Sunday, December 16, 2012

Mandarin?. Nakal ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ini kes kenakalan sahabat-sahabat saya.

Dah la datang lambat.. oppps. hehe

Lepas tue, macam-macam plak ragam bila duduk bahagian belakang.

Oklah, nak dijadikan cerita.

Saya bawa keropok Mister Potato yang tin ke kelas. (salah saya plakkan?. )

Haa~ cuba tengok apa jadi kat tin keropok ni dikerjakan Kinah.

Tin tue masih ada walaupun keropok tu dah abih.

Tak sampai hati nak buang...  ^^







::: ^____^ :::

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sayang saya tak?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu duk sebelah Atiqah Sani semasa kelas kuliah.

Bila duduk sebelah dia, macam-macamlah yang nak diceritakan dan buat macam2 perkara.

Antaranya yang nie :-






^_^

:: Berkasih sayang ::

Love :")

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Semekar kuntuman itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang




Cantikkan bunga ini?.

Sekadar gambaran hiasan.

~biar ia sentiasa mekar~




☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Yana!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Yana, tolong jaga dari tidurmu yang lena itu.
Dunia ini hanya pinjaman dari Allah.
Semua ini takkan kekal.

Yana,
bukankah kau telah terkejut dari tidurmu itu?.
tapi mengapa engkau hanya bermadah tanpa bertindak?.
dimanakah silapnya percaturan langkah yang kau ambil?.
hanya ikut nafsu semata-mata
tanpa memikir iman sebagai benteng.

Yana,
kesilapan itu..
tolonglah jangan mengulanginya berkali-kali.
kau hanya akan membenci diri sendiri.

cukuplah..cukuplah sekadar itu.

monolog diri.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, December 12, 2012

Sang Guru& Murid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



segala isi hanya sebuah fantasi,
bila berdepankan realiti.

jawapan yang diberi diwaktu kesibukan,jawapan yang (-) sifatnya..
benar-benar meruntun hati seorang manusia,
jiwa yang selalunya kuat,
telah belajar untuk menerima pada awalnya,
kerana memahami jawapan yang bakal diberi berunsur (-),
tidaklah semudah yang difikirkan.
saat kata yang diterima adalah TIDAK,
saat itu, titisan air mata berharga tumpah seketika.
pedih jiwanya,
perit hatinya,
hanya Allah mengetahuiNya.

benarkah jawapan tersebut tak boleh dibetulkan lagi?.
persoalan yang diberi kepada diri ini.
sedangkan aku bukanlah seorang guru
dan seorang murid diantara mereka,
namun,
pertanyaan demi pertanyaan,
membuatkan aku cuba menjadi murid kedua,
menagih jawapan daripada sang guru.

jika aku dapat lafazkan apa yang tersirat disanubarinya,
mendoakan agar sang guru memahami hasrat anak muridnya,
namun~~
bukanlah semudah yang aku jangka,
jika guru tersebut tetap dengan jawapan yang diberikannya,
maka si murid perlulah berdiam bicara.
tak perlulah dipanjangkan dicerita,
tapi ku tertanya-tanya,
bagaimana hatinya yang mengharapkannya,
rela dalam paksa,
menerima takdir yang ditentukanNya.
kesedihankah yang bakal dilaluinya?.

sang guru,
memberi jawapan dalam tempoh masa yang agak lama,
aku tak boleh mempersoalkan masa yang diambilnya,
kerana sang guru perlukan rujukan yang tepat,
agar tak salah menjawab persoalan,
kerana ini menuntut sebuah pengertian.
namun sang guru haruslah mengerti,
penantian itu satu penyeksaan,
semakin lama detik yang ditunggu,
semakin tinggi hasrat anak muridnya.

dan aku terdiam seketika..
mengambil masa yang agak lama tika menjadi murid kedua,
cuba mengerti kedua-dua mereka,
mungkin jika ada sebuah pengertian,
mungkin jika ada sebuah fahaman,
pasti dapat melahirkan satu jawapan,
yang bisa difahamkan,
dan meletuskan sebuah kebahagiaan
biarpun jawapan berunsurkan penolakan.

si murid berkata kepadaku,
tak kisah jika ada kedua,ketiga atau keempat,
asalkan dia menjadi yang pertama,
dan bukan kedua,ketiga atau keempat,
~~~terkesima~
 aku hanya mampu termenung,
mendengar kata yang diungkap olehnya.
jika sang guru ingin mengutamakan kelompoknya,
dan berfikir si murid mungkin tidak memahaminya tugasannya.
bukankah sang guru boleh mengajarkannya?
agar si murid boleh belajar memahaminya.
segalannya pasti mungkin,
andai kedua-duanya bertindak memahami,
antara satu sama lain.

dan ingin ku ulangi dalam bicara ini,
fahamilah dan berbicaralah denganNya,
agar dipermudahkan sebuah urusan
dalam meneruskan sebuah perjalanan,
yang boleh melahirkan sebuah pengertian.

biar pahit akhirnya kedudukannya,
jika benar tiada harapan,
asalkan diterangi dengan sebuah penerangan,
antara sang guru dan muridnya,
insyaAllah.. 
Allah ada jawapan,
disetiap semua persoalan.

~~~~~~~~~~~~~~~~
aku cuba belajar memahami.
:: kedua-duanya.::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, December 08, 2012

Bukan kemahuanku :"(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Untuk dia.

Untuk dia.

Untuk dia.

Allah.
menyakiti hati dia bukan kemahuanku.

May our Ukhwah last longer till Jannah. ♥
I appreciate our ukhwah and I pray that Allah will always protect us.


:: maaf ::
lepas perbualan malam tue.
rasa sunyi sekali.

mungkin,
diam itu lebih baik.                              T_T


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

mini LA b4 ke Thailand :")

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah selesai membuat passport tuk ke Thailand.
insyaAllah 23,24 dan 25 hb kelas Tba 1 akan mengadakan lawatan ke Thailand.
Mohon doakan urusan kami dipermudahkan Allah ya?.

Bila lihat perjalanan kami ke Seremban secara beramai-ramai, rasa macam mini lawatan before ke Thailand plak. Fidah yang kata camni... Kami mengiyakannya. :")

tak tau nak cita macam mana tapi rasa bersyukur sangat sebab kami dapat pergi ke Seremban secara beramai-ramai.

Berdua lebih baik tapi semakin ramai lagi seronok kan?. O.o

rombongan kot..

tunggu nombor giliran ..



tungu komuter..

tunggu komuterr..



kat masjid..hehe




gambar beramai-ramai :")
:: mohon doakan semuanya berjalan dengan lancar ::


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ