Sunday, February 17, 2013

alhamdulillah. NILAI.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah dah sampai Nilai.
Dah selesai operasi mengemas rumah dipagi hari.
Tak la awal pagi sangat.

Jam 10.oo camtu.

hah, penat!.
tapi puas hati.

tapi barang sendiri tak siap kemas lagi.huhu.

semalam tak dapat nak tido sangat.
Bermimpikan sesuatu yang agak menggerunkan.
Sampai berpeluh-peluh.

Padahal, kipas kat sebelah je. O.o

Ditambah dengan sakit perut yang menguji diri.

Oh. mata tak leh lelap.

Pagi tue, telefon berdering.
Yah telefon.

katanya, "dia dah nak sampai dah"
Syuhada,Chetul, BB yang tumpang bermalam kat umah dah bangun gak. 
Hostel boleh daftar je tapi tak boleh menginap lagi.

keceriaan wajah Yah menghilangkan ngantuk yang melanda diri.
ngantuk, ngantuk gak
tapi nak tido semula,
dipaksa cmna pun,
tak berdaya!

so, berjagalah..
kemas umah :')


Semalam berbual dengan kinah.
haah, blonde sebutannya blon- de.
taecyon sebutannya taeyon.

dush!
Liyana.Liyana.

gelak je semalam.

sempat bercerita tentang kisah itu.
Thanks Kinah sudi mendengar.

 Tak sabar menanti kedatangan mereka yang lain.
Mazyyah, Dila, K.Ida, Hana, Radhiah & Nora.

Masing-masing pasti ada cerita tersendiri 
dan semestinya dengan gelagat masing-masing.

:")

p/s: Selasa ni baru dapat tau samada visa kami diluluskan atau tak. Mohon doakan ya agar tidak berlaku penangguhan ke hari lain. Nanti adik tak dapat join.. huhu~

Esok dah mula kuliah. Semangat, semangat! :D

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, February 15, 2013

Semester 6: Moga lebih matang!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah, berjaya juga mendaftar kos setelah semalaman mencuba tak dapat. Akhirnya, berjaya juga hari ini.

Semester 6 ini pasti lebih mencabar dan pasti banyak bermain dengan emosi.

Liyana,
semester 6 ini, bertindaklah dengan lebih matang!

Jadual semakin padat. Adat berjuang, kesusahan itu perlu dirasai. :)

Saya akan tinggalkan kelas selama 2 minggu bermula 25 Feb - 13 Mac.

Permohonan cuti perlu diselesaikan dengan segera dalam minggu itu juga.

Saya agak risau tetapi saya yakin, 
insyaAllah..

Semoga diberikan kelulusan cuti untuk menunaikan umrah dengan hati yang tenang
&
 saya ada kawan-kawan yang boleh membantu sepanjang ketiadaan saya dikelas.

Esok hari saya akan bertolak ke Nilai selepas menghadiri majlis kahwin anak kawan ayah saya.

Perjuangan saya bermula lagi.

بسم الله

subjek semester 6

Jadual yang agak padat.

Selamat berjuang! ^^

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Suara hati ini mungkin tak perlu didengari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ya, mungkin.
Suara hati ini tak perlu didengari.
Apa saja bisikan yang menyapa,
biarlah ia berlalu pergi.

mungkin.

Allah.
rasa ini.

Tangisan mama & adik mengusik naluri.
Turut serta menangisi.

Allah.
dugaan apakah ini?.

Ada yang sudi mendengar?.

Dia.
hanya Dia.

Allah.
tabahkan hambaMu ini.
eratkan kasih diantara kami.

be strong,Liyana!

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, February 14, 2013

Tahu, apa kelemahan saya?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

kelemahan saya adalah dalam membuat keputusan.

Saya khuatir dengan diri sendiri apabila salah membuat keputusan, kemudian saya kecewa, menangis dan berkata "kalau ..kalau..kalau.."

Bukankah tindakan sedemikian membuatkan kita kurang yakin dengan takdir Allah untuk kita?.

Apatah lagi, boleh membuka peluang kepada syaitan untuk menghasut diri kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim

Ustaz Pahrol kata, "Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung. Tidak membuat keputusan petanda takut untuk bertanggung jawab!"

Hah, takut untuk bertanggungjawab!

dengar tue liyana..

ok Ustaz. Saya dengar nasihat Ustaz itu.

Semoga saya mampu membuat keputusan dengan lebih baik dan bersedia menerima semuanya dengan ikhlas.

Mohon doakan.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, February 13, 2013

Berpolitik?. erm.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


A: "Nak daftar mengundi, buka lagi tak?."

B: "dah tak boleh la dik."

ok. Saya dah berumur 23 tahun. Selayaknya saya dah boleh mendaftar untuk mengundi tetapi saya tak daftar.

Bila nak daftar, dah terlewat plak.

Alasan?.

IC baru tukar alamat semenanjung.

Sebenarnya salah saya sendiri sebab tak daftar terus bila dah dapat IC. Tangguh, tangguh & tangguh. Semangat nak mengundi terus hilang.

Haip.

Hana pernah tanya kat saya, "Akak dah pasti ke nak mengundi sape?"

haha. mestilah pasti!

Sejujurnya :")

Saya tak suka sangat politik tetapi sedikit sebanyak saya mengetahui tentang politik memandangkan family saya orang kuat berpolitik juga.

Saya sokong siapa yang menegakkan hukum Allah.

Saya tak kisah orang nak sokong kerajaan ke pembangkang ke sebab itu hak masing-masing. Di mata mereka, mungkin pilihan mereka adalah betul.

Saya pernah berbicara soal ni dengan Radhiah. Dia memang orang kuat Pas. Kelantan kan?. Waktu tue, saya tak sokong mana-mana lagi tetapi saya cenderung ke arah UMNO memandangkan surat khabar yang saya baca semua UMNO. Bercakap, bercakap dan bercakap..

Akhirnya saya faham satu perkara...

Jangan sesekali hina Ulama kita. Ulama tu kan pewaris Nabi ? :")

Apepun kisah yang kita dengar walaupun rasa mustahil tetapi semuanya tak mustahil dengan kuasa Allah. Saya mula faham. Terima kasih Radhiah atas penceritaan yang menarik itu. Membuatkan pemikiran saya lebih terbuka untuk menilai dan memahaminya bukan sekadar mendengar dan membaca.

Saya belajar komunikasi.. sedikit sebanyak saya tahu rupa-rupanya setiap akhbar ada agenda masing-masing. Sebelum ni tak tau pun..huhu~

Saya tak nak ulas panjang-panjang sebab saya belum memahaminya betul-betul.

Jangan lupa turun mengundi. Undi itu rahsia ^_^

p/s: Ayah Dila kata boleh je daftar tetapi bila nak g daftar tak boleh plak..  huhu. sob.sob.sob. Memang dah terlewat..
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Result Semester 5 :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

dup dap dup dap dup dap.

Alhamdulillah result semester 5 dah boleh cek. :)

yeah!

Penantian satu penyiksaan.

Dari semalam dok risau pasal result.  Keluar jg akhirnya kan?.. *_*

Sepatutnya result semester 5 keluar pada keesokan harinya bersamaan 14 Feb sebab 13 hb baru nak diluluskan Senat.  Saya seperti biasa lah.. memang dah agak result akan keluar pada 13 hb selepas jam 12 tghari. Seperti sem-sem lepas.. hehe.

So, bangun je pagi dah sedia online. Setiap masa buka eStudent USIM tue tapi still tak berjaya gak.

Jam 2 lebih tue.. saya try lagi. Eh ! Terus-terang, saya tak perasan pun tue subjek-subjek yang saya ambil sem lepas. Saya pelik.. napa ada linguistik?. al-maklumlah, nampak Linguistik dulu. Ingatkan semester lepas-lepas tapi subjek Linguistik macam baru je belajar. Boleh plak kan fikir cmtu?.

Blur sekejap.. imbas kembali. Ternampak Principle of Journalism. Time tue baru perasan.. itu result untuk semester 5.  Allahu Allah.

Gapo dia ni Liyana?. Awat tak perasan?.   -Gelakkan diri sendiri-

subjek untuk semester 5. 

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

result semester ini takda subjek yang dapat C. Percaya tak?. Saya pun seakan tak percaya, lagi-lagi untuk subjek Nahu(2). al-maklumlah, Nahu (1)  saya dapat C+ dan Subjek Saraf pun saya dapat C+ huhu~

Saya nekad, Nahu(2) kali ini .. saya mesti memperbetulkan kesalahan yang saya buat sewaktu mendapat C+ untuk subjek Bahasa Arab. Saya kan kos Arab?. Sampai bila, saya nak dapat C+ untuk subjek Bahasa Arab?.

Walaupun kurang yakin dengan diri sendiri tetapi niat itu perlu ada. Perubahan mesti dilakukan !.

Semua orang tahu saya lemah untuk subjek yang melibatkan Bahasa Arab. Rasanya, orang sekeliling saya pun perasan akan kelemahan saya nie. huhu. Di Sekolah mungkin orang nampak saya hebat tapi di Universiti... tentulah saya paling tercorot.huhu~

apepun, saya bersyukur sangat sebab saya dapat B untuk subjek Nahu. Saya fikir gak.. Kalau B ni, nilai gred dia bape?. nak dekat C ke?.erm.

Saya pun cek la dekat e-Panduan FPBU tuh..


alhamdulillah. nilai gred 3.00. Allahu Akhbar!

Takda lafaz yang mampu digambarkan dengan perasaan ini.

Orang pertama yang muncul dalam fikiran saya pada waktu ini tentulah sahabat saya, Mazyyah Osman. Dialah guru saya. Dialah yang banyak membantu saya. Terima kasih Mazyyah.. Akak xtau cmna nak balas jasa Mazyyah.

Subjek lain?

nak saya berterus-terang ke.. tapi nanti tak rahsia lah kan?. Saya rahsiakan pointer saya ye sebab result saya lebih kurang macam tue juga macam sem-sem lepas..

erm. satu lagi yang saya target mesti A.. subjek mandarin sebab lepas ni tak belajar mandarin dah. Lagipun, mandarin(2) ari tue dapat A-.  Alhamdulillah ^^

Secara keseluruhan, saya dapat 4 A & 4B (2 A, 2 A-, 2 B+, 2 B). Cantik plakkan?. tetapi lagi cantik kalau A bulat menghiasinya. :")

Esok dah boleh daftar kos untuk semester 6.

ohya, tahniah untuk mereka yang dekan & tahniah untuk kak Faiqah Mawardi sebab bakal bergelar ibu tak lama lagi.  (。◕‿◕。)

p/s: Lagi seminggu bakal menjejakkan kaki ke Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Rabbi yassir lana wala tu'assir a'laina.

Terima kasih atas dosa yang tidak putus-putus dari kalian samada secara langsung mahupun tidak. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sujud syukur padaMu Ya ALLAH 

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, February 12, 2013

erm. kuatkan semangat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tatkala sedang menaip entri ini.. Hujan baru turun membasahi sekitar manjung. Alhamdulillah, nikmat suasana redup setelah berpanas.

insyaAllah, result final exam tuk semester 5 bakal keluar dalam masa 2 hari lagi. Debaran demi debaran dirasai tika ini. Takut, gerun.. semuanya ada.

Entahlah, kadang-kadang punca semua ini bermula apabila tak yakin pada kebolehan diri sendiri.

Sejauh mana dipupuk semangat kuat itu, bila ditiup semangat lemah.. semangat "LEMAH" jugalah yang menguasai diri.

Nahu?.

gluuuurrrpppp.

Sila kuatkan semangat anda,Liyana!

Jangan cepat sangat berputus asa.

Apepun keputusan yang keluar nanti, terima dengan hati yang ikhlas.

Jangan bersedih oke!

Sila pujuk hati anda supaya menjadi seorang yang kuat!

Allah kan suka hambaNya yang kuat?. 

smileee ^^



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, February 04, 2013

Saya & Sakinah ^.^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saya tak tahu nak cita pe,
tapi saya nak cita juga..
saya selalu berjalan berdua dengan Kinah bila da waktu terluang.
Naik motor lagi tue..hehe

Jom lihat...

ni vdeo kitaorang naik belon gergasi sempena bulan Inovasi Islam .Macam tak caye je naik benda tue.huhu.


ni pic je. xde nya nk bg video :D

Makan kat secret recipe:

dah dua kali makan berdua. Bak kata kinah, macam orang dating pula..hehe :)

Spagheti Meatballs :)
Kek.. kinah suka kek Chocolate indulgence :)

Maaf ye kinah.Gmbr kinah mkn je da kt akak.Gmbr akak xde plak.hehe :)
P/s: Gambar kat atas tue,gambar sewaktu kali pertama p. kali kedua xde gmbr.. Gambar tue ada kat kinah je. ^^

Gambar sewaktu p Majlis Penutupan Mudballs.
nek motor time hujan.
lepas pulang, basah.hehe :)

Saya paling suka pic nie. xtau napa..
Gambar nie diambil sewaktu beraya ke rumah Ain Ramlan.
Dia pernah memberi kata-kata ini kepada saya:

You crossed my mind..

Ya Allah,
Kami bertemu dengan izinMu,
hati kami bertaut atas rasa cinta kepadaMu,
maka ya Allah,
Kau rahmatilah ukhwah antara kami ini.
dan pertemukanlah kami disyurga nanti.
amin ya Rabb
::With love::

saya ingin memberi kata-kata ini buat dia,

Na,
terima kasih kerana selalu ada untuk akak.
menjadi peneman dikala susah mahupun senang.
itu tugas seorang seorang sahabatkan na?.
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan akak.
kita kawan dunia akhiratkan?.
^__^
akak nak minta satu benda boleh,
ingat akak dalam doamu.
tak ingat akak selalu pun xpa.
yg penting,
ingat akak dalam doa.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, February 01, 2013

Get Well Soon, Kakak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Minggu lepas, saya mendapat khabar anak buah abang ipar saya masuk hospital sebab kencing berdarah dan minggu ni, dia masih ditahan wad dan memerlukan rawatan lanjut daripada doktor.

Kesian kat  kakak. Dia dah la kurus.. huhu.

Kakak, semoga cepat sembut tau!

Nanti kak yana datang lawat kakak ya..

Jangan nangis tau.. kakak kan kuat?.

Allah.

Jaga dia.

Kurniakanlah kesembuhan ke atas dirinya.

Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh dari sebarang penyakit.

mira & kakak

kakak.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

:: Solehah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


:: Wanita Solehah ::
ingin sekali diri ini digelar wanita solehah
yang auratnya terjaga rapi
kukuh hanya untuk sang suami
tak jemu mencari cinta Ilahi,
walaupun kadang-kadang sering menjauh diri.

ku mencari "title" itu di alam realiti,
bukan mudah dilaksana seperti yang diungkap kata,
ada pahit jalannya bila kita lalui,
kadang-kadang tak bisa untuk dilewati,
tetapi selagi tak bercanggah dengan seruan Ilahi,
terimalah dengan seikhlas hati.

~~Hati ini bermadah lagi,
langkah mana yang harus ku lalui~~

~~entah kenapa hati tak pernah lekang untuk berbicara,
membuat jari jemariku menari mengatur kata.~~

Hatiku bersuara dengan lantangnya,
aku ingin menjadi wanita solehah berpandukan syariatNya,
bukan di atas kata tanpa laksana langkah,
yang hanya meluah tanpa arah.

Kalian rasakah seperti yang ku rasa,
bila hati sering berbicara untuk menemuiNya
tanpa ada sekulumit dosa tika menghadapNya,
untuk merasai ketenangan didalam jiwa.

with love,
saya teringin nak pegang title itu
tapi saya tau, saya masih belum sampai ke arah itu.
dan saya akan berusaha ke arahnya bersama akhowat tercinta.
~Merindui kasih ke syurga~



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ