Sunday, March 08, 2015

Peliharalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ya Allah, peliharalah keluargaku dari kemungkaran dan dekatkanlah kami dengan kebaikan.

Tuhan,
Padamu ada kebaikan.
Tunjukkan kami kebenaran.
Andai cinta kita hanya pada manusia, kemanakah kita kelak diakhirat sana?

Terpukul dengan dugaan yang datang serentak secara tiba tiba.

Allah.
Kuatkanlah hati kedua ibubapa ku.
Jangan biarkan setiap perkataan, tingkah laku,  ucapan kami menyakiti hati mereka.

Allah.
Memiliki sebuah keluarga juga adalah nikmat.

Sejauh mana lagi nikmat yang hendak aku dustakan?

Peliharalah kami dari azab api nerakamu Ya Allah..

Ameen.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Sia sia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Kata dia, aku tak sesolehah mana.
Jawab aku, ya!

Aku berubah bukan kerana sesiapa.
Hanya DIA.

Maka, jangan terus menagih rasa yang sudah pasti tiada jawapannya.

Sungguh, aku terlalu naif dalam bicara kata yang sia sia.

Dan mungkin aku menurut rasa.

Dan mungkin jua kamu sama.

Cinta manusia?

Sungguh, aku lali dengan janji setia.

Pada aku, semua itu hanya penipuan semata.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ