Sunday, May 01, 2016

Mira di Manjung!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

30 April 2016.

Mira & the geng datang rumah saya. Pertama kali kot kawan saya datang rumah dan tidur bermalam. Datang jauh dari melaka 😬
Mira sampai rumah saya dah malam dah.. sebab depa singgah Ipoh dulu, mandi manda kat sana.

Malam tuu kami sembang sakan tapi dalam keadaan ngantuk. Hehe. Yelah.. Masing masing penat kan.. Banyak kami borakkan. Dah tak sedar time bila kami tertidur..

Ohya, mira datang Melaka sebab kawan kerja die kahwin. 

1 May 2016.

Tengahari tu saya join ke majlis kawan mira. Saya kan tak ingat jalan.. Tapi sebab depa pun tak habaq mula mula depa tau jalan.. Terus masuk jalan jauh. Haha. Xpelah.. Majlis pun baru mula je.

Sampai sana, jumpa dengan bos mira. Bos mira & the geng sporting abih. Tak kekok la join.

Lepas majlis tu kami ke Lumut. Why? Kebetulan kat Lumut ade hari terbuka Tentera Laut. Kami pun join laaa.. Berapa kali kami pusing nak cari parking. Ape taknya, bila turn kami nak masuk laluan tu die kata tak boleh. Sampai waktu kami balik pun jadi macam tu. Sangat sangat menguji kesabaran waktu tuu. 

Dalam tu, boleh naik kapal bagi yang nak.. Ade juga pameran helikopter.. Saya tengok dari jauh je. Malas nak naik naik ni. Then, the best part bila ada acara payung terjun time mula mula sampai.  (:

Aktiviti kami malam tu plak ke Aeon Manjung. Tengok cerita.. Saya tido time cerita tu start mula..  Tak pernah tak tdo. Selalu p, orang mesti belanja punya.. Hee.

Kami makan kat satu kedai ni. Tak ingat nape ape. Black Canyon kot? Boleh tahan la.. Sedap juga. Mira makan Bento. Pesan kat Sushi. Btw,  mira balik esok sebab bila bila fikir semula.. Takut penat plak. Untunglah cuti sebulan..

Terima kasih Mira & kawan kawan sudi datang rumah. Mana yang kurang, harap dapat dimaafkan. Semoga bertemu lagi Mira! Macam tak percaya je mira datang rumah. Uhuuu.
















☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ