Tuesday, November 27, 2012

Kerana mulut badan binasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


sebelum tue,
saya nak mengucapkan salam imtihan buat sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki exam final tak lama lagi. Semoga berjaya dengan cemerlangnya. :)

Minggu ni start cuti study week.
maka, disinilah bermulanya cerita saya...

al-kisahnya bermula begini.
satu hari diwaktu hujan tengah turun..

Ain: Kak Yana,meh la kat sini. Berteduh bawah payung.Nanti demam plak.

Saya: xpelah.. kalau nak demam pun, time study week jua.

masyaAllah..
Allah makbulkan kata-kata saya..

Sudah menjadi kebiasaan, saya akan berdoa sewaktu hujan turun membasahi bumi.
Antara doa mustajab, sewaktu hujan turun.

"Kata-kata yang keluar daripada mulut pun satu doa"  Terngiang- ngiang kata-kata ini sewaktu Allah berikan ujian sedikit kesakitan kepada saya.

Malam tu, saya demam.Rumah tak da orang. Hanya saya seorang.Agak takut jua andai apa-apa berlaku memandangkan antibodi saya memang tak kuat.erm.

 Saya tak nak menyusahkan sahabat saya dgn memanggil mereka ke rumah saya diwaktu mereka tengah persiapkan diri untuk final exam.

Kepala dah mula berat. Seharian kipas  dibilik tidak dipasang kerana saya dah tak tahan sejuk. Hanya dipasang ketika sahabat datang melawat bilik.

Tup-tup.. badan dah rasa lain. Rasa dah tak mampu nak teruskan pembacaan. Saya mengambil inisiatif untuk tidur awal. Tuala dibasahkan untuk diletak diatas kepala.--> Sleep.

Terjaga.
Demam masih tak kebah.Jam menunjukkan jam 11 pm. Akhirnya, 2 biji panadol saya telan. Saya perlu pastikan demam saya kebah esok pagi.

Alhamdulillah..
Demam dah kebah.Cuma masih terasa aura-auranya. Lidah terasa pahit. Kipas still ber- off. but still, Alhamdulillah..

::Nikmat sihat & sakit.::
sesekali kita perlu berfikir akannya..
muhasabah bersama.

Pesanan buat diri: Berhatilah tika berkata-kata.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, November 24, 2012

Kerana aku benar menyayanginya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Kerana aku benar menyayanginya.

satu perasaan yang tak mampu ditafsir dan tak mampu untuk diungkap.
Ia bersifat subjektif.

Tiba-tiba perasaan ini bergolak.
Ada sesuatu yang ingin dilontarkan tetapi tertutup rapat.
Jika diluah, pasti akan terluka.
Jika diluah, terpaksa mengakhirkannya.

Pilihan di atas tanganku.
Pilihan yang jelas lagi nyata.

Kerana aku terlalu menyayaginya.

Akhirnya memakan diri sendiri.

terlontar di sudut dilema,
aku tertanya-tanya,
lantas menagih rasa dariNya,
jawapan dariNya sudah ku terima.

tapi aku masih mempersoalkan,
salahku aku berperasaan sebegini?.



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, November 21, 2012

Balasan yang ku terima (Gadis Jordan yang ku rindui)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Pastinya indah andai ukhwah kerana Allah..
Ya Allah..
Biar dimana dia berada..
Titipkan Keberkatan buatnya…
Hmm FB was deleted atas sebab-sebab tertentu..
Tadi dapat SMS dari Malaysia..
Hah?? Ukhti Liyana..
ya Allah..
Rindu kat dia..(maaf kak kerana lama tidak ku hubungi..maaf sangat)
terharu membaca bingkisan kata darinya yang dinukilkan di blog nya yang yang penuh tarbiyah..
Ya Allah kau pimpinlah dia menelusuri jalanMu dengan tenang..
Disini..ingin ku perkatakan duhai ukhti Liyana..
Diriku disini bukan seperti dulu..lemah rebah dihempap kedukaan..
Namun,
Pabila bingkisan ikhlas kata2 mu itu..
Membuatkan diriku tersedar dari lamunan yang panjang..
Disini..
Hilang diriku yang dahulu..
LOST!
Tapi bila baca luahan hati kakak..saya rasa saya perlu untuk bangkit semula..
jadi baik dari dahulu..
jadi kuat seperti dahulu..
jadi insan yang punyai impian nan satu..
DAMBAKAN CINTA NYA BERSAMAMU..
Syukran ya ukhti..
Ukhwah ku bersamamu insyaallah hingga kesyurga..
SAYANG SELALU keranaNya..

 Uhibbuki fillah aidon akak…
“Ya Allah,dalam menikmati kurniaanMU tak terucap lafaz terima kasiku,namun utk jadi yg terbaik masih jua blum ku mampu,dalam sujud cintaku tenang ku diulit rindu,terasa cemas utk hidup tnpa redhaMU….”
Tangisan ukhwah,
20April2011
bayt fatonah,urdun
                                                                                                                                                          

  •  Jiha, usah bersedih di bayt fatonah, Urdun. Akak akan setia menemani Jiha hingga ke akhir hayat akak. Akak bersedia menadah telinga mendengar butir-butir bicaramu tentang cinta Illahi.Jangan lemah semangat Jiha.Teruskan langkah.. Biar maju setapak tetapi jangan pernah memandang belakang.Tatkala kekhuatiran terbit dihatimu, percayalah dengan ayat-ayat cintaNya.InsyaAllah, itu tanda Allah kasih padamu. 
wallahu'alam.
Nota Hati:
Terima Kasih Ya Allah atas ukhwah yang nun indah ini...alhamdulillah.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sunday, November 18, 2012

Sanah Helwah Mazyyah (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Oh,
saya takda hantar sebarang sms kepada Mazyyah tuk mengucapkan selamat hari lahir.
Entah napa macam tue.

saya banyak wish kt Twitter je.

:: Maaf Mazyyah.::

Ukhti Mazyyah, sahabat syurgaku.. InsyaAllah.
Moga redha Allah sentiasa bersamamu.
dalam melangkahi rintangan dihadapan,
moga Allah sentiasa menjagamu.

#errrr.. tiba-tiba tak tau nak kata pa. Sat g Mazyyah kata, kak liyana jiwang plak.hehe :-)

Mazyyah, bila akak nak rasa bubur ayam buatan mazyyah nie?. :D

Sanah helwah ukhti Mazyyah :: 15 November 2012 ::

~Pizza time~

Together with Mazyyah, Ain,Hana, Kinah, Nadia, Radhiah & Saya.










16/11/2012
Pizza

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, November 16, 2012

Rindu ngan arwah :'(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hari ni, saya terlalu rindukan arwah Asmiah Asmad.
Dia telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Ya Allah,
sememangnya berita pemergiannya benar-benar mengejutkan diri ini.
Rasa tidak percaya.

Allah.
rindunya..

11.11.2012./ 10.oo pm
Tarikh pemergian arwah.

Ya Allah,
Semoga Engkau menempatkan sahabatku ini dikalangan orang yang soleh.
amin ya Rabb.

al- Fatihah.

# bila mengimbas kembali, saya dah beberapa kali bermimpikan dia sebelum saya mengalami accident moto.Saya nak menghubungi dia tapi saya selalu terlupa. Terlupa sehingga disaat saya mendapat tahu pemergiannya.. saya benar-benar terkilan.

terkilan sangat-sangat.

saya bermimpikan arwah tapi saya boleh terlupa untuk menghubunginya,
Arwah extend sem 5 ni kerana sakit dan kami tak sempat berjumpa arwah buat kali terakhir memandangkan arwah di Sabah.

Allah.
sayunya.

terkilan.
sungguh,
saya terlalu terkilan kerana saya bermimpikan arwah banyak kali tetapi tak pernah cuba menghubunginya.

:'(

Saya tak mampu menitiskan air mata tika mendapat tahu tentang pemergiannya.Seperti mimpi semuanya. Sewaktu menaip entri.. inilah kali pertama saya menitiskan air mata kerana benar-benar rasa tak tertanggung perasaan terkilan itu.

Allah.
ampunilah hambaMu ini kerana tidak prihatin akan keadaannya.



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, November 10, 2012

conteng.conteng.#_#

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Nak menconteng la..
tapi blog ni takleh di conteng plak.

mood: K.O

Mazyyah selalu pesan, "akak..  janganlah meluah kat blog or Fb sebab semua orang leh baca."

Haip.haip.

bila teringat ayat Mazyyah nie, terus sejuk hati ini.

Hilang rasa nak meluah kat blog or FB.

Betul kan?

semua orang boleh baca.

Memanglah blog or Fb tue kita yang punya tapi cuba kita fikir, kita meluah kat sana. Lepas tue, orang ada orang yang akan membacanya dan MUNGKIN salah seorang yang membacanya akan TERASA dengan luahan kita.

Itu bukan lagi menambah baikkan hubungan tapi merosakkan hubungan kan?.

Saya pernah fikir macam tue dulu sebab tau apa rasanya meluah di blog or FB, lepas tue ramai plak yang membacanya. Kalau meluah bab baik- baik xpa. tapi lau meluah mood yang tengah marah, sakit hati... tentulah yang membaca akan tidak senang.


Kawan saya pernah wat dulu dan saya pernah tegur dia & sekarang, saya pula yang membuatnya.
Semuanya sebab nak MELUAH lah konon...

Terus-terang, meluah dalam blog or Fb bukannya bagus.

Saya pernah buat sahabat-sahabat saya seperti Mazyyah terasa dengan apa yang saya tulis kat Blog dan Fb.
Bila dorang kata kat saya, "akak terasa ya dengan ktorg" but sebenarnyya "SAYA DAH BUAT MEREKA TERASA DENGAN TINDAKAN SAYA".

"Daripada akak meluah dekat blog or Fb lebih baik akak meluah kat kitaorg je".

ya Allah.
waktu tue memang rasa serba salah kot.

Sejauhmana pun saya terasa dengan mereka, saya tetap tak suka bila mereka terasa dengan saya.

Maaf sangat-sangat atas tindakan saya yang meluah kat Fb or Blog ni.

insyaAllah,
selepas entri ini.. apa2 je perkara yang menyakitkan hati, melukakan hati..
saya takkan luah di Fb or Blog.

Saya tak nak mereka  TERASA dengan apa yang saya tulis.

Moga-moga mereka boleh mengingatkan saya tentang ini kembali.

sebelum saya akhirkan entri saya ni, saya nak kata..

#saya jenis mudah sapa orang even bergaduh.
tapi bila saya sapa & no respon berulang kali.
so,
saya mula bertindak tak menegur.

saya minta maaf sebab itu.

#saya juga ada sahabat-sahabat yang menjadi pendengar setia kepada luahan hati saya.

#saya tak suka orang bertindak melakukan begitu sebab saya pun melakukan macam tue dulu. Seolah-olah saya menjadi penjadi penyebab napa dia macam tue.

#saya jenis berkawan dan saya boleh berkawan dan rapat dengan orang itu walaupun pada awalnya saya kenal melalui FB. 

# ego saya tinggi tapi saya mudah berlembut hati. (kelemahan saya)

#saya cepat jeles tapi saya masih boleh kontrol & saya juga cepat naik marah dengan mudah. (kelemahan)

#Saya mudah berubah muka walaupun sebabnya kecil. Saya dah tak tau camna nak buat supaya muka cepat tak berubah supaya orang tak terasa dengan saya. (kelemahan)

#saya tak suka bergaduh sebab bergaduh hanya meresahkan saya.

#saya mudah ambil berat pada seseorang walaupun orang tue tak nak saya ambil berat.  (kelemahan)

# saya mudah sayang kat orang. (kelemahan juga nie... aiyooo~)

# saya ada twitter. Twitter saya macam diary saya. Maaf kalau ada yang saya unfollow sebab dah macam diary kan?. Saya privatekn twitter saya dan hanya orang yang saya follow boleh baca apa yang saya tweet. Ohya, tak ramai budak USIM follow saya.. yang ada 2, 3 org je. Kebanyakannya kwn sek Menengah saya.

dan banyak lagi la yang saya sendiri tak tahu macam mna saya nak jelaskna siapa saya sebenar.

Jom berkawan.
lama-lama nanti kenallah saya macam mana :')



Terima Kasih.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, November 09, 2012

KFC time (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

#Tak tau bila nak update pasai accident moto 5 Nov 2012. Masih belum bersemangat untuk bercerita mengenai kejadian yang berlaku beserta perasaan yang dirasai.

KFC TIME !!

Ok. First time ktorg keluar lewat malam makan KFC & balik pun dah lewat sebab asyik BERCERITA. hehe ^__^

Eh, bila ingat kembali cerita-cerita yang dibualkan..  It's okay. Benda yang lepas. Lagipun, entri ni berkisar benda yang ceria. Tak mo cerita perkara yang menyedihkan hati.

Time tue, hujan lebat.
Ain plak dah tengah tido.

Nak keluar makan KFC x ni?.
 "Kes berani mati "
--> kejutkan Ain dari tido sbb dia je ada kereta. hehe.

Memandangkan dah kata, YES. Ktorg pun berangkatlah ke KFC yg kononnya buka 24 JAM berdekatan dengan Pizza & SR.

Kali ni, Hana belanja :)

Dah lama saya tak belanja dorang keluar makan tapi memandangkan Hana nak belanja.. ok juga tue. Jimat duit. hehe ^_^

TQ Hana.

insyaAllah, len kali turn akak plak ye.

Enjoy la ye tgk gambar ktorg yang x berapa jelas nie. ooppps~ disengajakan (:












:::Bahagia bila bersama, sedih bila x bersua, doa sebagai penaut rasa, semoga Allah REDHA::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

:: Hilangkan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ya Allah,
ku pinta pada Mu,
hilangkan rasa yang bermain dihati ini.
hilangkan rasa benci yang mula terbit
sedikit demi sedikit.

hilangkan ya Allah.

Ku mohon padaMu Ya Allah..

Saya tahu, siapa saya..
bagaimana situasi yang saya alami.
dan apa perasaan saya.

Sakit hati?

Saya dah mula melupakan kerana saya ada insan yang membuatkan saya melupakannya.
Saya tengah bahagia bersama insan-insan yang membahagiakan saya.
Perkara yang menyakitkan, sama sekali lenyap..

Allah.
Sakit luka kemalangan moto yang dirasai, tak sama seperti sakitnya hati yang menderitai.

Saya dah memaafkan.
Saya dah mula melupakan.
Secara perlahan-lahan.

Kerana saya tak boleh membenci orang.
Semakin saya benci, semakin saya sayang orang itu.
Bukankah itu lebih memedihkan?.

Lagipun,
saya berpegang pada prinsip saya..
Ada prinsip yang saya tak pernah langgari.

cukuplah berkata-kata Liyana.
Mungkin bukan dirimu sahaja yang sakit tetapi orang yang MEMBACAnya turut sakit.

Let's bygones be bygones.
Memaafkan itu menyenangkan.
memaafkan itu membahagiakan.

^____^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, November 08, 2012

Bz x ktorg?. Bz x?. hehe :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Final Meeting Usim Today ^_^

Korbankan cuti untuk bersama mereka, apa salahnya..
Satu group, satu team.. Together :)

First meeting memang tak da keje. Saya bawa laptop & layan cite korea.

Lama- lama tue, Sir Faizal dah datang.. minta Chief Ed. pastikan mana yang tak lengkap & pastikan sapa yang tak da kerja suh mereka cari apa-apa lagi yang diperlukan.

Waktu tue, memang agak kelam kabut gak.

Alhamdulillah,takda masalah sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma sedikit masalah berlaku, bila ada news yang dah d edit .. sbnrnya d copy drp Internet.huhu.

Sedih gak waktu tue.. kecian kt dorang bahagian grafik & editor-editor yang bertugas. huhu

Apapun, setiap masalah ada penyelesaiannya. :')

Memang seronok bersama mereka. Sedikit sebanyak dapat membantu dan mempelajari tugas-tugas mereka.

Contohnya, bahagian grafik.

Tenang je lihat Solehah membuat tugasannya. Dia tak nampak tension sangat. Siap bermalam lagi di rumah sewa kitorg untuk menyiapkan tugasannya.  ^^

kami dah macam sehati sejiwa plak bila hanya kami-kami je dalam makmal kewartawanan FKP tue.

En. Imran pun agak lawak.. Seribu tiga ratus! hehe :D

Saya doakan Usim Today edisi ke 25 nie, berjaya publish dengan JAYAnya. insyaAllah.
Hanya Allah dapat menilai hasil penat lelah sahabat-sahabat saya.


Bersatu teguh, bercerai roboh.
Haip.haip.


Jumaat, malam tue..

seriously, waktu nie memang dah takda keje dah.
Semua orang dah senang lenang.Tinggal Solehah je bertungkus lumus untuk cek semula mana yang tak lengkap.

Saya pun dah tertido sewaktu menunggu mereka.

Cuma, saya tak sangka budak-budak Com sanggup tunggu biarpun mereka dah takda wat pape.

Sanggup tunggu ktorg..

Percaya tak?

Saya rasa kami sehati sejiwa dalam menyiapkannya.

Semoga Allah redha  :')

saya tak sabar menanti Usim Today Edisi ke-25 ^_^

Ini gambar-gambar ktorg :-












Semoga kita dapat bekerjasama lagi :)


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Putrajaya :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sepatutnya dah lama update entri nie tapi xde mood lagi nk update..

Tiba-tiba rindu kat kek Cheese yg makan kat sini. hehe :)

Saya, Radhiah, Afifah, Mazyyah & Sakinah beserta dengan sahabat-sahabat len..










kek cheeSE!.. Rasa nak makan lgi..

kenangan terindah nie...

balik tue.. p taman kanak2. Tempat tuju saya & kinah selalu..hehe.

dah lama x p kot~

SERONOK sangat-sangat...





we were happy :)


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ