Sunday, September 30, 2012

Rindu, calling with Ustzh Siti.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sebak bila dengar suara Ustazah.

Pada awalnya, panggilan telefon di jawab oleh anak Ustazah.. "alahai comel je".

Bila dengar suara Ustazah je, saya terus memperkenalkan diri.

Saya bagi tahu kat Ustazah, saya rindu sangat dengan Ustazah.

Sepertinya Ustazah mengetahui , saya memerlukan sedikit tazkirah daripada perbualan kami itu.

Ustazah menyampaikan tazkirahnya sebelum sempat saya memintanya.

Waktu tue, saya dah berasa sebak.

Tazkirah Ustazah benar-benar melegakan hati yang kegelisahan seketika.

Maghrib, jam 6 pm. (Sabah)

Saya terlupa seketika..

Ustazah plak seronok berbual dengan saya sampai Ustazah kata susah nak berhenti.

Saya dahulukan Ustazah untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu memandangkan saya telefon Ustazah pada masa yang tak sesuai.

insyaAllah, jika berkesempatan..saya akan telefon ustazah lagi.

Saya pinta kat Ustazah sebelum mengakirkan perbualan kami.. " Doakan saya ya Ustazah".

Semoga senyuman saya masih terukir disebalik rasa yang dirasai.

Kita boleh bercakap dengan mudah tapi untuk melaksanakannya, kadang-kadang kita sendiri tewas.

rujuk kelemahan diri semula.

asg Linguistik menanti.

Dah jatuh hati! :')

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, September 29, 2012

Saya manusia bukan batu :'(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak suka update status Fb tentang perasaan marah. Saya tau apa rasanya bila baca status Fb orang yang dalam keadaan marah tapi sejak sem lepas, saya mula menulis tentang perasaan saya tetapi sgt JARANG

Saya manusia bukan batu.

Saya ada hati yang mempunyai perasaan.

Saya tak minta apa-apa tapi sila layan saya macam seorang manusia yang mempunyai perasaan bukan macam batu ya?.

Marah saya mungkin tak lama tapi saya jenis memendam apa yang dirasai. Saya tak nak satu hari nanti bila marah itu dah melebihi hadnya, segala-galanya akan terkeluar.

Itu adalah perkara yang saya nak elakkan & saya minta sangat-sangat, kita sama-samalah berusaha memperbaiki apa yang tak elok dan bukan menambahnya semakin buruk.

Even saya sendiri tak suka untuk marah. huhu ~ T__T

sbb saya sendiri akhirnya akan merasa serba salah & serba tak kena.

means, saya masih da perasaan & harap kalian juga macam tue.

:'(

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, September 28, 2012

Update Blog! 28/9/2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dah bersarang, berhabuk & sama waktu dengannya.

Update sekadar suka, tak da maksud disebaliknya.

Masa takkan mampu diundur,
apa yang dirasa,
tetap akan terasa,
pasti ada perasa 
yang melengkapnya.

suka suki kehidupan sebagai seorang HAMBA,
ada bahtera yang wajib dilalui.
takkan manis tanpa ujian.

maka,
tersenyumlah buat hati yang masih bermain rasa.
Bila kita merasa, tentu ada sisa-sisa "rasa" itu.

dengan SENYUMAN mereka,
kita masih merasa bahagia
walaupun disebabkan mereka,
kita sering terluka.

^_^

Baiti Jannati,
Rumah sewa , Jati Park :')


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, September 16, 2012

Dedicated to Ukhti Na.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

errr~ dah terlupa apa yang nak disampaikan.
Dari tadi hati dah berkata-kata.
Banyak bicaranya...
tapi bila tiba untuk menaip, hilang semuanya. :")

sungguh,
kamu wanita istimewa.

Adik manis,
biar rasa ini terus bermain dengan caranya.
oh, sungguh akak blur ketika ini.
entah apa nak diluah.
entah apa nak dikata.

hadiah?.
pssst.. tunggu ye.

akak masih belum jumpa hadiahnya lagi.

akak sambung entri ni bila dah da idea ya?. hehe

Ukhti Na,
Doaku dari jauh,
 "semoga redha Allah sentiasa mengiringi."



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, September 11, 2012

oh, aku menangis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Hari kedua bermalam di rumah sewa. = Berperang dengan perasaan sendiri =

saya menangis dalam diam.
Pedihnya hati menangung satu rasa.

Lama saya menyepi dan berdiam diri.
Banyak perkara yang bermain difikiran.
Ingin melenakan diri dan air mata turut menemani.

Menangis itu melegakan..

Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, September 07, 2012

Berjuang kembali, sem 5 menanti :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah, dah registered sem 5!

waa~ akhirnya saya bergelar mahasiswa tahun 3 USIM. ^.^

Perjalanan saya masih panjang dan semestinya sem 5 nanti akan lebih mencabar. Emosi pasti banyak dimainkan didalam situasi begini. Rabbi yassir wala tuassir. Permudahkanlah urusan kami ya Allah..

Subjek sem 5 sangat mencabar. Saya khuatirkan subjek bahasa Arab seperti biasa. Takut tak mampu nak bawa  untuk sem 5 ini. huhu.

Apapun, doakan yang terbaik & teruskan berusaha. Semoga ada nilainya disisi Allah :').

Subjek2 sem 5 2012/2013

Jadual :)
Mampatnya jadual. kan.kan.kan?.
Isnin bermula dari jam 8.00 am dan berakhir dengan 10.00 pm. Alhamdulillah, nasib baik hari Selasa kelas ada satu je, jam 5.00 - 7.00 pm.

Tahniah buat semua kerana berjaya melangkah ke semester 5!

~Baiti Jannati~
esok dah bertolak ke Nilai.
::USIM::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, September 04, 2012

Bilik: Kekhuatiran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

:bilik: rumah sewa: kawan: sahabat:



Apa patut saya buat?.
Saya tak nak melukakan hati sahabat saya tapi saya juga khuatir.............

Khas untuk awak :-

sahabat disayangi,
Saya yakin awak takkan lalui seperti apa yang awak rasai.

Kita sama-sama berdoa ya, mudah-mudahan semua itu hanya gusaran hati.

Kalau awak ada masalah, awak boleh menangis dibahu saya. 
kalau awak perlukan teman, saya bersedia menemani.

:)

Awak tahu kan saya sayang awak?.

Kita sama-sama terus berdoa, semoga ukhwah kita serumah terus harum mewangi.

# Sayajenisserabutdansayatakutmenyerabutkanawak # 

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, September 03, 2012

NCS :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

NCS
:: Nurliyana comel selalu ::  no. plat moto ::

alhamdulillah, akhirnya berpeluang memiliki kenderaan sendiri.

Nak dapat lesen L untuk moto bukan mudah tau?. Family saya sama sekali tidak memberi sokongan bila melibatkan motor tapi atas permintaan saya yang tak henti-henti, akhirnya berjaya jua memilikinya.

Ya, memang tak mudah semuanya.

Bagaimana dengan kereta?.

--> Saya dah ada motor. Rasanya lebih baik saya lepaskan kemahuan saya untuk memiliki kereta pula sewaktu masih belajar ini.

Saya tak tahu apa-apa tentang motor dan saya tak tahu juga cara untuk menunggangnya.Saya belajar motor dalam keadaan tergesa-gesa.Sepatutnya start cuti lagi saya dah ambil lesen motor L tapi memandangkan Family nak berikan kereta, saya tak nak mengambil lesen motor L. Bila semuanya tak berjalan dengan lancar, saya tekad nak mengambil lesen motor. Saya ingat lagi, papa bertegas untuk tidak mengajar saya menunggang motor walaupun mama dah mengizinkan. Selalunya mama yang bertegas tetapi kali ini giliran papa plak yang bertegas. Agak pening juga saya waktu ini. Antara kemahuan diri & larangan papa. Saya takut juga jika saya membawa motor ini, papa & mama tak redhakannya. Alhamdulillah, papa & mama mengizinkannya biarpun agak sukar pada awalnya.Macam duduk rumah sewa, ikutkan sebenarnya.. mama & papa memang tak suka saya tinggal di luar. Apatah lagi, bila memikirkan tentang keselamatan diri.  ^.^

Saya daftar lesen moto L 26/8. Dapat lesen moto L 29/8. 8/9 dah balik semula ke Nilai & ini bermakna, saya tak dapat nak ambil lesen moto P. Saya nak ambil test JPJ sewaktu cuti sem 5. Bagi mahir dulu..

Doa itu penting. :)
Jangan putus berdoa dipermudahkan urusan.

alhamdulillah, hari ini saya  menghantar barang-barang saya ke rumah sewa. Rumah sewa itu kosong sahaja. Kami kena menyediakan keperluan kami sendiri. Banyak juga keperluan di rumah sewa dibeli oleh mama & papa. Terima kasih (:

Saya sempat menyinggah ke kedai motor berhampiran dengan ktm Nilai. Alhamdulillah, mama & papa membelikan saya sebuah motor. Motor itu taklah sehebat mana & saya pun tak tahu sangat pasal motor ini. Asalkan ada motor untuk bergerak, cukuplah.. ^.^

Ada 3 pilihan, putih, biru & merah.

Saya pilih "merah" ! 


Saya mencari maklumat mengenai motor ini di internet. Banyak gak kelemahan motor ini yang saya dapati. Mudah-mudahan saya mampu menjaganya dengan baik.

Doakan keselamatan saya & sahabat-sahabat dijalan raya ya. :)

saya masih "penakut"! ^0^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, September 01, 2012

Rumah Sewa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah..
insyaAllah, saya akan tinggal di rumah sewa untuk sem 5 yang akan datang.

12 orang : Fiza, Zati, Mazyyah, Hana, Yana, Kinah, Nadia, Yah, Dila, K. Ida, Radhiah, Nora

Saya pernah menerima panggilan daripada sahabat dimaktab tentang masalah yang dihadapi ketika duduk dirumah sewa.

Terus-terang saya adalah seseorang yang jenis serabut & suka menyerabutkan orang lain.

Emosi saya selalu dalam keadaan tak stabil.

Saya sebenarnya khuatir bila memikirkan keadaan diri yang tidak bagus akhlaknya.

Saya khuatir jika saya menjadi punca berlakunya permasalahan dirumah sewa itu nanti.

Kami merupakan satu kelas, satu fakulti dan dah bersama sehingga 4 semester. Masing-masing dah mula mengenal hati budi masing-masing. Mungkin bagi kami, kami dah mengenali dengan lebih rapat tapi  bagaimana nak menghadapi hakikat sebenar yang kami sememangnya tidak bersefahaman?. Macam-macam boleh berlaku bukan?. Banyak kes yang saya dengar jika duduk rumah sewa bersama kawan rapat. Lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Maka, disini tolak ansur itu penting.

Saya harap jika berlaku ketidaksefahaman, kami semua boleh bertolak ansur. Terutamanya diri saya yang banyak kelemahan ini.  =.=

erm, kita jadikanlah rumah sewa kita nanti sebagai rumahku syurgaku yang kedua. : D

 ~jauh disudut hati, mengharapkannya~ 


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ