Saturday, January 31, 2015

Bergelar seorang pendidik :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Menjadi guru ganti sementara di Sek Ren Keb Convent, Sitiawan Perak selama 11 hari. Gaji ikut lepasan ijazah.

Atas pertolongan Mak Uda juga semua ini.

Terima kasih Mak Uda :)

Mengajar subjek Bahasa Malaysia (darjah 1), Pendidikan Moral (darjah 3), Pendidikan Seni Visual (darjah 2 dan 3), Pendidikan Jasmani (darjah 2), Pendidikan Kesihatan (darjah 2) dan mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas darjah 1 dan 2 secara tiba-tiba sebanyak 3 kali.

Sekolah Convent ni berlainan bangsa. Memang pening nak ajar dorang sebab semua nak speaking dan kadang-kadang cakap bahasa kaum masing masing. Aduh! >.<  Sekolah ini memang cukup menguji. hoho.

Itulah cabaran seorang pendidik.

Saya tak tahu lepas ni saya nak kerja ape plak.

Semoga Allah permudahkan permohonan kerja saya selepas ini (:


























☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, January 21, 2015

Nilai, bertamu lagi !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Datang ke Nilai biarpun tujuan asal ditempat lain.
Rindu dengan orang Nilai.

Hai hai Nilai! :)

Tak berkesempatan nak jumpa Yah, sembang lama- lama dengan Fiza, Mazyyah, Ain, Timah. Masing-masing ada komitmen masing-masing time tu.

Ajak Madam Adzrah keluar tapi kebetulan madam tengah tanda kertas periksa lagi. Tak berkesempatan lagi nak date dengan madam.

Kita hanya merancangkan? :)

Semoga yang disana baik baik sahaja.
Semoga ada waktu untuk kita bersua lagi.

(:
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, January 20, 2015

Hb Fiza!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

18 Januari 2015.

Selamat Hari Lahir buat sahabatku,
Norhafizah Azizan.

Psst!
Maaf sebab tak berkesempatan nak bagi something.
Perancangan yang dirancang pun tidak berjalan dengan lancar.
Takda rezeki untuk menyambut sama-sama sekali.

May Allah be with U at every step U take and guide U in each decision U make and help U when life gets rough.

 La ni dah tua dah.. Umo 25 tahun :D

Eh, gambar kek dulu-dulu.
Kali pertama sambut hari jadi Fiza di Usim.

Love ya~

:)

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Wednesday, January 07, 2015

Segan aaihhh :P

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Semalam wasap kinah.
Rasa nak bercerita.
Berborak.
Taip banyak banyak tapi cerita tak habis.

Mohon abaikan wallpaper kat belakang tuh ngeee
Lepas tu cerita la kat kinah the full story.
Heh,

Cer teka dia balas apa?
Dia cakap....


Haaaih. Segan wehhh!
Teringat time malam 16 Mei 2013.
Saya cakap kat dia bukan bukan.
Dalam keadaan sleepy plak tu.

Ngee.

(:

Terima kasih sebab selalu ada.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Gambar Konvo Catalia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Gambar konvo baru sampai semalam. Mama baru je suruh saya tel syarikat tu sebab katanya sebulan je siap. Ni dah lebih sebulan hehe. Nasib baik saya tak telefon lagi.

Inilah gambar konvo saya secara rasmi.

(:

resit pembayaran
family (:

errr patutnya ejaan nama saya Nurliyana tu dekat hoho >.<
Suka tengok gambar ni. Ceria saja!
Mama Papa Yana (:
:)


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Tuesday, January 06, 2015

Hope?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

google image

Sekarang ni, ramai kawan bertanyakan samada nak sambung master atau tak.

Saya juga seperti mereka, meletak harapan dan hasrat untuk menyambung master. Zul, Mazyyah dan Aisah Bibi dah further study dan saya masih disini, mencari cari halatuju selepas bergraduasi.

Sungguh! Saya tak nak ambil master dalam bidang lain. Jika saya nak ambil master, biarlah dalam bidang arab jua. 4 tahun saya belajar.. Takkan saya nak lupakan macam tu saja?.

Jika diberi pilihan, saya lebih memilih untuk menguasai Bahasa Arab daripada sambung Master. Bila saya dah menguasai Bahasa Arab,insyaAllah.. selepas itu saya akan cuba kuasai arab secara lebih mendalam lagi. Cita cita saya terlalu tinggi.. Impian hendak ke Mesir mendalami Bahasa Arab masih tidak saya lupakan.

Bila tengok orang sambung master kat luar, saya pun teringin gak. *eh ni nk sambung study ke nak bersiar siar? Ahah! Ntahla! Sebab tu saya lebih memilih menguasai ilmu arab. Tak rugi! Daripada saya sambung master dalam bidang lain, lepas tu menyesal kelak.. * x sanggup! Huhu

Antara dua, master atau perkukuhkan Bahasa Arab saya?.

Saya dah sampaikan hajat saya kat mama berkenaan master. Mama macam tak bagi dan saya juga berfikir, betul ke tindakan saya nak ambil master? Mampu ke saya?

Bila berfikir secara mendalam, berbicara dari sudut hati.. saya tahu saya nak mantapkan Bahasa Arab saya lebih daripada ambil Master.

Saya dah usha tempat nak belajar arab tapi jauh dari rumah. Saya nak kawasan Perak je supaya saya senang nak bekerja sambil perkukuhkan bahasa saya.

Rumitnya kan?.

Saya pun pening nak buat camna. Pening nak fikir masa depan.

Doa itu kan senjata?
Semoga Allah permudahkan segala urusan hamba yang kerdil ini.
Ameen ya Rabb (:



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Thursday, January 01, 2015

Couldn't agree more

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sebanyak mana dosa kita,
rahmat Allah ada untuk hambaNya.





☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Welcome 2015!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Now, im unofficially turn 25 years old.

Bunyi gedebum sana sini. Tu tanda dah jam 00.00 am dan dah masuk tahun 2015.

Semoga apa yang disebalik peristiwa atau lembaran tahun lepas menjadi pengajaran buat diri sendiri.

Hajat tahun ini?

Hajat tahun lepas pun banyak tak tertunai lagi.

Antaranya:

- sambung master. Saya tak mahu berhenti setakat ijazah sahaja. Saya nak mahirkan dan mantapkan Bahasa Arab saya. Saya yakin saya boleh jika saya bersungguh sungguh menguasainya.
Impian dan doa yang tak pernah putus putus.

- dapat kerja tetap sebab mama bagi kahwin bila dah ada kerja tetap. Saya pun berfikir macam tu bila saya mengambil pengajaran apa yang terjadi kepada orang sekeliling saya. Tapi sekiranya jodoh sampai awal sebelum dapat kerja tetap dan mama merestui, insyaAllah.. membina mahligai cinta lah saya. Saya dah letak tepi pasal kahwin ini, cuma saya tak mahu papa dan mama risaukan anaknya kalau lambat kahwin nanti. Apepun, jodoh ditangan Allah. Kita hanya merancang. Saya pernah merancang dan saya tak mahu merasai perasaan sedih itu lagi.

Setakat ini jelah yang mampu saya fikir tapi saya lebih utamakan yang mana afdhal buat keluarga dulu iaitu cari kerja tetap. Kahwin? Saya letak tepi dulu buat masa ini. Master?. Bila dah dapat kerja tetap, saya nak sambung master sekali.

Allah, permudahkanlah hajat hambaMu ini.

:)

Mohon doakan apa yang terbaik dunia & akhirat.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ