Thursday, August 30, 2012

Along, Tina & Ida :> Sanah Helwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Selamat Hari Lahir.
Semoga semakin bertambah usia, semakin dekat padaNya.
Semoga diberkati Allah selalu.
Semoga Allah redha dalam setiap langkah yang diambil.
Semoga sentiasa berada dalam jagaan Allah.

Terlalu banyak nak diucapkan sebenarnya tapi sememangnya kata-kata bukanlah cara yang utama.
Apapun, Saya sayang & rindu dengan ukhwah kita.

Zaman sekolah :')
Terima kasih kerana masih setia menjadi sahabat saya.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, August 29, 2012

Majlis Polis :: Ragam kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semalam saya menghadiri majlis raya POLIS di IPD manjung.

Terpaksa =.=

Saya & adik memang berat untuk menuruti jika melibatkan jamuan polis-polis nie.

Papa dah bagi arahan, "Lepas magrib siap !"

opps, memang kena bersiap jugalah nampaknya.

** Iron baju **

saya ter "IRON" cadar mama means cadar mama ter "BAKAR" oleh saya. huhu.

dah kena marah T_T

Bertambah-tambahlah keinginan saya untuk tidak menghadiri jamuan itu.

Nasib baik, saya ada adik yang begitu manis.

Termakan juga pujuk rayu dia yang tak seberapa itu. :)

Yana & Ain

time Raya Pertama (:
p/s: Time ni Fiza call saya. Mama dah ingat bukan-bukan dah time nie. Mama, yana masih single ^_^.  Tak de pakwe lagi .. 

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, August 28, 2012

Bila mama membuka mulut.. :O

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Malam semalam saya baring disebelah mama.

Saya main handphone. 

Sekali-sekala saya pandang juga mama kat sebelah yang tengah baring sambil menonton Tv.

Tiba-tiba mama baring dekat saya.

Waktu tu, saya dah rasa len dah.

Mama: Yana dah ada boyfriend belum?

Yana: takda. ( jawab sambil pandang handphone je..)

dalam hati : Allah.. rasa macam nak lari je sekarang ni. 

Mama: carilah boyfriend. Nanti sampai tua takda boyfriend plak.

Yana: aaa...

Errr~ diam tue lebih bermakna bukan?.

Bukan tak da calon.

Ada calon dah melepas.. hoho.

Saya yang bagi lepas. toing.toing  ^.^

Saya fikir juga soal ini memandangkan ramai dah sahabat saya yang mendirikan rumahtangga.

Ada yang tak berhenti-henti bicara soal kahwin.

Ada yang mula bersoal- soal dengan saya.

Ada juga kawan di Fb yang sering kali menagih jawapan..

katanya: saya asyik menyepi. Satu msg Fb pun saya tak balas.

hmmm.

tak penting.tak penting.tak penting.

Saya teringat kata-kata jiran sebelah rumah sewaktu saya pergi menziarah,

" Ini anak Kak Teh ke?. Nasib baik mak cik tak da anak lelaki. Kalau ada, dah lama makcik pinang"

^___^

:: Dua hati belum bertemu untuk bersatu atas aturanNya. ::







☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Salam Aidilfitri :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Dah lama blog ini tak di update.
agak malas menaip walaupun selalu online ^_^

Tiba-tiba rasa nak menyampaikan bicara yang tersimpan sekian lama.

Sebelum tue, saya nak mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ".

Maafkan salah & silap saya sepanjang perkenalan.

Halalkan apa yang diberi & apa yang diterima.

Semoga Allah berkati.

Dijadikan cerita,

tahun ini adalah raya yang istimewa  kerana adanya  Muhammad Haziq Rizqi. 

Anak buah saya yang pertama.

Tahun ni juga, saya menyambut hari raya di kedah memandangkan dah bertahun-tahun tak beraya kat sana.

Alhamdulillah, kenangan demi kenangan terukir bersama keluarga.

Photo: Menunggu tokma tokpa papa paklong paklang untiena & maksu blk dr solat raya http://instagr.am/p/OfacZHyc8N/
baju melayu.. Mama yang jahit. :)

kat Kedah :)

Di Syawal ini juga, saya telah berjaya mengambil lesen moto L. (tak sempat nak ambil P)

Di atas segala kesulitan untuk memberikan saya sebuah kereta, saya menyimpan hasrat untuk mengambil lesen moto walaupun family sama sekali melarangnya.

alhamdulillah, atas pujukan adik saya..

Mama & Papa memberikan kebenaran untuk saya mengambil lesen moto.

Anak manja kan saya ni ? : D

itupun setelah saya merajuk.huhu.

Semoga segalanya dijadikan mudah oleh Allah.

Di Syawal ini juga, saya teringatkan dia.

Ukhti Mazyyah, semoga awak kuat & tabah menghadapinya.

Di Syawal ini juga, ada beberapa sahabat yang telah mendirikan mahligai cinta.

Allah, jodoh itu sememangnya rahsiaMu.

Tak dapat kami singkap rahsia di sebaliknya.

Barakallah buat kalian.

Tahniah, Nabilah & suami^^ 
 kakak-kakak, sahabat-sahabat & adik- adik,
Selamat menjalani bahtera rumahtangga.

Peace no war :)

sekian saja dari saya tuk masa ini,
ada waktu bertemu lagi. *_*

:: Ramadhan menjanjikan barakah, Syawal menjanjikan ni'mah::



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, August 14, 2012

Dataran Nilai ^.^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Inilah dataran Nilai :)
Saya dah banyak kali menjejakkan kaki ke dataran Nilai memandangkan kolej saya "terlalu dekat" dengan dataran Nilai ini.

Kali pertama: Hari terakhir sewaktu Short Sem.
Kali kedua: awal sem 3. 

Saya amat menyukai detik-detik ini. Happy sangat. :)
Rasanya semua entri saya happy2 je kan?.hehe.
Kena letak happy2 dulu sebelum entri sedih2.

Kali  Pertama : Saya, Sakinah & Mazyyah. Waktu ini,patutnya ada lagi yang join tapi mereka tak dapat ikut.huhu.sedih juga waktu mereka tak dapat datang. T_T

Aktivit kami : Makan Yong Taufu & bermain buaian..Ops,bukan setakat main buaian. Main gelongsor budak2 sekali tau. Macam budak-budak pula kan?. ^.^ Banyak betul kami ambil tong taufu tue sehingga penjual tue kata,"dapat ke kami habiskan makanan tue?". Well.. memang dapat habiskan pun.hehe  ^^

Sakinah & Mazyyah.
Yong taufu ^_^
Kali kedua: Seusai makan malam,saya ajak sahabat2 saya p dataran Nilai dengan berjalan kaki je... memandangkan tersangatlah dekat.hehe. :p 
p/s: time ni baru lepas hujan tau...
:: Saya.Fiza.Nadia,Ain & Kinah ::

Aktiviti kami: Bergambar & Main buaian. :) Memang banyak gambar kami tau..

Jom lihat....

buang tabiat jap..

Saya & Fiza :)

Saya & Ain Ramlan.
Budak sebilik saya :)

la..main buaian jg ke?.hehe.
Macam la kitaorg yg len x men..erm. :)
Rasa nak masuk polis or askar kot..
tapi Nadia x wat gaya pun.x aci ar.. hee. :P

Berempat.. sebenarnya berlima.Saya tukang ambik gmbr :)

Saya & Nadia :)

Berempat.. nmpk x ejaan Dataran Nilai tue?.hee
Fiza yang ambil time nie. :)

Sakinah & Ain  :)

Kami lagi..berempat.Fiza yg ambil gmbr :)
Banyakkan gambar kitaorang.
Len kali nak mai lagi. Tapi kalau boleh nak p lagi ramai.
Dengan Adila, Hana, Ain Awang, Radhiah dan semua la.Lagi ramai lagi meriah.(◕‿◕✿)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, August 02, 2012

Result Final Exam , Sem 4 ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.
Keputusan final exam yang ditunggu, akhirnya memberikan khabar berita.

Result kali ini ada peningkatan tetapi still tidak melepasi dean.

Masih ada beberapa langkah tuk ke arahnya.

Agak kecewa juga tp rasanya berbaloi sebab saya tahu keadaan yang saya alami sewaktu exam.

Mimpi yang tidak pasti.
bukan milikku.
hanya sebuah mimpi.

Namun, result kali ini juga bagai mimpi buat saya.

Saya lepas subjek Ba & Kemasyarakatan. (B+)

alhamdulillah, memang diluar dugaan saya juga memandangkan saya amat lemah dalam BA.

Saya teringat Mazyyah.

Ingin sekali khabarkan padanya, "mazyyah, alhamdulillah,result akak kali ni takda C. Ba & kemasyarakat akak B+. Ma'ajim akak (A-). Mazyyah, ma kasih banyak2."

dah taip dah sms ni. 
tapi tak terhantar kat dia.

segan la plak.
erm.

apapun, terima kasih atas tunjuk ajar Mazyyah & sahabat-sahabat yg lain.

Usaha lagi di Sem 5. :')

My result.
Pointer boleh teka sendiri ya?.

Ponter: 3.5?

Ini plak result sem 3.

Pointer: 3.50
Tahniah buat diri sendiri sebab tidak berduka. 

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, August 01, 2012

Bulan Purnama :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hadiah terindah yang ingin ku hadiahkan ^^

Samakah apa yang kita fikirkan?.

Kata orang, biar kita berjauhan..

bila kita pandang ke arah bulan,

kita ibarat memandang antara satu sama lain.

Indah bukan aturan Tuhan?.

Di kala bergerak ke Solat Tarawih,
terlihat bulan penuh yang sangat indah.
Allah, penciptaannya sungguh sempurna,
merenung ke arahnya,
terbayang wajah-wajah yang ku sayangi lagi rindui.
hadiahku buat dirimu.

Nak tangkap gambar tapi handphone tidak berada ditangan.
Jadi, cukuplah gambaran yang ku lihat menjadi kenangan.
sukar untuk ku gambarkan,
sukar tuk ku nyatakan.
keindahannya tiada tandingan.

Tiba di rumah,
ada satu pesanan sms yang ku terima.

Hadiah untukku pada malam ini & hadiah ini jugalah yang ingin ku berikan padanya.

Norhafizah Azizan.

entri ini khas buat dirimu yang nun jauh di sana.

with love,       

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ