah gelisah semata.
tetapi,
jika engkau lemas dalam cinta Allah,
nescaya berkali-kali,
kau ingin lemas didalamnya
dan terus hanyut bersamanya.

Bicara hati,
5:18 pm.

p/s: saya teringin p program malam nie. Tak da ke yang nak mengajak saya pergi dan ingin membawa saya pergi sebab saya takda kenderaan.kalau dpt nek prebet n prebet tu blh ambil time pulang..saya nak gak p tetapi biarlah berteman.huhu :'(


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

apakah yang ku cari?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

dengarlah kata hatiku....





☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, May 04, 2012

~ Jauh ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Khas buat dia dan juga mereka.

Jujur ku katakan,
ketiadaan kalian membuatkan ku berduka!.




:: suara hati kecilku ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, May 02, 2012

Ukhwah di sebuah restoran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Pada asalnya, saya tak berniat untuk makan malam pada malam ini tetapi badan saya kurang enak dan saya perlukan sup panas sebagai penghilang sakit. Akhirnya, saya mengaturkan langkah ke sebuah restoran bersama 2 orang sahabat.

Bisik hati kecil ini sepanjang saya berjalan pulang ke kolej kediaman seusai makan.

 "Ya Allah, biarkanlah ukhwah ini sampai ke pintu JannahMu".

kenapa?.

butir-butir bicara direstoran tadi membuatkan saya bersyukur, saya bertemu sahabat seperti mereka.

Biarlah hati ini sahaja yang berbicara.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Ep. 100 ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.
semalam saya dapat menonton rancangan Ust. Don Danial secara live streaming.
Sedangkan keesokannya saya ada exam Ma'ajim.hee~

Semalam line saya agak stabil. Takda sebarang gangguan.
Enjoy.  :')

Saya sempat membuka nota ma'ajim yang saya buat sewaktu iklan.
Cuba mengingati apa yang saya hafal.

Sambil melihat & mendengar, saya cuba menyalin isi-isi penting yang disampaikan oleh Ust. Don. Malam tue, rancangan 30 minit bersama ustaz Don telah berlangsung selama 1 jam. Istimewa bukan?. Episod kali ini lebih menceritakan tentang perjalanan hidup Ust Don. Saya terharu ketika melihatnya.Pelbagai kejutan telah diberikan oleh pihak TV al-Hijrah kepada Ust Don tanpa pengetahuan beliau.



Antaranya:

1)Pihak Tv al-Hijrah telah menelefon kakak kepada Ust. Don sedangkan sebelum Ust. Don bersiaran, beliau baru sahaja selesai menelefonnya. Tangis air mata Ust. Don tumpah pada malam istimewa itu.

2) Pengacara Tv al-Hijrah, Amin Idris telah dijemput sekali untuk menjadi pengacara kepada Ust. Don pada malam itu. :)

3) Pihak Tv al-Hijrah juga telah menjemput dua orang bekas guru Ust. Don. (Sek Rendah & Sek Menengah).

Pesanan Ust Don disetiap rancangannya:-

(◕‿◕✿Sejauh mana pun kenakalan kita, hendaklah kita menghormati GURU kita.

tau tak?.
Ust. Don pernah menangis sekali dihadapan gurunya disebabkan tidak dapat menghafal satu juzuk al-Quran sewaktu sesi tasmi' dijalankan.

Subhanallah.
Pernahkah kita merasakan perasaan itu?.

tangis seorang yang bergelar Ust.
kita?.
contoh yang dapat saya berikan adalah ilmu.
Pernah tak terfikir kenapa kita tak dapat mengingati apa yang kita hafal dan pelajari?.
Mungkin ada diantara kita yang pernah memikirkannya dan mungkin juga ada diantara kita yang tak pernah memikirkannya.

Pengalaman saya sendiri.
Bila ilmu yang saya pelajari tak dapat dihadam oleh saya, saya akan cuba cek kembali dimana kelemahan saya.

Akhirnya, saya mengetahui..
Pada waktu itu, hati saya telah dikotori oleh maksiat hati.
 (Kisah hati yang perlu ditutupi buat selamanya.)


 Dari Kiri tgh :Teacher Norijah (Guru Sek. Rendah), Pengacara Rancangan Assalammua'alaikum Amin Idris, Ustaz Don & Ust Yusof (Guru Tahfiz).
sedikit buah tangan untuk Ust. Don :)

di akhir rancangan :)

salam menyalam :)


alhamdulillah.
semoga bermanfaat.

Ma'ajim?.
selepas tengok rancangan ini, saya hanya sempat buka buku ma'ajim sekejap sahaja.
Lepas itu, saya tidur supaya saya dapat berjaga pada keesokan hari dengan lebih awal.

p/s: Soalan ma'ajim tadi agak susah gak.huhu.
Alhamdulillah ada yang dapat jawab tetapi ada juga yang tak.

next week exam open book pula..
Rabbi yassir wala tu'assir.( )

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ