Tanah Haramain ep 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Bursa, Istanbul

alhamdulillah, saya dah menjejakkan kaki ke Istanbul. Orang pertama saya sms bila sampai ke sini adalah Sakinah Khiri. Update kat dia je semua perkara dan dia juga akan update tentang pelajaran kat saya walaupun hakikatnya sms dari sini ke Malaysia RM 2 dan Malaysia ke saya hanya 2 sen. Geram x?. haha. Tak geram pun, biase je sebab benda nie kita sendiri rela.

Turun je dari kapal terbang... arghhhhh, memang menjeritlah di watnye sebab terlalu sejuk!. Sejuk dari atas kapal terbang. Saya jenis tak tahan sejuk dan semestinya mengigil seluruh badan. Jaket tebal-tebal pun tak berkesan langsung.  p/s: Nampakny saya tak sesuai pi negara sejuk.. huu~

Kami di sambut oleh Ali, tourist guide group ktorg. erm, lupa nak gtau.. kami pergi secara berkump. Semuanya 40 orang..

tu hah, Ali.. Tgk bangunan tu?. Sejuk x sjuk kt istanbul sbb kabus tebal smpi bangunan pun tak kelihatan~



Hari pertama di Istanbul adalah di bursa. Sampai je di Istanbul, kami terus menaiki bas menuju ke bursa. Untuk sampai ke bursa plak, kami kena menaiki feri.

nek feri menuju bursa.



Perjalanan ke Bursa mengambil masa sebanyak 40 minit.  Dok dalam bas atas feri semestinya membosankan tapi bila keluar dari bas, kami kena bertahan menghadapi cuaca yang teramat sejuk.

Saya memang tak tahan sejuk! huhu.

Kecian kat adik sampai sarung tangan yang sepatutnya dia pakai di beri kat saya . Dah la dia tue ada asma dan mudah selsema. ermm :"(


betapa sejuknya bila keluar dari bas..huhu~

Sampai je Bursa, kami singgah makan di Restoran Yusof. Nak tahu apa yang menggembirakan saya?. Ali cakap, kami akan meatball tengahri tue. Heh, i'm happy!  :")


papa tgh picit limau..

sayur nie msti ade kt istanbul..huhu


sambal belacan istanbul. Rasa mcm kuah spagheti~



meatball istanbul.. tak bulat mcm di Malaysia~

nasi Istanbul sikit je..huhu. Dorg masak gna majerin.Adik x lalu sgt makan..

lapar..lapar..


bergmbr kt luar kdi.. lps mkn, dorg akan sediakan teh o panas~

Lepas makan, kami menuju ke Grand Masjid atau lebih dikenali dengan nama Grand Mosque(Ulu Cami). Grand Mosque adalah masjid terbesar di Bursa dan ianya sebuah masjid lama peninggalan Empayar Uthmaniah di Turki. Kami menunaikan solat jamak di masjid tersebut.

Sebenarnya kurang ingat dan tak pasti, samada pic ni kat masjid mana. Tapi kami ada melawat gak masjid Hijau. Ia dinamakan dengan Masjid Hijau sebab dalam masjid tersebut adalah berwarna hijau dan boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian masjid itu dan ia diperbuat daripada batu marmar yang diambil dari dasar Laut Marmara di Yalova.

Cuma nak kata kat sini, waktu menjejakkan kaki dalam masjid tersebut... saya dapat merasakan kegemilangan Islam. Apatah lagi dengan ukiran2 yang begitu cantik sekali. Amazing!.

cantik kan?.

zaman kegemilangan Islam.. Turki indah dgn Islam :)
pemandangan luar masjid tue..

:)
hijau kan?. :)
Selepas menunaikan solat, kami dibawa melawat ke Silk Market. Kat sana, kami boleh menukar duit dari Dolar ke Lira (duit Turki). Heh, takda plak ambik gambar sekitar kedai tue. :)

Lepas tue, kami melawat ke Green Tomb. heh. kisah Green Tomb ni saya pun tak ingat sangat. huhu. So, saya pun tanyalah dengan En. Google.


makam Sultan Mehmet I

Dalam nie suma makam... Tak ramai yang masuk sini sebab kena panjat tangga. Lepas baca al-Fatihah, ambil gambar.. kami pun keluar ke tempat tunggu bas.

Dah tiba masanya kami menuju ke hotel kami..

Masa untuk merehatkan diri setelah menempuh perjalanan yang panjang..

dalam cuaca 0 darjah celcius, p luar hotel sbb nak tengok suasana malam dan ambil gambar. :")
Sejukkkk!!!

Kami bermalam di Bursa satu malam je. Esoknya, kami akan balik semula ke Istanbul.


Istanbul

Istanbul 6 jam lewat daripada Malaysia. Terjaga dari tidur ikut waktu Malaysia.. Tidur memang tak nyenyak dan tak lena. huhu.

Saya dan family bangun awal untuk kemas barang sebab lepas sarapan kami akan bertolak semula ke Istanbul.

Jam 8 pagi, kami semua menaiki bas menuju Istanbul.

Sampai je kat Istanbul, Ali memberitahu yang terdapat satu kapal yang sedang menunggu kami untuk membawa kami melihat pemandangan di Istanbul.

Subhanallah..  Istanbul sangat cantik. Awesome!

Betul kata Ain Nadia.. Istanbul memang cantik. hehe :D


nie la feri yang ktorg bakal nek tuk melawat tengok pemandangan di Istanbul.


Mama bergambar dengan pengurus Andalusia.

heh, makcik2 plak yang ramai kan :D

cantikkan?.

awesome!
Saya jatuh hati dengan pemandangan Istanbul ni.

Sungguh mempesonakan.

Subhanallah.

cantikkan?. O.o tengah menghayati nie :)
Selepas menikmati pemandangan yang begitu cantik ini, kami di bawa ke restoran.. erk, x ingat nma restorannya.. tapi kat sana kami makan ikan. 

alahai.. tergelap la plak.hoho~

sabar ye cik..

tgk.. msti da sayur tue kan?

 satu group :)
nie je ktorg makan..hehe. Boleh kurus mcm nie kn?. :D
Lepas makan-makan, ktorf dibawa pula ke Ayye Sophia tapi time ni ktorg tak masuk lagi dalam tue. Ktorg masuk keesokan harinya. Tapi kami dibawa masuk ke sekitar tue.. opps, tak tau namanya ape. hoho. Dalam tue, macam muzium gak la. erm, tak da gambar nak ditunjukkan sebab memang dilarang mengambil gambar dan bagi yang mengambil gambar, disuruh "delete" serta merta. huhu.

Waktu tue, rasa sayu sangat..

Banyak sangat peninggalan zaman Rasulullah, sahabat dan Uthmaniah. Saya boleh melihat pedang milik Rasulullah, pedang 4 khalifah, baju Saidatina Fatimah, baju Saidina Hussin, janggut Rasulullah dan tapak kaki Rasulullah. Ada yang kata, tapak kaki Rasulullah yang asli di India.. wallahu'alam. Saya tak tahu sejarahnya sangat. Samada ia betul atau tak.. ia terlalu makna. It make me crying..  Rasa hina sangat. 
dan nak tau,
kawasan sekitar ini sangat cantik!.
make me... arghhh, rasa dibuai dengan mimpi yang indah.

Cantikkan?.

dan ini pun cantik juga.. pokok-pokoknya. 



dan bangunan diluar kawasan nie pun cantik. :")


:)

time org tgh berkump smpt lgi ambil gmbr..

papa & Ali.. tourist guide ktorg~

nenek pun kuat jalan tau :)
Lepas penat berjalan, kami pun ke hotel untuk check In~

p/s: bersambung ke ep seterusnya ya.. "Perjalananku ke Tanah Haramain ep 3"

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ