Monday, April 29, 2013

Perjalananku ke Tanah Haramain ep 4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Madinah (1 Mac 2013- 4 Mac 2013)

Alhamdulillah , kami dah menjejakkan kaki di tanah arab Madinah al-Munawwarah. Allah permudahkan segala urusan ketika sampai disana. Kami tak perlu menunggu lama, tak perlu beratur panjang. Semuanya cepat belaka. :)

Suasana di tanah arab pada pagi itu sungguh nyaman. Sejuk!
Terasa sayu seketika. heh, tiba-tiba nangis plak time taip entri ni..

masjid Nabawi dari pandangan hadapan.
 Saya sampai di Madinah pada jam 4.00 pagi. Saya nampak masjid Nabawi dalam perjalanan menunju ke hotel. Rupanya di sini, akan azan subuh sebanyak 2 kali. ^.^

amazing right?. Azan pertama untuk mengejutkan bangun tahajud dan persediaan menuju masjid. Azan kedua adalah azan solat Subuh.

Hari Pertama

Kami diminta untuk berkumpul dilobi pada jam 7.30 pagi. Aktiviti kami pada hari ini adalah melawat Raudhah dan Kubur Baqi'. Kami diminta untuk mengambil wudhu dan pastikan wudhu kami sentiasa ada. Kami solat tahiyatul masjid dan solat Dhuha dan sujud syukur sementara menanti giliran kami. Maaf sangat-sangat, saya takda ambil gambar dalam masjid Nabawi memandangkan larangan ketat daripada pihak masjid. Lagipun ada seorang mak cik berpesan kepada saya, "tak apa nak ambil gambar kat luar masjid Nabawi , yang penting bukan kat dalam sebab Allah nampak dan Rasulullah kan dekat dengan kita?."  Terkedu saya dibuatnya.

insyaAllah, saya akan upload video dari Hafiz Hamidun sebab dia ada ambil gambar suasana dalam masjid Nabawi tuh :)

Suasana di Masjid Nabawi


 Payung yang memayungi orang yang berada di masjid Nabawi. 
Sejuk je rasa ;)
Start buka time maghrib.
Lepas subuh tue, payung tue akan tutup.

Lama gak menanti giliran kami. Orang Arab yang menjaga kawasan Raudhah tidak membenarkan kami masuk ke dalamnya. Mereka mendahulukan orang Arab dan Turki terlebih dahulu. Kami pun tak tahu kenapa tetapi makcik-makcik sini cakap sebab orang Arab dan Turki kasar. Wallahu'alam.

Raudhah adalah taman-taman syurga. Salah satu tempat mustajab yang diperkenankan Allah. Sebab tue ramai orang berpusu-pusu nak masuk ke dalamnya. Saya dapat masuk 2 kali sahaja dan ayah saya dapat masuk 4 kali. Wow! Ayah saya memang semangat sangat-sangat bila berada di kawasan tanah Arab dan saya rasa gelagat ayah saya sungguh comel sewaktu disana ;)

Jam 9.45 am barulah saya dapat menjejakkan kaki ke kawasan Raudah. Allah, sayunya.. air mata ini seakan nak mengalir ketika menaip entri ini. Kalian tahu?. Kawasan Raudhah tue tak sebesar mana. Dalam masjid Nabawi karpet berwarna merah dan tanda kawasan Raudhah adalah berwarna Hijau. Alhamdulillah, saya dapat memberi salam kepada Baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-khattab. Sayu.. Nangis.. Tempat tue menjadi sebab ramai orang hendak mengerjakan solat sunat. Ada rezeki, Allah permudahkan.. insyaAllah.. dapatlah mengerjakannya. Alhamdulillah.. alhamdulillah..

Waktu inilah, nama seseorang meniti dibibir saya. Sebelum saya melangkah keluar dari kawasan Raudhah tiba-tiba terdetik untuk menyebut namanya. Saya berhenti dan berdoa seketika.

at that time, im crying.. Moga Allah redha tentang rasa yang bermukim itu.

Saya sertakan 3 keping gambar yang saya ambil dari instagram Saudara Fakhrul UNIC.
Sekarang dia berada di Madinah al-Munawwarah.
 4 Mei 2013

Mihrab Nabi antara tempat yang lagi mustajab dalam Raudhah tue tuk berdoa

Inilah Maqam Baginda, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar. Disinilah saya melafazakan salam, "Assalammu'alaika ya Rasulullah, Assalammu'alaika Ya Habiballah, Assalammu'aika ya Nabiyallah"


Bergetar hati tatkala melihat gambar nie. Allah, air mataku tumpah lagi. Sungguh, aku benar-benar berhajat lagi untuk ke sana lagi. Malah, terasa hinanya aku tidak mengamalkan sunnah Baginda. Sollu a'la Nabi..  Ini adalah cicit Rasulullah. Habib Ali al- Jufri. Cicit Baginda ini datang menziarahi Baginda.  :"(



Lepas tu, kami menziarah kubur Baqi'. Kami tak boleh masuk ke dalamnya. Jadi, kami hanya membaca doa di luar kawasan itu.

inilah kawasan perkuburan Baqi'.
Bagi yang nak tengok kawasan tue macam mana ,boleh kunjungi link ini -> Perkuburan Baqi'

Aktiviti selepas itu dah tak de dah. So, kena banyak menghabiskan masa beriktikaf di masjid tapi saya tak tergolong dalam kump tue.

kat belakang tue Masjid Nabawi ;)
Hari Kedua di Madinah

Hari ini kami akan melawat Masjid Quba', Ladang Pokok Kurma dan Bukit Uhud. Kami bertolak jam 8 pagi menuju Masjid Quba dulu. Tanda untuk mengenali Masjid Quba ini adalah masjid ini mempunyai 4 menara.

Jom tengok gambar- gambar sepanjang perjalanan menuju Masjid Quba.
al- maklumlah, saya memang suka sangat bab-bab ambil gambar nie :)


Kalau tak silap.. masjid ni diberi nama sempena Saidina Ali

ke Masjid Quba :)

hospital :)

Masjid Quba ~

Bandar Madinah

Masjid Quba. Da 4 Menara je kan ?

Masjid Quba

Di luar masjid Quba.. Selepas Solat Sunat ~

Tempat ni laluan tuk kaum Hawa ke tempat solat. Tue yg ramai~

peace!

Ramai kan orang?.

Hadis tentang masjid Quba'

Masjid Quba ~

Papa & Mama

Kami berempat :)

ahli group sy.. sempat lagi dorg membeli buah kurma..hee~

depan Masjid Quba :)

nampak tak mama kat situ?.

:)

Papa & adik ^^

Papa & Mama & ahli group sy.. depan bas kuning tuh~

dalam Bas :)

dalam Bas :)

Selepas itu, ktorg menuju ke ladang kurma plak. Kat sini la saya beli coklat kurma untuk budak-budak kelas. Saya tak beli buah kurma sebab saya tak makan sangat. Mama kata, "nama je belajar arab tapi makan kurma pun tak". #sentap oke.. hee~

Mama je beli banyak. Buah kurma Ajwa paling mahal dan ia digelar buah kurma Nabi :) Boleh klik kat cni tuk mengetahui sejarahnya --> Kurma Ajwa

Tertangkap gmbr muka adik mcm nie. hehe. Dia makan kurma Jambu nie.. rasa dia sejuk & rasa mcm da ais :)

beli jangan tak beli

kurma mama, coklat saya & papa. Adik tak siap pilih lagi~

mama & adik.. dok rasa coklat la ni~

Bahagian kurma Ajwa. Mahal .. Makin berkualiti,makin mahal~

Papa tgh ikat coklat papa..

Mama tgh membeli kurma Ajwa.

Lepas membeli belah, kami menuju ke bukit Uhud plak. Semua orang tau kan kisah di bukit Uhud?. :)
Hayati sirahnya ye... tapi nak cita cikit. Cerita ini saya dengar dari mutawif yang bawa ktorg ke sini. Dia kata, "Waktu Baginda cedera, Baginda dibawa sembunyi di Gua....... (saya lupa namanya). Darah Rasulullah mengalir kat dalam gua nie. Kalau kita masuk ke dalam gua tue, kita dapat cium bau yang sangat wangi. Orang kata, itulah wangi kesan daripada darah Rasulullah"

wallahu'alam.

Saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya sebab saya tak berpeluang nak p. Tapi dia pernah p sana dan katanya memang wangi. Allahu Akhbar!

jalan menuju Makkah tapi bukan skg tau :)

saya tak ingat ni ape..huhu.. ~

belakang tue la bukit uhud dan belakang bukit uhud terdapat sebuah gua.

Bukit Uhud

Sini lah pahlawan2 perang UHUD dikebumikan. Antaranya Saidina Hamzah~

Yang ni tempat kawasan orang memanah.. kan ada kisahnya?. Yang Rasulullah arahkan orang yang memanah tunggu di atas tue.

Papa :)

Mama :)

Saya panjat gak. Adik tlg ambil gmbr sebab dia kepanasan dah time tue.hoho

saya suh di snap lagi..hehe

hah, kenal tak tue?. Lelaki yg plg tngi. Artis katany tp saya tak kenal.hoho~

membeli belah

Papa & mama sempat bli spek mata 5 riyal hehe

cantik kan air terjun tue :)

sekitar Madinah


Subhanallah. cantik!

Ke arah masjid Quba :)

Nampak tak tu?. sempat gak tngkp.. tue Masjid Bilal :)

Inilah Masjid Nabawi dari pandangan depan.. hee~

Belakang tu bukit Rumat (tmpt org memanah tungu musuh datang)

Bukit Rumat
Saya tanya En. Google tentang gua tempat Rasulullah bersembunyi selepas tercedera sewaktu peperangan Uhud.

Then, saya jumpa link ini.. boleh la try klik ye --> Gua Uhud

Hari Ketiga
uk
Kami tak da apa-apa aktivti untuk hari ketiga ini. Hanya menghabiskan masa membeli belah, solat dan cuba melawat Raudhah. Terus terang, adakalanya terdetik dihati untuk tak nak solat di masjid. Malas sangat... tapi ia perlu dilawan dan bila kita sampai di masjid, kita berasa lebih tenang.. malah kita berhajat untuk beri'tikaf lebih lama lagi.

Hari Terakhir di Madinah

Then, 4 Mac 2013 adalah hari terakhir untuk saya berada di Madinah al-Munawwarah. Pagi itu, selepas sahaja sarapan dan kemas barang, saya akan masuk buat kali terakhir di masjid Nabawi dan Raudhah untuk memberi salam terakhir buat Rasulullah.

Subuh terakhir di Madinah.

suasana pagi Subuh

Mama & Papa

Papa

adik, mama & papa

kami berempat :)

Sayu plak.. rasa nak nangis. Boleh? T_T
Sukar untuk saya jelaskan apa yang terjadi pada saya hari ini tetapi saya ingin menceritakannya sebab bagi saya peristiwa ini benar-benar meruntun hati saya, membuat saya mengalir air mata tanpa saya pinta.

Kerana kasihkan Rasulullah, mengharapkan redha Allah.

Sekejap sahaja masa berlalu. Sekejap sahaja saya berada di bumi Madinah. Sekejap sahaja!

Jam 8.30 pagi, saya, mama & adik segera menuju Masjid Nabawi untuk memasuki Raudhah. Dalam perjalanan menuju masjid, terserempak plak ngan papa. Papa dah masuk Raudhah untuk kali keempat. Memang tidak dinafikan, kaum adam lebih senang masuk ke Raudhah daripada kaum hawa.

Kami dah sampai depan pintu Raudhah tetapi kami tak boleh masuk ke dalamnya. "Ibu-ibu, Malaysia duduk disana"  kata seorang penjaga pintu tue. Kami pun duduklah di kawasan tempat orang Malaysia menunggu itu. Then, datang pula rombongan Indonesia. Mereka pun di suruh duduk tetapi bila orang Arab, Turki yang datang... mereka benarkan sahaja. Mama dah tak sabar pada waktu itu. Saya & adik, kalau boleh biarlah masuk ikut giliran. Bukankah kita kena bersabar?.

tetapi pada waktu ini, mama sangat tergesa-gesa. Mama nak masuk juga , takut tak sempat masuk. Allah!
Saya berbelah bagi. Pandang wajah adik. kami ikut sahaja tindakan mama sebab bila kami suruh mama bersabar, mama kata nanti tak sempat masuk.

Saya benar-benar dalam keadaan gelisah pada waktu ini. Tidak tenang!.

Bukan begini caranya untuk berjumpa dengan Rasulullah buat kali terakhir.. saya betul-betul sayu. Hati saya benar-benar merintih pada waktu itu.

Bila orang Indonesia serbu untuk masuk ke dalam. Mama bangun dan mengarahkan kami turut bangun. Waktu tue, Allah..Allah.. tangan saya dipegang oleh penjaga perempuan itu dan dia kata, "ibu, haram! " Saya tersentak tapi saya berjaya memasukinya. Namun kat sana kami di suruh tunggu sementara orang Arab tengah menunggu giliran.

Waktu tue, sebak didada tak mampu di tanggung lagi. Perkataan "HARAM" itu bermain- main diminda saya. Seakan perit untuk saya tanggungi. Saya ternampak beberapa orang kaum Hawa yang memanjat-manjat dan berdoa. Saya pelik... time tue baru saya perasan, didepan saya tue adalah makam Rasulullah.

Allah.. saya benar-benar nampak makam Rasulullah.

Saya solat sunat dua rakat dan air mata saya tumpah di sujud terakhir. Saya malu pada Allah, malu pada Rasulullah. "Ya Allah, sekiranya Engkau murka terhadap langkah ini dalam menuju RasulMu, ku mohon padaMu untuk aku menjadi seorang hamba yang redha kerana ini sememangnya kekhilafanku. Ya Allah, sekalipun Engkau murka terhadapku.. izinkan aku untuk bertemu dengan rasulMu buat kali terakhir biarpun Baginda tidak ingin menyahut salamku."

Air mata ini tumpah berkali-kali.

Bukan begini caranya yang saya pinta untuk berpisah dengan kekasih tercinta. Saya takut Allah murka, takut Rasulullah tak nak menyahut salam saya.

Then,satu sms datang. Akak rindu!

Ya, sms kinah hadir sewaktu saya tengah berduka. Allah, bertambahlah saya ingin mengalirkan air mata.

Siapakah yang faham beban yang saya tanggung pada waktu itu?.

alhamdulillah, saya berjaya masuk ke dalam Raudah akhirnya. Then, mengambil pot untuk solat kemudian memberi salam terakhir kepada Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Hati saya berjuta-juta kali sayu bila memberi salam di hadapan Baginda. Keluar dari Raudhah, keluar dari masjid Nabawi.. hanya lafaz salam kepada Baginda meniti dibibir. Seakan tidak mahu berpisah dengan kekasih tercinta. Seakan perit untuk ditanggung.

Allah. Allah. Allah.

Kami menuju Makkah selepas solat zohor dan makan tengahari. Dalam perjalanan menuju Makkah tue, kami terus berpakaian ihram kerana nanti kami akan berniat miqat di bir Ali untuk menunaikan umrah. Sepanjang perjalanan ke Makkah, saya duduk sebelah kak Syima.

Seperti biasa dalam bas tue, kami akan lalu di hadapan masjid Nabawi. Saya masih dibelenggu dengan perasaan serba tak kena, seakan tak tenang, khuatir andai Allah murka, Rasulullah tak sudi menerima.. Saya beri salam berkali-kali lagi biarpun tidak berada di dalam Raudhah, walaupun hanya berada menatap masjid Nabawi di dalam bas. Doa saya, moga Allah terima.. moga Rasulullah terima..

alhamdulillah, kami dalam perjalanan menuju Makkah dan perjalanan mengambil masa 7 jam.

Lama kan?. :")

saya hadiahkan gambar-gambar yang saya tangkap sewaktu perjalanan dan sewaktu kami berhenti makan dan bermiqat di bir Ali ^^

kesibukan kota Madinah

Moga bertemu lagi, nanti kan kedatangan hambal kerdil ini

Ya Rasulullah, aku rindu :(





nampak pasir je.. pastu tiba2 da unta.

padang pasir..

bulan sangat cantik time nie & teringat kat dia.

untukmu. cantikkan ?

Nampak nama Hana, teringat kat dia.

Nasi Arab yg ktorg makan.kongsi 4 org.. tak abih pun makan.

Selepas selesai solat Maghrib dan Jama' isyak, kami naik semula bas dan berniat menunaikan umrah.

Maka,
lambaian kaabah memanggil-manggil.

Labbaikallah humma labbaik.
Labbaikala syarikalabaik.

Aku sahut seruanMU ya ALLAH!

p/s: Bersambung ep seterusnya. "Perjalananku ke Tanah Haramain ep 5"

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ