Tuesday, July 31, 2012

( I am SHER Locked )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Jatuh hati dengan cerita Sherlock Holmes.
Suka dengan kisah penyiasatan.

Suka part nie..
Tiba-tiba SH seperti jatuh hati & perempuan tue penuh dengan misteri.
Perempuan tue menyimpan rahsia yang dimiliki oleh kerajaan didalam "handphone" nya & ianya ber"password".

Tak sangka password yang digunakan adalah :






suka part yang password nie je sebenarnya.

Boleh klik sini --> I am SHER Locked ( youtube)

You could have chosen any random number and walked out of here today with everything you worked for but you just couldn't resist it could you?

I've always assumed love was a dangerous disadvantage, thank you for the final proof..

everything I said,it's not real, I was just playing the game...

I know and this is just losing...

:)



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, July 30, 2012

♥ Lafaz kata ♥

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang





Sayu hatiku seketika terdengar beberapa perkataan yang terlafaz seketika.Biarpun mata yang melihat, telinga yang mendengar mengakui kebaikannya.Namun, sesuatu yang telah ditakdirkan Alah takkan mampu diundur semula.Semuanya bukan terjadi mengikut kemahuan kita.Even, sang pemilik hati mengakui kata-kata tersebut ada benarnya tapi apa kan daya, bicara kata bukan milik kita. Ada laluan yang disediakan tak semestinya kita laluinya. Langkahan itu menentukan destinasi dan bagaimana corakannya.Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, kita serah sahaja pada Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui & Perancang terbaik dalam perjalanan hidup kita.Biarlah lafaz itu terpendam seketika.Andai benar yang terungkap itu, insyaAllah, pertemuan itu ditakdirkan Allah dibawah redhaNya. Ada penyatuan hati yang mendamba cintaNya bermain disana.Maka, tersenyumlah Allah ada jawapannya. ^__^

ஜ Jari jemariku melakar kata disebuah buku & akhirnya, terjadilah kata-kata ini. "Lafaz Kata" ஜ

Menanti hari esok dengan penuh makna ^^

with love,     

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

1710. angka :: bermakna ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Menjelajah blog lama saya,Strive for mardhotillah.
Terjumpa.terbaca.terkenang...

maka,
repost semula entri ini.



1710 :: angka yang penuh misteri.
satu angka yang bermakna dalam hidup ini.
Sukar untuk melupakan tapi tak mungkin akan ditangisi.
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami.
Yang sememangnya memilih untuk terus hidup dibawah naungan Ilahi.
dengan izin Rabbi.

Saya akan tetap setia menunggu dijalan ini.
sehinggalah ada orang yang benar-benar sudi.
membawa diri ini sekali menemui yang hakiki,
di bawah jalan cinta nan suci.

ku yakin saat itu akan berdetik lagi..
kerana Redho Ilahi ingin dimiliki. 

Entri yang  berkaitan:

di JALAN- NYA


Aku khuatir dengan perasaan ini,
takut jiwaku kacau hingga mengundang keresahan,
aku khuatir andai Allah tidak meredhai,
maka jadilah aku hamba yang mendekati kemungkaran.

Aku mencoret kata sebagai tatapan indah,
Alhamdulillah,dipertemukan Allah setelah diujiNya,
Doaku, "Ya Allah pertemukanlah kami ketika berada dijalan dakwah"
semoga seiring dengan mardhotillah dariNya.

Ujian yang mendatang ku selitkan dengan kesabaran,
ayat-ayat cinta(al-Quran) sering ku alunkan,
Kita hanya merancang Allah yang menentukan,
Redholah kita dengan perancangan yang disediakan.

Aku seorang mujahidah masih bermujahadah,
senyuman terukir dibawah garis ujian,
perjalanan menuju Allah bukanlah gerakan yang mudah,
akan ku temui langkah berduri disetiap laluan.

with love,
credit to: google

jika terasa sesat dalam setiap laluan,
mengapa perlu berputus asa?.
bukankah Allah menjanjikan kebaikan disetiap kesabaran,
Usah terus berpasrah, teruslah bergerak hingga menuju jalanNya.

Sekarang,

alhamdulillah.
kisah ini tamat disini.

semuanya dah berlalu dengan jayanya.

Tahniah!.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Najihah, permata hatiku :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya menjelajah ke ruangan blog lama saya.
Strive for mardhotillah
Banyak memori yang terukir disana.
Ada yang manis
&
ada juga yang pahit.

Terlalu banyak puitisnya.
menusuk ke hati bila membacanya semula.

Entri ni saya ambil dari sana.

Khas buat permata hatiku: Khairiyatun Najihah Norazmi.

                                           p/s: Ana dengan Jiha (Sengaja dikaburkan)

~~Khairyatun Najihah Norazmi~~
Nama seorang muslimah yang cukup membuatkan air mata ana mengalir kerana merindukannya.Kerana merindukannya teramat sangat,ana mula melakar kata- kata untuknya di blog tercinta ini. Ya Allah, hambaMu ini begitu merinduinya.

Jiha,akak rindu Jiha!.
rasa ingin teriak... (dalam hati berdoa, moga teriakku ini didengarinya di Jordan.) tapi semua tue mustahilkan?.
Entah kenapa hati ini tiba-tiba begitu merinduinya ketika ini.Sedangkan ana tengah study subjek Mass Com sebentar tadi.Ya Allah..Biarpun perkenalan hanya sebentar tapi ianya cukup membuatkan ana begitu merinduinya.Kenapa?.

Jiha,
apa khabar Jiha kat Jordan?. Bagaimana kehidupan Jiha kat sana?. Jiha masih ingat tak dengan akak?.. akak begitu merindui Jiha. Akak sayang Jiha lebih dari Jiha sayang akak.Bila la akak boleh dengar Jiha berbalas kata-kata sayang dengan akak lagi ye.huhu.Akak rindu ~~

Muslimah ini,
kata-katanya cukup menusuk hati.
Hatinya hanya mendamba cinta Illahi.
Sukar sekali cinta manusia menembusi dihatinya.
kerana itu,
ana begitu merinduinya..
rindu untuk bertemu insan sepertinya disini.

Perkenalan ana dengan dia hanya singkat.
Ana mula mendekatinya akhir tahun 2009,
biarpun dia seorang junior (Form 5) 
tapi kata-katanya penuh dengan madah Illahi.
Tiada yang akan terluka tika bersamanya.
hanya tangisan merindukan kasih Allah 
menganyam dihati setiap insani.

Jiha,
akak ukir kata-kata kat blog akak ni khas buat Jiha. Jika satu hari nanti Jiha membacanya, ketahuilah... akak rindukan ukhwah kita.Biar sebentar, tapi bermakna!.Jiha, teruskan usahamu dalam mentarbiyah manusia disekeliling.Gunalah ayat-ayat cinta Illahi untuk menyejukkan hati insan-insan yang berada disampingmu. Jika kembali ke Malaysia, jangan lupa menziarahi akak di Usim ye. Akak teringin mendengar madah pujangga Cinta Illahi yang menyentuh kalbu dari Jiha lagi.

Jiha,
jadilah bunga mekar di Jordan. Jangan sesekali biarkan api cinta manusia menghakis cintamu pada Illahi.Akak disini, mendoakan terbaik buat Jiha di sana.Allahu yubarik Fik. Uhibbuki Fillah Ukhti al- Mahbubah. Jiha, lirik lagu ukhwah "Salam Pertemuan" dibawah ini khas buat Jiha ye.~~

Salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan 
Indah persahabatan 
Moga terus berkekalan

Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Syuku syawal ini masih lagi kita ditemukan

Setahun yang berlalu 
Tak ku dengar perkhabaran
Ku bimbangi diriku
Tidak dalam ingatan

Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianmu tuhan

Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....

Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepadanya
Ku mohon restunya
Moga ukhwah di rahmati

Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia

Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....
Agar ukhwah ini kehujungnya...

Nota Hati:
Jiha,akak temui seorang kat sini macam Jiha tapi dia tetap tak macam Jiha.Akak rindukan Jiha & akak nak ngaku kalah, Jiha sayang akak lebih dari akak sayang Jiha.Akak tak nak lawan dah sapa lagi sayang sebab akak tau, kita saling menyayangi kerana Allah.Pertemuan Indah ini milikmu Ya Rabb.
"Ya Allah, sampaikan salam kerinduaanku ini buatnya~~"



Special for you:
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

…...…,•’``’•,•’``’•,
…...…’•,`’•,♥,•’`,•’
...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Jiha,
Dari Hasan, dari Rasulullah s.a.w.
Baginda bersabda: "Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim" 
Uhibbukillah(◕‿◕✿) 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

with LOVE:
(Nurliyana binti Adnan) 

Dan cerita dibawah ini juga berkenaan dengannya.

Khairiyatun Najihah,
seindah namanya...
begitulah orangnya jua.



Gadis Jordan yang ku kenali sewaktu di Pra Universiti banyak mengajar aku erti cinta pada yang Esa.
Seringkali ku cuba selami dasar hatinya, apabila berbicara berdua dengannya.
Alhamdulillah,ku akui gadis ini permata yang berharga.

panggilan tel yang ku terima pada satu hari sewaktu dia berada di Malaysia membuatku tersenyum bahagia.
Ada yang ingin menyunting dirinya.
insyaAllah, lelaki soleh buat perempuan yang solehah.

Jiha,
rindu tul akak dengan Jiha tau.
sukar nak ungkap rasa rindu ini.
kekuatan ukhwah kita biarpun hanya seketika
tetapi effect nya mendalam didalam diri akak.

benarlah,
sahabat yang baik adalah sahabat yang membawanya mengingati TuhanNya.

Jaga diri tika berada di negara orang.
andai berasa letih dengan pancaroba dunia,
segeralah bermunajat kepadaNya.
carilah jawapan...
 walaupun ketika itu orang sekeliling dirimu mengejar dunia.

:: Semoga jalinan ukhwah kita hingga ke pintu syurga::

Saya wat ni time rindu dia.
&
saya terus mms kat dia :)


Balasan dia



Pastinya indah andai ukhwah kerana Allah..
Ya Allah..
Biar dimana dia berada..
Titipkan Keberkatan buatnya…
Hmm FB was deleted atas sebab-sebab tertentu..
Tadi dapat SMS dari Malaysia..
Hah?? Ukhti Liyana..
ya Allah..
Rindu kat dia..(maaf kak kerana lama tidak ku hubungi..maaf sangat)
terharu membaca bingkisan kata darinya yang dinukilkan di blog nya yang yang penuh tarbiyah..
Ya Allah kau pimpinlah dia menelusuri jalanMu dengan tenang..
Disini..ingin ku perkatakan duhai ukhti Liyana..
Diriku disini bukan seperti dulu..lemah rebah dihempap kedukaan..
Namun,
Pabila bingkisan ikhlas kata2 mu itu..
Membuatkan diriku tersedar dari lamunan yang panjang..
Disini..
Hilang diriku yang dahulu..
LOST!
Tapi bila baca luahan hati kakak..saya rasa saya perlu untuk bangkit semula..
jadi baik dari dahulu..
jadi kuat seperti dahulu..
jadi insan yang punyai impian nan satu..
DAMBAKAN CINTA NYA BERSAMAMU..
Syukran ya ukhti..
Ukhwah ku bersamamu insyaallah hingga kesyurga..
SAYANG SELALU keranaNya..

 Uhibbuki fillah aidon akak…
“Ya Allah,dalam menikmati kurniaanMU tak terucap lafaz terima kasiku,namun utk jadi yg terbaik masih jua blum ku mampu,dalam sujud cintaku tenang ku diulit rindu,terasa cemas utk hidup tnpa redhaMU….”
Tangisan ukhwah,
20April2011
bayt fatonah,urdun
                                                                                                                                                          

  •  Jiha, usah bersedih di bayt fatonah, Urdun. Akak akan setia menemani Jiha hingga ke akhir hayat akak. Akak bersedia menadah telinga mendengar butir-butir bicaramu tentang cinta Illahi.Jangan lemah semangat Jiha.Teruskan langkah.. Biar maju setapak tetapi jangan pernah memandang belakang.Tatkala kekhuatiran terbit dihatimu, percayalah dengan ayat-ayat cintaNya.InsyaAllah, itu tanda Allah kasih padamu. 
wallahu'alam.

Nota Hati:
Terima Kasih Ya Allah atas ukhwah yang nun indah ini...alhamdulillah.



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, July 23, 2012

❣ Ramadhan mentarbiyah diri ❣

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Kedatangannya dinanti,
ketiadaannya dirindui,
insyaAllah. inilah bulan yang diberkati.
Ramadhan mentarbiyah diri.


Bukan mudah untuk kita mendidik diri.

Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi.

Peluang yang telah diberikan oleh Allah ini hendaklah kita menggunakannya dengan sebaiknya.

Puasa bermaksud menahan diri dan menahan diri bukan bermaksud lapar & dahaga sahaja.

Tetapi melibatkan semuanya.

Jangan semangat di awal puasa tetapi lemah di pertengahan puasa dan tewas di pengakhiran puasa.

Ruginya kita jika terjadi sedemikian rupa.

:: Semoga Ramadhan kali ini lebih baik drp sebelumnya ::




☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, July 21, 2012

{ Kereta }

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tadi papa & mama ajak p tengok kereta yang bakal dibelikan untuk saya.

Saya tak tahu apa yang saya rasa waktu ni.

Saya benar-benar takut nak memandu kereta.

Saya tak ada keberanian.

" Nak kena mahir dengan jalan raya "

"tak boleh berkhayal "

" Kena lebih berhati-hati "

Betulkah saya nak memandu dari Perak ke Nilai?.

serius ke ni..

atau ini semua hanya mimpi?.

:: Saya kena berani kalau saya tak berani sampai bila-bila saya takkan berani ::

mood: dalam dilema :'(

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, July 18, 2012

Bicara Kata Tanpa Suara :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Inilah bicara kata tanpa suara kesayangan saya.

Hasil kerja Sakinah, saya memiliki diary yang berkunci.

alhamdulillah.

^_^

dalam bicara terselit rasa,
dalam duka terselit bahagia,
Allah sebagai pengikat kata,
ketika bicara mula bernada.

Inilah bicara kata tanpa suara.
suka duka dititipkan didalamnya.


Sekadar tatapan mata :)
menjadi penghias dibilik tercinta.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

✿ Bisikan angin rindu ✿

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

Bersatu memikul beban dakwah-Mu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,

Akan jalan-Nya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,

Yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,

Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini.

andai sahaja angin tu mampu berbicara,
akan ku khabarkan padanya,
duhai angin, dengarlah bisikan rindu ini.
sampaikanlah ia kepada insan-insan yang ku sayangi.
katakan pada mereka, ada seorang insan yang tengah merindui,
moga mereka akan bertemu nanti.

Salam rindu dari jauh,
Bicara tanpa suara,
Allah pengikat kata.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

:: Latihan Nahu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Sem depan saya bakal mempelajari subjek Nahu sekali lagi.
Saya seharusnya mahir tentang subjek ini.

akan tetapi, saya amat lemah bila melibatkan semua ini.

Pertama: Saya dah lupa.
kedua : saya dah tak faham.

Saya tak tahu pun Nahu nie penting sewaktu sekolah dulu.
Pelik bukan?.

tetapi saya boleh je skor bila exam.

pelik.pelik.pelik.

Saya belajar hanya untuk exam. Bila dah selesai exam, saya pun lupa lah apa yang saya pelajari.

Kecilnya impian saya kan?.

Antara sejarah, syariah & bahasa arab.. saya di lema ketika membuat pilihan upu.

Doa yang tidak putus-putus semenjak kecil untuk kos bahasa arab di Universiti akhirnya dimakbulkan Allah.

Jadi, kenapa saya perlu menyesal?.

Adakah disebabkan saya dikelilingi dengan mereka yang begitu pintar dalam bahasa Arab dan saya merasakan, sayalah yang paling *** sewaktu kelas?.

atau kerana

saya merasakan saya tiada ilmu asas dalam bahasa arab?.

Persoalan yang menghibakan diri sendiri.

Sekarang ni,saya cuba bersiap sedia mengingati asas ilmu Nahu dengan sebaiknya sebelum sem depan.

saya tak mahu mendapat C untuk subjek Nahu seperti mana sem 1.

cukuplah sekali.

saya tak mahu sejarah itu berulang lagi.

Perit bila mana kita ambil kos bahasa arab tetapi hakikatnya kita tak pandai pun bahasa arab.

Perlukah saya berputus asa dalam kos ni?.

Antara komunikasi & bahasa arab, manakah yang menjadi pilihan saya?.

Saya berharap, bahasa arab yang akan menjadi pilihan saya.

︿╰ )

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, July 17, 2012

Mungkinkah mimpi bertukar realiti (⊙﹏⊙)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

If something is meant to be happen, it will.
Until then, be patient and carry on. ♥

2 minggu yang lalu, 
saya bermimpi result final sem 4 dah keluar.
Mimpi itu seakan memberikan satu harapan, disaat hati sedang khuatir.

seakan cuma mimpi,
yang takkan bertukar realti.

..................

salah seorang sahabat saya post satu link kat group ijazah sarjana muda bahasa arab 2010-2014.


hah!.
dah boleh cek Pngk tuk sem 4 kat cni.

lantas, tangan nie laju je klik link ni.


ini hasilnya,


Alhamdulillah, pngk saya naik tapi tak naik banyak.

saya nak tau camna cara pengiraan tuk mendapat pngs.


Melalui komen Razif Fuad ini, saya dapat tau cmne nak kira tuk result sem 4.

Setelah dihitung-hitungkan,

saya dapat pointer yang sama seperti yang saya mimpikan sebelum ini.

sebiji!.

¸.•°* Mungkinkah mimpi bertukar realiti?.*°•.¸

saya khuatir meletakkan harapan yang tinggi pada pengiraan saya nie.

insyaAllah, apa jua keputusannya..

semoga tak lari jauh.

Apa jua ketentuanNya, saya jamin itu yang terbaik.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, July 13, 2012

:: Belon Besar, percikan rindu. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ada orang ingatkan saya tentang memori belon besar ini.
Saya tulis bicara ini khas buat dirinya.

Belon besar, percikan rindu!

Pertama kali,
bergolek didalam belon.
berpasangan.
berdua-duan.
bersama sahabat seperjuangan.

sukar dibayangkan apa yang terselit difikiran,
adakah ketakutan?.
atau keberanian?

menerjah disebalik sebuah lakaran,
terukirnya lukisan kegembiraan,
dan terciptanya gambaran kenangan,
keindahannya anugerah Tuhan.

Allahu rabbi,
ku titip doa dari jauh buat dirinya.
moga dia tenang disana.

satu saat, detik ini pasti bermain difikiran! ^^


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, July 11, 2012

:: Lembut selembut Liyana ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya teringin menjadi lembut selembut nama saya.

Sebab saya ni kasar orangnya. :'(

Tadi mama tegur dari jauh.

Cakap lembut sikit, bolehkan?.

tersentap!.

Puncanya sbb abang tanya soalan kat saya.

Soalan yang saya agak kurang faham & soalan tue membabitkan harta benda saya.

Saya tak tahu, nape bila cakap dengan abang-abang saya..

saya mesti bercakap secara kasar.

xtaulah korang nak describe kasar tue camna.

Saya tak leh nak berlembut.

Saya tak reti.

saya nak mencuba tapi mesti tak menjadi.

Saya dah terbiasa.

huhu.

Saya teringat satu puisi yang pernah diberikan seseorang kepada saya. 
Alhamdulillah, saya masih simpan hasil karyanya itu.

Nurliyana nama yang indah,

diciptakan daripada tanah,

seorang yang cekal & tabah,

dalam mengerjakan sesuatu perkara,

walaupun kau seorang pemarah,

namun, kau tak pernah lupa,

bahawa kesabaran itu ada tahapnya.

kau sentiasa ingat bahawa Allah ada,

walau dimanapun kau berada,

tidak pernah alpa daripada mengingatinya,

sentiasa taat mengerjakan perintahNya,

puasa mahupun ibadah,

dan yang paling utama,

kau tahu bahawa Allah itu Maha Kuasa.

Saya nak menjadi seperti ini :)


Bidadari syurga ^^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

♥ Ukhti Abu Bakar, sahabatku ♥

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sahabat syurga saya,
saya rindu! 

Saya menerima satu sms daripada sahabat saya, Nor hidaya Hazali.

sms tersebut adalah sms berkenaan hari lahir saya.

May Allah be with u in every step that u take.
May He guide u in each decision u make.
May He help u when life gets rough.
May He lift u when u've had enough.
May He protect u when u fall.
May He hear u when u call.
May He soothe ur heart when u dont understand.
May Allah ALWAYS hold u in His hand.

" Selamat hari lahir buat sahabatku pewarna kanvas hidupku. "

(◕‿◕✿

Sebulan dari tarikh lahir saya.

Daya.Daya.Daya.

Dialah sahabat suka duka saya dari sek rendah lagi.
Dia sentiasa memahami.
Dia belajar untuk mengerti.
Dia tak pernah mengecewakan,
malah, saya yang selalu menghampakan.

Dia terlalu baik untuk menjadi sahabat saya.
Namun, Allah hadiahkan dia untuk menjadi sahabat syurga saya.
Kami dipertemukan pada awalnya dengan ujiah dari Dia.
Kami kadang-kadang bersengketa,
kadang-kadang dah tak bersua muka,
saling membenci katanya,
tapi atas takdirNya,
dengan izinNya,
kami masih berukhwah dibawah jaminanNya.

Antara kami,
sayalah yang menjadi puncanya.
Saya merajuk dikala dia bz dengan kerjanya.
Takda masa untuk menghubungi saya.

Satu masa,
saya bz dengan assignment yang diberikan,
hampir sebulan saya tak memulakan perbualan,
selalunya,
hanya saya yang akan memulakan 
dan saya juga yang mengakhirkan,
kerana saya rasa dikecewakan.

timbul satu pertanyaan hasil bisikan syaitan,
kenapa harus saya yang memulakan?.

Allah sedarkan saya.
Ukhwah ini masih bernilai atas titipan doa dari seorang sahabat.
Saya masih berdoa.
Semoga Allah masih mengizikan saya menjadi sahabatnya.
tika suka mahupun duka.

kerana dia juga,
telah mewarnai kanvas kehidupan saya.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, July 10, 2012

Di hari lahirmu, 10 Julai 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tintaku khas buat,
gadis periang yang diberi nama Nur farehah Endily.


Ingat lagi memori ini?.
kali pertama engkau menangis kerana sikap kawanmu yang cuba menyakitimu.
Sedangkan, waktu itu adalah hari lahirmu.

Surprise dari kami amat menyakitkan hati kan waktu tue?.
tapi itulah yang menyebabkan kenangan kita terukir bersama.

Pipi,
Sanah helwah my dear.
Semoga semakin meningkat umur, semakin dekat kepada DIA.
Jangan pernah khuatir dengan cinta Ilahi,
tetapi khuatirlah andai cinta manusia menyapa
dan kau terhanyut didalamnya.

p/s: tengah tunggu jam 12.00 am nie.
nak post kt Fb :)

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Sahabat dunia akhirat, Nur Farehah Endily,
Allah selamatkan kamu.

Pipi,
rindunya.
rindu serindu-rindunya.
namun, apa daya orang tak sudi.
hehe.

^_^

absolutey, i miss u very much~

╔══╗

╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
       ╚══ `.¸. ALLAH

ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ Semoga Ukhwah kita hingga ke Jannah ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ






☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, July 07, 2012

:: only Allah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

help me,
:: CATCH Allah L.O.V.E ::





:: heart beat for Allah ::


"..seorang mukmin itu adalah yang B.E.R.G.E.T.A.R hatinya,
saat mendengar nama A.L.L.A.H.."

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

:: Bayangan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

300612,

saya keluar berjalan bersama family.

Sewaktu berjalan, fikiran saya terganggu.

ada kesalahan yang telah saya lakukan pada waktu itu.

Saat itu,

ada 3 nama yang saya seru didalam hati berkali-kali.

1) A

2) F

3) M

Hati kecil saya berkata, " Ya Allah, andai sahaja mereka tahu apa yang aku lakukan disaat ini, pasti mereka akan bersedih hati."

"ya Allah, sememangnya aku bukanlah insan layak berdamping dengannya"

"ya Allah, terlukakah mereka?."

Lantas, 3 nama di atas diseru tanpa sebab munasabah. Bila saya buat satu kesalahan, saya teringat akan nama-nama tersebut.

Jam 7.16 pm,
saya menerima panggilan daripada Fiza.
Ya, saya terkejut..

Allahu Akhbar.
waktu tue, saya tak tahu nak kata pa.
Saya telefon semula Fiza sebab nak tau perkembangan Mazyyah & saya dapat tau, mazyyah takda kenderaan nak balik pada malam tue.Saya call kak Maisarah, nak minta pertolongan kak Maisarah sebab waktu tue, xdapat telefon zul. Alhamdulillah,dapat tau.. zul hantar Mazyyah malam tue.

Saya xda hubungi Mazyyah.
Tak tau cmna nak bagi kekuatan kat dia. Saya nak sms, tel tapi saya takut saya hanya menambah sedih dia.

Setiap hari, saya teringat kan dia..
sehinggalah saya menerima satu sms daripada dia.

alhamdulillah, dia baik2 ja.
saya gembira mendengarnya.

Semoga dia kuat menghadapinya.. 

:: Sahabat yang baik itu mengingatkan kita kepada DIA ::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ