Tanah Haramain ep 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hari Ketiga di Istanbul.

Cuaca di Istanbul semakin sejuk dan Ali kata kat ktorg, salji mungkin akan turun. (-7 celcius kot..)

Alhamdulillah, kami dapat merasa salji turun tapi salji yang tak menjadi sangat. erkk~

Hari nie kami di bawa ke satu tempat yang saya sendiri tak sangka akan melawatnya. Kami di bawa ke kedai jual pakaian kulit dan kat sana ada "show" disediakan tuk ktorg.

betul2 mcm show baju yg sllu men kt tv tue.huhu.



Ktorg tak beli apepun sebab harganya mahal sangat. Mama hampir-hampir nak beli beg tangan kulit tapi memandangkan beg pakaian dah tak muat, terpaksalah mama batalkan hasrat mama tue. hee~

Lepas penat mencuba dan tak beli pun, ktorg di bawa plak ke kedai jual carpet Turki. Ada je makcik-makcik yang beli jaket kulit tapi kat kedai carpet takda sapa pun yang beli sebab terlalu mahal dan susah nak bawa balik ke Malaysia.

Yang nie pun da show gak.. hoho. Banyak betul carpet yang dorg bentangkan tuk ditunjukkan kat ktorg. Semestinya, ia sangat cantik. Agak tergoda gak la bila melihatnya. Turki kan karya dengan carpet...

carpet show!

yang hijau tu..cantik sangat. dah la lembut.~

khusyuk..
Kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazar selepas itu. Kat sini la dikatakan barang-barang murah dan berpatutan tapi.. ehem, tetap mahal gak la. Lira kan..hee~

oh, cuaca yang sejuk menyebabkan saya mengigil kesejukan. Memang tak tahan.. Adik saya kata, saya kekurangan dotdotdot "saya lupa namanya" dan itu menyebabkan saya tak tahan sejuk. Oke, bakal doktor kan?.. huhu~

kat kedai nie lah sy beli mknn yg berharga 95 lira tue. Gembira tgk kwn2 suka makan sebab saya tak makan sangat~

:)

Hijau la!


mama :)


mama peluk ktorg. Time nie tgh tngu bas. Bas lmbt dtg & saya dah mengigil teruk dah.huhu~

Memang kesejukan la kan..

Hijau lagi :)

burung merpati. so sweet~
 Lepas je membeli belah, kami terus balik ke hotel kami~.

Hari Keempat di Istanbul

Hari ini, hari terakhir kami di Istanbul. Jam 10 malam nanti, kami akan bertolak menuju ke Madinah al-Munawarah. Allah, tak sabarnya nak sampai ke sana.

p/s: bersambung ke ep seterusnya ya.. "Perjalananku ke Tanah Haramain ep 4"
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ