Tanah Haramain ep 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tanggal 19 Februari 2013, secara confirmnya visa untuk ke umrah telah diluluskan oleh Arab Saudi. Perasaan itu sukar untuk digambarkan. Ya, akhirnya air mata ini menitis dan saat itu barulah saya faham, rupa-rupanya hati ini.. "benar-benar hendak ke sana juga".

Saya bukanlah seseorang yang excited hendak ke sana, bukan juga seseorang yang berhasrat hendak ke sana lama dah. Tak, saya bukan macam tue. Saya ada keinginan tetapi hanya di dasar hati.  Sebab itu, saya khuatir andai kedatangan saya ke sana hanyalah satu percutian bagi saya.  huhu.

Syukur ke hadrat mu ya Allah. Terima Kasih ya Allah.

Jamuan Usim Today & Doa Selamat

Saya merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput sahabat- sahabat sekelas dan kebetulan,rancangan ini digabungkan sekali dengan jamuan Usim Today sem lepas. Hasilnya, pada jumaat yang lagi barakah, 22 Februari 2013, rumah no 77 membuat jamuan secara kecil-kecilan. erk, kecil?. Bukan makanan tak abih ke?. O.o  Persediaan tue agak kelam kabut gak la. Dah la tak tahu nak masak apa, nak buat apa.. aiyooo.. A'la kulli hal, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Terima kasih buat sahabat-sahaabt serumah dan sahabat-sahabat lain kerana sudi menghulurkan bantuan. Hanya Allah dapat menilainya. :") Terharu tau... huhu. Menu utama ktorg pada awalnya adalah nasi ayam dan secara manual tau..bukan tempahan. Lepas tue, nak masak bihun goreng sekali. Fikir punya fikir, oh.. kami tak cukup tangan. Takut tak sempat masak sebab jamuan bermula jam 3 petang seusai solat Jumaat. Then, kami bercadang nak buat tempahan je. alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Tau tak, hari tue rasa sangat seronok.. Tak tergambar perasaan ini. Lagi- lagi bila tengok kami semua dapat berkumpul di satu tempat. syok! Ok, jom tengok gambar-gambar ktorg.. ^_^

tetibe je msuk gmbr moto kan??. ~
layannn~
Nasi ayam dah sampai~
nak masak bihun goreng la ni~
bahan-bahanny..
pandai tul dorg masak kan?. :D
bahan- bahannya
sarapan pagiiiii.. erm, tghari gak baru mkn. Bz kan...
banyak kot ktorg masak..
puding karamel.. spa tah wat?. huhu~
eh.eh. dah nk siap.~
tutup dulu..
Wah, nasi ayam...
setelah di susun secara btul~
seriusny kak sorg nih~
selamat menjamu selera~
Kek buatan kinah. sedap kan?.

Usim Today 25 :)
Hb Fiza, Nadia, Hana :)

makan jangan tak makan~

beratur ye.. hee~
peace! Selamat Hari Lahir korg.~
:)
makan ye..
^_^
Thanks kawan-kawan!
p/s: Terima kasih buat semua lagi-lagi buat ahli umah no 77. Terima kasih kerana rela berpenat untuk mengemas rumah dan melayan tetamu. Sayang korang~

Menuju Istanbul 

Pada 25 Feb 2013 bersamaan dengan hari Isnin, kami berlepas dari subang ke Singapura (transit) untuk ke Istanbul. Kami bertolak pada jam 1510 ptg dan sampai ke Singapura pada jam 1630 ptg tapi transit ke Istanbul pada jam 0030 pagi. glurrpp!. Lamanya tunggu.

banyak sangat gambar nak dimasukkan.. so, wat cmni lgi senang. hehe~
Sampai je Singapura, kami mencari tempat untuk mengerjakan solat. Percaya tak?. Changgi airport tue takda tempat untuk Solat sebab time pengurus kami bertanya, mereka berkata.. kami boleh solat kat mana-mana sahaja. opps! Seakan sukar nak percaya sebab tempat itu sungguh besar dan cantik. huhu.

Tepat jam 12.30 pagi, kami berlepas menuju Istanbul. Yeah, Istanbul aku datang!!!. Al- kisah, macam mana saya boleh terpilih ke umrah dan pakej Istanbul - Umrah boleh rujuk kat link nie --> Umrah

Perjalanan ke sana mengambil masa 10 jam. What do u think?.  Lama bukan?. Mula- mula saya ingat perjalanan ke sana sekejap je memandangkan tengok jadual sampai, 6.40 pagi. Rupa-rupanya kat Istanbul lewat 6 jam. Percayalah, atas kapal terbang selama 10 jam agak merimaskan. Tak selesa betul walaupun kapal terbang tue agak besar dan menyediakan screen yang boleh tengok cerita dan main game.

macam-macam ade. huhu~
tempat kontrol game~
erm, tapi hakikatnya.. bila duk atas flight nie, memang tidur juga yang menjadi pilihan utama. kann? :D

ohya, saya terkejut bila tengok makanan atas flight. Agak pelik gak tapi memang itu makanan orang Istanbul. Terimalah seadanya. Adik saya & Mak Cik Zurin tak berselera nak makan. Saya makan apa yang saya boleh terima je.

Makanan atas kapal terbang~
Kami sampai Istanbul jam 6.30 pagi... Masa Malaysia  11.30 pagi. :)

p/s: bersambung di episod seterusnya ya.. "Perjalananku ke Tanah Haramain ep 2"
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ