Umrah :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah, insyaAllah..
saya akan pergi menunaikan umrah bersama family saya.

Rezeki dari Allah.

Malam Jumaat,

 mama ajak saya pergi mendengar ceramah tentang umrah kat Ipoh. Memandangkan saya baru balik dari Ipoh.. saya takda semangat nak p sana.

Pagi tue, time solat subuh..

Papa ketuk pintu, tanya kat saya.. nak p tak dengar ceramah?

Saya dalam keadaan mamai, memang jawab seyakinnya tak.

Saya tutup pintu.

Tup.tup mama ketuk pintu saya. Lagi kuat dari papa ketuk.

" Bangun. bangun. mandi.mandi.. ikut mama p Ipoh. Lau cik Ana tak jadi p, yana p umrah " kata mama.

Dalam keadaan mamai, yakin tak yakin..

saya join juga mama, papa & cik Ana ke Ipoh.

seriously, ya..

mama betul-betul ajak saya & adik saya Nurain Adnan p umrah sekali. Mama sponsor, mama kata.

Allahu Rabbi.
Rezeki dariMu..

alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan Allah.

Adik saya je tak pasti lagi dapat ikut ke tak memandangkan tiket tuk dia takda. Kena tunggu ari sok bersamaan dengan ari Isnin, 21 Jan 2013.

Harap-harap dia pun dapat join sekali.
 
Waktu saya mendengar ceramah tentang Umrah, saya bukanlah seorang yang teringin sangat hendak ke sana macam orang lain. Saya ada pasang hajat untuk ke sana tapi belum sampai tahap "terlalu".

Ustaz kata, "banyakkanlah berdoa kat Allah.. moga2 Allah beri perasaan yang kuat untuk ke sana."

Perasaan saya waktu ini biasa sahaja.

Nothing.

tetapi sedikit demi sedikit, saya yakin.. perasaan itu mampu dipupuk.

Semoga Allah pegang kuat hati saya untuk menjejakkan kaki ke sana.

Biarlah saya menjejakkan kaki ke sana dengan perasaan ikhlas dan  berniat untuk beribadah kepadaNya.

Pakej yang ditawarkan sekali dengan ziarah Istanbul. Ini keinginan Cik Ana memandangkan pengurus Andalusia hendak ke Istanbul. Papa & Mama mengikut rancangan cik Ana walhal papa dah hantar surat mohon cuti kepada pejabat. huhu. 

Mood: membaca kisah-kisah sahabat di blog lain yang telah pergi ke sana.

Bila fikir semula, percaturan Allah sangat indah.

kalau mama belikan saya kereta, tentu saya tak dapat pergi sekali memandangkan duit mama dah abih digunakan untuk membeli kereta itu tapi bila Allah membuka ruang hati parents saya untuk membelikan saya moto,inilah percaturan Allah yang saya tak dapat singkap selama ini.

Ampunilah hambaMu ini ya Allah yang sering meminta dan jarang sekali bersyukur padaMu.

Saya pernah menyesal sebab tak sabar nak ada kenderaan untuk sem 5 ini.

Bila mama belikan moto, saya berasa tak puas.

Saya rasa, saya tak patut beli moto dan sepatutnya saya bersabar sampai sem 6 supaya saya dapat kereta.

Menyesal itu bukan jalan yang terbaik wahai diri!

Perancangan Allah lebih baik daripada apa yang kau fikirkan.

Subhanallah.

Saya mohon doa daripada sahabat sekalian agar urusan saya ke sana dipermudahkan Allah. Semoga hati ini ikhlas untuk ke sana.

Cik Ana nangis sebab tak dapat p sana. Terasa dia lebih layak untuk ke sana daripada insan yang hina ini.

Katanya, "sume perkara kena alhamdulillah sbb tu surah al-Fatihah dimulakan dengan alhamdulillah. Jadi, tak dapat p sana pun alhamdulillah. Dapat p pun alhamdulillah"

Allahu akhbar. Satu pengajaran buat diri ini.

Alhamdulillah, jika benar saya dapat p..

alhamdulillah juga, jika saya tidak p secara tiba2.

semuanya kuasa Allah. Ada hikmah yang lebih baik ^_^ Terima kasih cik Ana atas nasihatnya.

sebenarnya saya takut untuk ke sana. saya insan hina.. layakkah saya menjejakkan kaki ke sana?.

Hati seakan bertanya & persoalan ini seringkali bermain diminda.




 seakan terdengar suara talbiah dari Kaabah memanggil diri ini..
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ