Friday, May 31, 2013

Belajar Membuat Sushi :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hari Khamis yang lepas, kami belajar membuat Sushi.
Sem ini saya mengambil subjek tambahan yakni Subjek Jepun.
Terus-terang, saya tak berapa minat belajar dengan bahasa Jepun tetapi saya suka bila kali pertama belajar bahasa tersebut. Akan tetapi,saya tak mampu menguasainya memandangkan sahabat-sahabat saya dah 3 mingu  menghadiri kelas sedangkan saya jauh tertinggal dibelakang.

Then, bila saat saya nak drop bahasa tersebut.. saya dah terlewat. Terukkan saya sebab nak drop saat-saat akhir?. huhu.

apepun, belajar Sushi memang seronok.. cuma saya tak ngam dari segi "TASTE" saya. hehe :)


bahan-bahan untuk membuat Sushi

kami diajar bahasa Jepun dan diperkenalkan dengan bahan-bahan masakan dalam bahasa Jepun

Shin Sensei tengah buat demo macam mana nak buat sushi.

budak-budak lelaki tengah mengaul nasi tersebut sehingga sejuk






pandai kan saya buat?.

inilah sushi yang saya buat :)



Salah seorang pekerja yang tengah potong sushi yang ktorg wat.

Mustaqim tengah menjawab soalan yang diberikan. Bila dapat jawab, dapatlah kupon percuma makan di kedai Sushi.



kami juga disediakan ole-ole dari pihak sushi.

menjamu selera makanan yang kami buat

Lepas nie, boleh lah praktik wat sushi tersebut kat rumah masing-masing ye. :)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, May 25, 2013

Bila nikmat sihat seakan hilang..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah.. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas dan tidak membayar se"sen" atas nikmat itu.

nikmat mana lagi yang hendak kau dustakan?.

rasanya, semua orang tau perihal ayat al-Quran ini.

Hari ni,saya ada asgment yang perlu sy lunaskan.

Muqabalah dan Tarjamah.

Muqabalah saya ambil sikap untuk tidak ikut serta biarpun markah saya bakal kosong. Kenapa?.

sebab saya tak bersedia.

Alasan yang tak munasabah bukan?.
sebab Dr. Hishom dah bagi peluang.

Saya dah tido awal dan bangun awal pagi tue. Bila keluar bilik, nampak Mazyyah tengah menyiapkan sijil-sijil.

Saya nak tanya mazyyah,ayat apa saya nak jawab tapi..

saya masuk bilik dan tido.

hebat tak? .

Maaf sebab menyusahkan.

Takpe, tindakan ini biar saya yang tanggung.

Sape tak terkilan bila kehilangan markah?. Hari Rabu tue, saya memang nekad tapi bila ditunda hari Jumaat, saya yakin Allah nak bagi peluang.

Tapi tak semuanya berjalan kehendak saya.

Saya terkejut sangat pagi tue, bila dapat tau asgmnt ktorg tarjamah dah kena hantar. 
oh, sentap nya saya waktu tu.

Time tue juga saya menangis.

Memang bagus tindakan dia.

Saya bukan tak menghargai tapi saya tak suka bila dia buat macam tu.

Ukhwah saya dan sahabat saya dah tak berapa baik. Sedih tau x?

Saya mengamuk di message Fb dia.

Luah apa yang saya rasa.

Tapi bagi saya, semua tue dah tak berbaloi.

Saya tak nak sakitkan hati sesiapa. 
huhu.

Maaf sangat-sangat. 
Yana tak niat nak marah macam tue.
Semuanya sebab yana tak tahu nak wat apa dah.

dan,
Saya tahan apa yang saya rasa tentang kesihatan saya.
Nak jumpa Dr. pagi tue, saya memang tak boleh.
Kakak datang ajak saya keluar.
saya tak cerita tentang apa yang saya rasa.
Kalau berlaku lagi,
barulah saya jumpa Doktor.

Allah nak uji sakit.
Allah baru bagi sedikit.
Bila nikmat sihat seakan hilang....

Allah, moga sakit ini kifarah dosaku 
dan lebih mendekatkan daku kepadaMu.

terus mencintaiMu...

Got this from kinah :)

my baby boo boo. Hey, Haziq Rizqi! i miss U la ~ :)
Dapat tengok ragam Rizqi.
Jiwa yang bergelora,
tenang!

:)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, May 21, 2013

warkah & tidak melatah ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Tenang.
Tidak melatah setelah menerima balasan daripadanya.
Bukankah nak mengakhirkan secara baik?.
:)

sememangnya "warkah" itu untuk orang yang mengerti.

&

 Maaf atas segala-galanya. 
Terima kasih kerana menghargai "rasa" itu.

Then U said to me,
terima kasih sebab tak pernah putus-putus untuk mengambil perhatian.
walau apa-apa pun kita tetap sahabat selamanya.

Thanks :")

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Monday, May 20, 2013

Mungkin cintaku padaNya hanya secebis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Terdiam.

Aku terkelu.

Ada rahsia yang cuba aku sembunyikan tetapi tidak berhasil.

Ya Allah, bagaimana caranya aku menggapai cintaMu,
Aku berkali-kali jatuh dilubang yang sama,
Sehingga aku tidak lagi kental untuk bangkit.
Secebis itukah cintaku padaMu,
Begitu murahkah harga cintaku untukMu..

Ya Allah.
Aku cuba meraih cintaMu tetapi pada yang sama aku hanyut dengan ujian cinta manusia yang Kau berikan.
Aku kalah dalam perlumbaan itu.
Sungguh, aku cuba untuk bangkit memujuk hatiku.
Agar tidak menangisi mana-mana cinta dunia yang pergi.

Allahu Rabbi.
Peritnya rasa berada jauh dariMu
Seakan gelap kamar hidupku.
Terangilah hatiku dengan nurMu.
Jagai aku dalam permainan cinta dunia yang seakan menipu.

P/s:  terasa angau dengan dunia..  ku pejam mata , ku nampak dunia. Hinanya!


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Saturday, May 18, 2013

sedih kat diri sendiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

waktu ini, hati saya memberontak.

sedih kat diri sendiri.

kenapa kesalahan itu perlu diulang berkali-kali?.

Patutnya, orang Islam takkan jatuh dilubang yang sama.

tapi saya?.

saya jatuh, jatuh & terus jatuh.




☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sampai padanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


cuba bersembunyi disebali kamera ttpi tetap ada! -maksud mendalam nih-

Tak sanggup nak menipu apa kata hati,
tak sanggup nak menutup rasa yang semakin jauh berlari,
pada dia, ku sebut siapa namanya.
biarpun mulut terasa di zip serapat-rapatnya.

ku tunjukkan sesuatu padanya,
ada gambaran tentang siapa orangnya,
dan ku mula bercerita,
kerana malu, aku tidak memandangnya.

jauh disudut hati,
ku berdoa ,ini bukan beban buatnya.
 setiap bait yang dilafaz tika itu,
tidak sesekali mengubah secebis ukhwah di antara kami.

kerana ku rasa dia sungguh istimewa,
aku ingin dia merasai apa yang aku rasai,
kerna ku yakin dia cukup memahami.

terima kasih menjadi pendengar setia,
terima kasih menjadi tempat untuk air mata ini mengalir,
terima kasih kerana sudi memberi telinga untuk mendengar.
terima kasih menjadi teman.

i'm telling this story,
because "I love U".

and because,
U trust me



:)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Friday, May 17, 2013

Fairytale "Putera Awesome"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Izinkan saya bercerita.
al-kisah, fairytale antara puteri beradu dan putera awesome!

ha'ah, cerita ini ntah apa-apa.
Saja melakar kisah yang takda henti.

Putera awesome,
anda sungguh awesome di mata puteri beradu.

teruskan dengan peribadi yang awesome itu!

Puteri beradu mendoakan dari jauh.


Bezanya,

fairytale ini bukan bermula dengan "a cute pair of shoes"

ia bermula dengan "drama fairytale putera awesome."

:)


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, May 07, 2013

Selamat Pengantin Baru Ali ♥ Nadia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Barakallahu lakuma buat sahabat Sek Men dulu, yang akhirnya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nadia. Tahniah! Semoga kekal hingga ke syurga :) amin..

ehemmm.. Majlis Nikah ini pada asalnya berlangsung pada 5 Mei 2013 tetapi terpaksa diawalkan tarikhnya memandangkan waktu tue adalah tarikh mengundi. Apapun, majlis kenduri yang berlangsung pada 1 Mei 2013 yang bertempat di dewan MBSA, seksyen 24 Shah Alam dapat dihadiri oleh kami semua.

Siapa kami semua itu?.

Semestinya adalah batch PRA U 2008/2009 yang melanjutkan pelajaran di semenanjung. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami biarpun ada sahabat lain yang tidak dapat join memandangkan berada nun jauh di Sabah.

Ini adalah reunion buat kami. Agak lama saya tak jumpa mereka semua. Susah kot nak jumpa ramai-ramai macam nie. kan..kan..kan..?.

Pada awalnya, saya berbelah bagi gak nak pi majlis nie. Al-maklumlah, hati suka sangat dengan "PWTC" sampai hampir membuat keputusan, tak nak mengikuti majlis tersebut. h

Agak lama juga membuat keputusan dan saya fikir secara dalam, hikmah yang saya dapat jika saya hadir ke sana. "Allah menautkan rasa kasih kepada UKHWAH ini" .

Yang hadir ke majlis perkahwinan Ali & Nadia:

USIM: Saya, Ida & Azmina
UPSI: Syam, Qahhar, Anas, Pipi, Siah, Pretty
Maktab: Daya
UNISZA: Zul
UKM: Aida, Along,Ain

dan 4 orang lagi adalah sahabat Azmina. Saya tak ingat nama mereka tapi mereka dari UPM dan UM :)

berehat sekejap sebab kereta satu lgi temperature naik.
Dari USIM, kami bertolak agak awal daripada rombongan UPSI & UKM. Kami berjanji nak jumpa dihadapan Giant Shah Alam memandangkan ada yang sesat dan tak jumpa jalan ke majlisnya.

Nasib baik Zul ada GPS walhal kami semua guna GPS waktu tue. hehe. ^^

Bila 4 buah kereta dabh berkumpul, barulah kami bergerak ke majlis perkahwinan Ali & Nadia.

Yang seronoknya, keluar je kereta terus kami (kaum hawa) bersalam-salaman antara satu sama lain. Yelah, macam mimpi je dapat berjumpa kan?.  :)


time dorg dgn ragam dorg, saya ambil gmbr. :)

kami-kami :)
yeah! lepas ni giliran kmi plak. :D

Bergambar bersama pengantin :)

Bergambar bersama pengantin

Pengantin datang kt ktorg.. baru nak mula makan nih



with Shiah :)

saya, Shiah, Pretty & Daya
ambil berkat ke zul?. lepas ni gliran korg la plak ya.

Meja sebelah bergmbar dgn Pengantin

ehem.. lepas ni Syam dgn Aida kot..

4  Hero yang memandu arah~
with my best friend. Dia hadiahkan saya satu buku sempena Hari Lahir saya yang akan datang :)

kami di suruh wat gaya bernasyid.. ntah pape. huhu~

Menuju ke Festival City

Ini rancangan Anas.. rancangan saya pada awalnya singgah ke PWTC tetapi disebabkan majoriti tak nak pergi.. saya ikut idea mereka. Mula-mula saya ingatkan Anas bawa kami p Festival City tuh, rupa-rupanya dia singgah masjid dan katanya nak ajak p Times Square. Dushhh~

Lepas solat, kami berjalan kaki menuju ke Times Square, budak lelaki pada awalnya join kitorg tetapi memandangkan Anas telefon bagi tau tak leh parking kereta kat masjid, so.. dorg terpaksa berpatah balik. Masuk je dalam Times Square tue, kami takda wat apapun melainkan bercerita sesama kami. Al-maklumlah, dah lama tak jumpa kan.. :)

Kami stay kat Times Square sampai jam 10 malam.

Sebelum magrib kami p makan kt food court yang ade dan berbincang aktiviti lepas tuh. Lepas solat magrib, kami pi shopping sebentar, then.. kami bermain bowling. Ada 2 team..

Saya memang tak pandai main..  saja join sekali tapi bila dah join, daebak!

3 kali strike!

wah.wah.wah. Hebat la yana .. hehe :)

abih men bowling segala bagai tuh dah jam 10 malam. erkk.. dah lewat dah nie. Lagipun nak balik ambil masa yang lama gak kot.

Dorang ajak g danau kota. eh, ingat kat shah Alam.. rupany kat area KL je. Patutlah cepat je sampai.. Sahabat saya dari UKM, suma tak ikut serta. Kami dari USIM je ikut geng UPSI p sana. Saya nek dengan Azmina time nie sbb kawan-kawan Azmina yang lain dah balik. Tinggal dia sorg.. Nak pi sana, suh Syam bawa. Takut la plak kalau biaq Azmina bawa.huhu.

Pulang tue baru Azmina bawa.. patutnya saya teman dia berjaga tapi saya terlena sbb ngantuk sangat-sangat.

Yelah, bila sampai kat uptown tue pun.. saya dah ngantuk semacam je. huhu.

Kawasan tue macam pasar malam je. Kami makan yong tu fu sebelum bertolak balik ke U masing-masing.

Sedihnya berpisah dengan mereka. Hopefully, boleh berjumpa lagi.

Rancangan akan datang:

nak jalan-jalan kat ICT sama-sama :)

B4 nak balik..

possing cikit..hee~

say cheese~

oit..dah2 la tue. Jom jalan plak~

yeah..

with Shiah :)

yummy.. sedap

sebelum men bowling, kita jalan2 dulu bah..

superbowl!

Anas & Qahhar

oke, sapa hebat?.

Team Shiah menang :)

Danau Kota : makan Yong Tau Fu

:)


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ