Tanah Haramain ep akhir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tengah mencari mood untuk menceritakan perjalananku ke Tanah Haramain episode akhir.
Nak ambil feel itu semula.

Makkah & Madinah,
suasana yang aman dan damai.

Tenang jiwa yang resah.
Tenang jiwa yang gelisah.
Hati berpaut pada Allah.

Hanya Dia!

Malam tu, saya bermimpi menjejakkan kaki ke sana lagi.
Malam selepas saya menghadiri konsert Palestine.
Bila dengar lagu syahdu yang dinyayikan oleh Saudara Muadz,
Dia pujuk kami untuk berselawat kepada Baginda,
mengingati sirah Baginda.

Air mata membasahi tanpa saya pinta.
Rindu bertamu semula.
Saat melafaz salam kepada Baginda.
Saat cuba mendekati Maqam Baginda.
Semuanya terukir nyata.
Kekal di minda.

Lambaian Kaabah memanggil.
Labbaikallah humma labbaik.
Aku sahut, aku sahut panggilanMu ya Allah.
 
Cerita ini terhenti disini.
Saya mengambil masa yang lama untuk menyambung semula entri ini.

15 Ogos 2013.
Saya menaip semula.

Sambung ayat yang terukir dulu.

seperti mimpi.
masih bermimpi.
Saya dah menjejakkan kaki ke sana.
tapi..
mimpi itu nyata.
Pasti!

Hamba rindu!

saya berhenti lagi.
Seperti ada yang datang menganggu.
Rasa perit bila mengingati.
kenapa?.
sebab hamba ini penuh dengan dosa dan noda.

Rasa tak layak!
Hinanya aku ya Allah....

berhenti lagi.

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ